malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Jun 5, 2023
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilihat meremehkan komitmen Anwar Ibrahim untuk membasmi miskin tegar di Malaysia, dengan mendakwa perdana menteri "tak tahu apa-apa" tentang kemiskinan.
"Dia (Anwar) cakap pasal orang miskin, dia pernah miskin?
"Dia anak pemimpin Umno. Bapa dia ahli parlimen, mak dia (anggota) Wanita Umno. Dia mengaji (belajar) di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)," katanya ketika berceramah dalam program kempen PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi.
Lebih 4,000 hadirin - dengan kebanyakannya memakai baju PN - membanjiri Kompleks PAS Tanjong Karang.
Antara pemimpin yang hadir adalah Pengerusi PN Selangor Azmin Ali, bekas ahli parlimen Tanjong Karang Noh Omar, Ketua Wanita Bersatu Rina Harun, Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari, Ahli Parlimen Kapar Halimah Ali dan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim.
Mengimbas kembali bagaimana dia membesar dalam keluarga yang miskin, di mana bapanya mengambil pelbagai pekerjaan untuk menyaranya dan 12 adik-beradik yang lain, Sanusi menegaskan dia tahu tentang masalah kemiskinan.
"Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa!
"Ini (kata) nak memuktamadkan (membasmi) kemiskinan...Tak usah sembanglah bos, hang berangan-angan saja," katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS.
Katanya lagi, jika Anwar benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar, dia sepatutnya meluluskan hab logistik Kedah Aerotropolis.
"Dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Kedah kedua terendah selepas Kelantan.
"Walaupun produk banyak, kita tak ada pelabuhan. Barang-barang kita dieksport melalui pelabuhan di Pulau Pinang, Klang dan Singapura. KDNK kita dimasukkan ke dalam Pulau Pinang, Selangor dan Johor," katanya lagi.
Kedah Aerotropolis
Sanusi berkata dia telah menulis tiga pucuk surat kepada Anwar untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan projek tersebut, namun dia mendakwa Anwar menolaknya.
Dia mendakwa keengganan Anwar untuk meluluskan projek itu setelah dia enggan memohon maaf kerana didakwa memfitnah Anwar ketika kempen PRU lalu.
Dalam ucapannya di Tambun pada November lalu, Sanusi mengingatkan pengundi berkenaan Anwar yang pernah disabitkan bersalah atas tuduhan liwat dan salah guna berkuasa, dan menyifatkannya sebagai "muflis moral".
"Dia juwa koyak, hati tisu. Nak jadi perdana menteri, hati tak boleh tisu.
"(Anwar) bukan hadapi Sanusi seorang saja, nak hadapi 32 juta rakyat Malaysia, beratus negara luar dan dasar luar mereka terhadap Malaysia. Nak hadapi tindakan perisikan antarabangsa yang nak pengaruhi dasar luar kita.
"Hati kita tak boleh tisu, jiwa kena kental. Tak boleh layan benda-benda hati tisu," katanya lagi.
Kedah Aerotropolis adalah projek mega yang antaranya merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim serta sebuah hab pembuatan dan logistik, yang menurut Sanusi tidak memerlukan dana persekutuan.
Sebelum ini dia berkata projek itu akan didanai oleh inisiatif swasta dan pelaburan syarikat tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE February 26, 2021 10:20 am Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Ber...
-
oleh Alyaa Alhadjri SEKILAS PANDANG: Sebagai parti utama dalam usaha membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya, PKR mesti menunjukkan kepimp...
-
Nama nya sahaja parti Islam, sedangkan umat Islam sendiri ramai yang tidak menyokong nya. PAS telah gagal menarik minat kaum Islam untuk men...
-
mykmu.net 20/3/2022 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata bapanya yang berusia 74 tahun mengalami gejala ringan. “M...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 15, 2023 Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail me...
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
agendaily.com 11/02/2023 Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 2, 2023 12:40 PM Sebagai sebahagian daripada sekutu pakatan pilihan raya Pakatan Harapan-BN, Umno mahu pa...
-
freemalaysiatoday.com Ho Kit Yen -August 12, 2021 3:10 PM Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek J...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.