Diterbitkan: Sep 4, 2023 4:46 PM
Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan telah membidas kerajaan selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) berhubung kes rasuahnya.
Dia berkata kerajaan berhutang penjelasan kepada orang ramai.
“Pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan sia-sia semua kerja keras anggota Jabatan Peguam Negara.
“Kerajaan pasti berhutang penjelasan kepada orang ramai. Dan saya harap tiada ahli politik UG (kerajaan perpaduan) berani untuk membenarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka antirasuah,” kata Ambiga.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa DNAA itu membuktikan Zahid yang juga presiden Umno menjadi mangsa penganiayaan politik.
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan turut menyoal DNAA itu, sambil berkata mahkamah pada 24 Jan telah mengarahkan Zahid membela diri.
“Kenapa Zahid dipanggil membela diri? Ini bermakna pihak pendakwaan telah membuktikan kes (prima facie) untuk pembelaan dipanggil.
“Tetapi kenapa pihak pendakwaan yang sama meminta DNAA? Kenapa tidak biarkan hakim membuat keputusan?
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan.
"(Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) mula kelihatan seperti anak murid sebenar (Dr) Mahathir (Mohamad)," tambahnya.Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan DNAA bagi kesemua 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi susulan permohonan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.
Peguam Zahid Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun telah memohon pembebasan penuh.
DNAA membuka kemungkinan Zahid didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin menyemak semula kes itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.