malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Mar 24, 2024 10:30 PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.
“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,” menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid daripada Bersatu, yang membangkitkan isu mengenai draf itu, agar meminta dokumen tersebut daripada Hamzah.
“Cuba lihat draf itu wujud atau tidak,” katanya.
Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan Ketua Pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.
Menteri Komunikasi itu berkata Kerajaan Perpaduan telah meneliti perbincangan tersebut dan dijangka membuat tindakan susulan termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan MADANI yang akan diadakan nanti.
“Buat masa ini, kita tidak dapat sesuatu yang substantif daripada pihak pembangkang jadi kita kena go back to the drawing board.
“Jika ada Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan perbincangan ini agak lambat, jangan salahkan kerajaan, (mereka) kena tanya kepada Ketua Pembangkang kenapa ia lambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia serta rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - Mei 3, 2024 @ 2:31pm Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto f...
-
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di me...
-
MyMetro Suzalina Halid suzalina@nstp.com.my ( Gambar fail ) Antara pemeriksaan yang dijalankan ke atas restoran-restoran mamak palsu di s...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
ismaweb.net azrulhakimie Najib punya kuasa mutlak ke atas SRC Termasuk lantik, pecat pengarah kerana perlembagaan syarikat membenarkannya PU...
-
BN/UMNO berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang walaupun telah meletak kan seorang calun yang sudah tercemar. Kemenangan beliau ini ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 23, 2022 6:15 PM Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan Malaysia sebanyak 3.6 ju...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Nov 22, 2022 12:45 PM Sepuluh exco Perak daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan hari ...
-
FMT Reporters -April 9, 2021 8:16 PM Najib Razak hairan kenapa ada pihak mahu beliau ‘disingkirkan’ sedangkan dirinya bukan presiden mahupu...
-
TTKM Hari ini merupakan hari pertama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula menggantikan GST yang dibubarkan pada 1 ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.