Oleh Siti Rohana Idris
bhnews@bh.com.my
- September 29, 2024
KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55, di sini, hari ini.
Dalam istiadat di Istana Balai Besar, Perdana Menteri dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) dengan gelaran Seri Paduka.
Di majlis sama, dua individu menerima darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Seri Paduka.
Mereka ialah Pengerusi Kumpulan Eksekutif Apex Equity Holdings Berhad, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd, Datuk Mohd Khidir Yaacob.
Tiga individu menerima darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), membawa gelaran Seri Paduka iaitu Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff serta Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Datuk Rosnazli Amin.
Gelaran Seri Paduka bagi darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) pula dikurniakan kepada Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad dan bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi darjah kebesaran DJMK yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurnia kepada lima penerima iaitu yang terdiri daripada ahli perniagaan serta peguambela dan peguamcara iaitu Azahar Mohd Shariff; Daniyar Kessikbayev; Law Yew Foo; Michael Kalum Moggie dan Tan Say Yap.
Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurniakan kepada penerima tunggal iaitu Ketua Provos Marsyal, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsuddin.
Tiga penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua DPKK yang turut membawa gelaran Datuk Paduka ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Muzamil Ali; Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Brigedier Jeneral Datuk Norazman Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Saharudin Harun.
Tujuh penerima Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk Paduka ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ab Pattah Hasbullah; Ahli Jemaah Ulama (PESARA), Abdul Kadir Muhammad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amran Abd Kadir.
Foto fail - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55, di sini, hari ini.
Dalam istiadat di Istana Balai Besar, Perdana Menteri dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) dengan gelaran Seri Paduka.
Di majlis sama, dua individu menerima darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Seri Paduka.
Mereka ialah Pengerusi Kumpulan Eksekutif Apex Equity Holdings Berhad, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd, Datuk Mohd Khidir Yaacob.
Wira Farhash Wafa Salvador
Penerima tunggal bagi darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPK), membawa gelaran Seri Paduka dikurniakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.Tiga individu menerima darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), membawa gelaran Seri Paduka iaitu Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff serta Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Datuk Rosnazli Amin.
Gelaran Seri Paduka bagi darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) pula dikurniakan kepada Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad dan bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Nordin Muhamad
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula dikurniakan darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK), membawa gelaran Seri Paduka dan menjadi penerima tunggal.Razarudin Husain.
Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad pula menerima gelaran Datuk Paduka untuk darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).Ahmad Faisal Muhamad
Dua penerima darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua DPMK yang juga membawa gelaran Datuk Paduka ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood@Johan Merican.Johan Mahmood@Johan Merican
Lima penerima darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK), membawa gelaran Datuk Paduka ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan, Abd Rahman Yunus; Principal Arkitek, AR Mohd Asri Mohd Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Mohd Saripudin Tuan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Datuk Tengku Ab Aziz Mahmud serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamat.Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi darjah kebesaran DJMK yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurnia kepada lima penerima iaitu yang terdiri daripada ahli perniagaan serta peguambela dan peguamcara iaitu Azahar Mohd Shariff; Daniyar Kessikbayev; Law Yew Foo; Michael Kalum Moggie dan Tan Say Yap.
Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurniakan kepada penerima tunggal iaitu Ketua Provos Marsyal, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsuddin.
Tiga penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua DPKK yang turut membawa gelaran Datuk Paduka ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Muzamil Ali; Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Brigedier Jeneral Datuk Norazman Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Saharudin Harun.
Tujuh penerima Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk Paduka ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ab Pattah Hasbullah; Ahli Jemaah Ulama (PESARA), Abdul Kadir Muhammad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amran Abd Kadir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.