Tuesday, July 14, 2015

Lelaki mengaku tidak bersalah curi telefon di Low Yat

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat turut menyebabkan ketegangan kaum walaupun ia pada awalnya berpunca daripada kes kecurian telefon bimbit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Sabtu sehingga mencetuskan insiden pergaduhan di pusat beli-belah itu dan kekecohan di media sosial.

Shahrul Anwar Abdul Aziz, 22, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 380, Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri itu.

Terdahulu, Shahrul pada mulanya mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya, tetapi majistret membuat keputusan membacakan semula pertuduhan selepas peguamnya Shaharuddin Ali terkejut dengan pengakuan bersalahnya.

Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor membenarkan Shahrul diikat jamin dengan RM3,000 selepas mengambil kira keluarganya yang kurang mampu walaupun Timbalan Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim pada mulanya mohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000.

Ayah tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Shahrul hadir ke mahkamah ditemani ibu bapa dan adik beradiknya.

Perbicaraan ditetapkan pada 14 Ogos.

Tertuduh ditahan pada Ahad selepas kekecohan timbul di Plaza Low Yat. – 14 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lelaki-tidak-mengaku-bersalah-curi-telefon-di-low-yat#sthash.vhdU139l.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-