Tuesday, July 21, 2015

PAS masih relevan, apa status penggerak GHB

HARAKAHDAILY | 21 Julai 2015.

Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh penggerak utama GHB, tidak ada satu sebab kukuh pun justifikasi penubuhan parti politik Harapan Baru (GHB) melainkan hanya kerana kecewa dengan keputusan pemilihan Muktamar PAS yang lalu.

Mereka mendakwa PAS tidak inklusif, cenderung untuk bergabung dengan Umno, konservatif dan tidak relevan dengan arus politik semasa.

Namun, semua tuduhan tersebut meleset dan mengelirukan. Malah, mereka dan DAP telah menganggap PAS sebagai seteru politik yang baharu.

Tindakan tersebut hanya mengundang konflik dan memberikan kekuatan baru kepada Barisan Nasional.

Krisis yang timbul boleh diurus dengan baik sekiranya kita kukuh bersatu dan memberikan kepercayaan penuh di bawah kepimpinan sedia ada.

Sebaliknya, mereka cenderung untuk membawa agenda tersendiri. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada PAS.

Malah, sebahagian penggerak utama GHB masih lagi merupakan ahli parlimen dan Adun yang mewakili PAS. Apakah pendirian mereka terhadap status tersebut?

Atas faktor itu juga, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am kelmarin dan kami bersedia untuk bersaing dengan calon-calon mereka dalam PRU14 nanti.

Jentera pemuda sentiasa diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan datang.

DPPM yakin PAS masih terus relevan. Malah, parti ini telah mengalami fasa evolusi yang ketara sesuai dengan realiti semasa tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Seluruh pemuda mesti terus beristiqamah hingga menggapai kemenangan sebenar. - HARAKAHDAILY 21/7/2015

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-