FMT Reporters | July 15, 2015
Artikelnya dikatakan cuba menggelirukan dan membayangkan PM terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam laporan The Age dan Sydney Morning Herald (SMH) dari Australia yang cuba memburuk-buruk nama beliau melalui artikel bertajuk‘Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak’ (Skandal rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, menyifatkan artikel cuba menggelirukan dan membayangkan Najib terlibat dalam kes yang telah diputuskan oleh mahkamah.
“Daripada membekalkan bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes ini, artikel berkenaan menggunakan perkataan-perkataan berbentuk licik dan tidak konklusif seperti disyaki, didakwa dan dicadangkan untuk mendorong pembaca berfikir bahawa Perdana Menteri adalah bersalah,” petik kenyataan itu.
Sebelum ini SMH melaporkan Najib dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer.
Ia mendakwa permintaan Canberra untuk mendapat maklumat daripada Putrajaya membabitkan dua firma bank rizab Australia telah tidak dipenuhi.
Laporan itu turut mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan Tun Abdullah Badawi terbabit dalam skandal itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
MyMetro Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my TANAH hutan simpan di Raub diteroka secara haram untuk tanaman durian. FOTO Mohd Rafi Mamat Kuanta...
-
WARTAWAN SINAR HARIAN Dua lagi murid SK Pos Tohoi yang ditemui. GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang seja...
-
News | Diterbitkan Hari ini 9:33 malam Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Exco kerajaan negeri Paul Yong Choo Kiong b...
-
HARAKAHDAILY | 09 November 2014. KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan ra...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
MALAYSIADATELINE December 23, 2018 9:25 am Cadangan atau keputusan kerajaan membabitkan rombakan kurikulum berkaitan subjek Agama amat ...
-
mhdaily.net 07/09/2020 8:00 PM Senator Muhammad Zahid Md Arip, bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, menafikan tuduhan menjadi pence...
-
SUARA TV Suara Tanpa Sempadan September 25, 2018 Abdul Mursyid KUALA LUMPUR — Sultan Johor murka terhadap seorang ahli Majlis Bandar Ray...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.