Tuesday, September 1, 2015

Harga petrol, diesel turun mulai tengah malam ini

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen serta 15 sen, mulai tengah malam ini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos:

Harga petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen dan 15 sen seliter, mulai tengah malam ini.

Harga jualan runcit bagi petrol RON95 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter, berbanding RM2.05 pada Ogos.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga bagi RON97 pula berkurangan daripada RM2.45 kepada RM2.35, mulai jam 12 tengah malam ini.

Harga bagi diesel juga mengalami penurunan sebanyak 15 sen, daripada RM1.95 pada bulan ini, kepada RM1.80.

Berkuat kuasa 1 Disember 2014, kerajaan melaksanakan kaedah pengapungan terkawal bagi penetapan harga runcit petrol RON95 dan diesel, seperti yang dilaksanakan bagi harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Melalui mekanisme itu, harga runcit minyak akan ditentukan harga minyak di pasaran minyak mentah dunia, yang mana purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/31/harga-petrol-diesel-turun/#ixzz3kPZ6zFTH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-