Adamyan | March 4, 2017
PENYOKONG parti bunga, Pribumi yang diasaskan Mahathir, menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penipu berhubung kenyataan beliau sebelum ini tentang hak milik sementara tanah di Forest City dengan memainkan gambar papan tanda yang bertulis “Hartanah Hak Milik Kekal”.
Macam itu saja kata Najib tipu?
Najib tipu macam mana pulak sebab Najib Perdana Menteri, bukan Menteri Besar yang berkuasa dalam soal tanah.
Pemahaman asasnya memanglah pelabur asing yang membeli tanah di Malaysia ini akan mendapat hak milik sementara (seperti yang disebutkan Najib awalnya) tapi diakhirnya, kuasa menentukan status pemilikan tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan!!
Lagipun, Forest City yang dirujuk ini bukan sekadar dibangunkan untuk orang asing, orang Malaysia sendiri pun boleh memiliki mana-mana dari 700 ribu hartanah disitu dan papan tanda dalam Bahasa Melayu yang ditunjukkan dalam gambar itu sendiri adalah buktinya.
Dimana pula salahnya menjual tanah kepada rakyat Malaysia dengan status hak milik kekal?
Takkanlah pelabur China atau pelabur asing faham Bahasa Melayu kot, apalah bodohnya penyokong Mahathir ni? Sudah tentu ada peraturan tersendiri dalam soal melibatkan hakmilik hartanah oleh warganegara asing tapi orang Malaysia sendiri memang boleh membeli hartanah di Forest City dan mendapat hak milik kekal – maka itulah papan tanda dengan penyataan itu wujud.
Untuk orang dari Malaysia membacanya.
Yang ramai keliru ni kerana Mahathir awal-awal dah menuduh Forest City ini semata-mata nak dijual kepada pelabur dari China – mana ada betulnya kenyataan tu? Ramai orang kaya di Malaysia ini atau dari tempat lain yang mampu membeli hartanah di kawasan tersebut tak semestinya orang dari China saja.
Maka tak hairan motif Mahathir dan penyokongnya membangkitkan perkara ini menjadi persoalan ramai, seolah-olah cuba mempertikai hak Sultan dan negeri Johor dalam soal status pemilikan tanah.
Sepatutnya Mahathir merujuk perkara ini kepada kerajaan Johor seperti mana yang dilakukan Presiden partinya, Muhyiddin Yassin yang dalam kenyataan medianya bertarikh 18 Januari 2017 mengakui bahawa secara dasarnya memang orang asing yang memiliki hartanah di negara ini akan diberi status pemilikan sementara dan mahu kerajaan Johor menjelaskan sama ada dasar itu telah diubah dalam soal pemilikan asing di Forest City?
Nak salahkan Najib kenapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - Mei 3, 2024 @ 2:31pm Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto f...
-
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di me...
-
MyMetro Suzalina Halid suzalina@nstp.com.my ( Gambar fail ) Antara pemeriksaan yang dijalankan ke atas restoran-restoran mamak palsu di s...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
ismaweb.net azrulhakimie Najib punya kuasa mutlak ke atas SRC Termasuk lantik, pecat pengarah kerana perlembagaan syarikat membenarkannya PU...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Nov 22, 2022 12:45 PM Sepuluh exco Perak daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan hari ...
-
FMT Reporters -April 9, 2021 8:16 PM Najib Razak hairan kenapa ada pihak mahu beliau ‘disingkirkan’ sedangkan dirinya bukan presiden mahupu...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 23, 2022 6:15 PM Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan Malaysia sebanyak 3.6 ju...
-
TTKM Hari ini merupakan hari pertama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula menggantikan GST yang dibubarkan pada 1 ...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar & Cha Zhi Ting Diterbitkan: May 2, 2024 12:27 PM Bekas pengerusi badan perhubungan Umno negeri Selangor ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.