Tuesday, December 1, 2009

Korban Politik - Politik Korban - Lembu Yang Terkorban ~~~~~~~~~


photo hiasan
Lembu korban terkorban

Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warga emas yang langgar pantang terover makan daging tumbang dan masuk hospital kerana darah tingginya naik melambung tinggi.

Di kampung saya, walaupun penduduknya lebih kurang 150 orang, 3 ekor lembu telah dikorbankan. Dua ekor dari 'penyokong parti kerajaan' dan se ekor dari 'parti pembangkang'.

Disini Wak ingin cerita sikit tentang 'korban' yang berlaku dikampung Wak.
Pada hari raya pertama, selepas solat sunat Idil Adha, dua ekor lembu di korbankan oleh 'penyokong parti kerajaan'. Wak tidak dijemput walaupun tinggal sekampung, kerana Wak baru berpindah setelah bersara dari pegawai kerajaan.

Di masjid tidak ada pengumuman dibuat, mungkin kerana masjid kampung ini dikuasai oleh PAS. Mungkin 'geng' UMNO agak Wak ini orang PAS. Itu sebab Wak tidak di jemput.

Tetapi Wak bernasib baik menerima jemputan oleh puak 'parti pembangkang' yang mengadakan majlis korban selepas solat Zohor pada hari yang sama.

Kini Wak dapat tahu semua puak 'parti pembangkang' tidak mendapat pelawaan untuk hadir pada majlis korban 'parti kerajaan' itu.

Pada majlis korban 'parti pembangkang' pula Wak tidak pasti sama ada dijemput puak 'parti kerajaan'. Yang pasti ada orang dari 'parti kerajaan' yang turut serta bersama dalam majlis korban 'parti pembangkang'.

2 comments:

  1. salam ziarah wak,
    si nik aziz tu patut dikorbankan kerana dia ni pembawa penyakit kronik kpd melayu dan ugama islam.dia adalah liability kpd bangsa malaysia.

    ReplyDelete
  2. Dengan haq Ismul 'Adzam pohon tutupkanlah ya Allah segala jalan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Demi keagungan Asma-u-lhusna pohon ya Robbana lumpuhkan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Dengan Nama Tuhan bagi Muhammad dan sekelian Nabi Rasul a.s.w.s.; minggir engkau (noor-M-mu) hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... gelap seluruh sudut mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-