Wednesday, December 16, 2009

UMNO akan tidur untuk se lama2 nya, jika masih belum mahu bangun dari tidurnya ~~~~~


Mungkinkah sudah terlalu tua dan uzur?

UMNO hampir dimalukan pada sidang penutupan bajet kewangan 2010 kerana 'kecuaian' MP nya. Setelah selesai undian, BN mendapat kelebihan 3(TIGA) undi sahaja.

BN terselamat kerana pertolongan Yang Maha Kuasa, seramai 20 orang MP dari PR telah digelapkan hatinya untuk hadir pada sesi persidangan itu. Jika tidak BN akan menerima padah yang sangat memalukan dalam sejarah politik tanah air.

BN/UMNO kini diterajui oleh gulungan pemimpin2 yang terlalu kaya raya. Boleh dikatakan semua MP2 BN/UMNO terdiri dari gulungan bangsawan, hartawan dan ribu2 jutawan. Sebenarnya mereka tidak kesah dan langsung tidak ambil berat tentang parti dan pemerintahan.

Mereka peduli apa jika parti terlingkup dan BN/UMNO musnah  - kerana mereka semua sudah sampai ke kemuncak kekayaan, sehingga 7 keturunan pun tidak akan habis harta kekayaan yang mereka telah kumpul itu.

Sebagai contoh - bekas MB Selangor, cuma pegang 2 penggal jawatan sudah jadi multi-millionaire.

Pemimpin2 BN/UMNO (multi-millionaire) ini sudah hilang jati-diri nya sebagai pemimpin yang benar2 membela bangsa, agama dan negara. Minda mereka sudah di set kan hala tuju mindanya untuk mengumpul harta kekayaan sahaja.

Sebenarnya sudah terlambat untuk BN/UMNO untuk bangun dan pulih semula. PRU13 akan menentukan riwayat hidup BN/UMNO.


1 comment:

  1. Sesekali tengok dia orang ni macam la tak tidur 40 tahun.

    Orang Trengganu panggil LEMBU MEKOH .


    Tak caya, tanya Mat Said atau Hj Hadi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-