Tuesday, January 5, 2010

Mengapa PAS sanggup berlindung di bawah panji2 PKR dan DAP.........~~~~~~


Pakatan yang berlainan 'ideology'

PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam kini telah berubah haluan kearah memperjuangkan semua kaum, tidak kira bangsa dan agama. Perubahan ini adalah satu perubahan yang baik dari segi politik.

Persoalan nya, mengapa PAS memilih PKR dan DAP sebagai rakan seperjuangan nya. Sedangkan PKR dan DAP tidak sedikit pun mempunyai hasrat hati nya dalam memperjuangkan agama Islam. Dalam ertikata PKR dan DAP berteraskan perjuangan 'socialist' yang pro komunis.

Bagi PKR pula, PAS sudah sedia maklum tahu bahawa semua pemimpin2 dan ahli2 PKR itu berasal dari UMNO. Sedangkan PAS anti-UMNO, mahu pula PAS berlindung di bawah PKR buangan dari UMNO itu. Jika PAS mengatakan UMNO itu busuk, maka PKR itu lebih busuk dari UMNO (bahan buangan dari UMNO).

Sebenarnya PAS sudah tiada pilihan lain melainkan berlindung dibawah panji2 PKR dan DAP untuk meneruskan talian hayat nya. Para pemimpin2 PAS tahu dan sedar bahawa sokongan PKR dan DAP terhadap PAS adalah palsu belaka.

Dengan secara tidak langsung, PAS telah membinasakan dirinya kerana bernaung dibawah panji2 musuh Islam. Kaum melayu/Islam harus sedar jika diteruskan menyokong PAS bermakna kita juga telah menyokong PKR dan DAP.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-