Wednesday, January 6, 2010

PAS terkulai, PKR rebah berhadapan isu "Allah"


PAS dan PKR sedang berhadapan dengan dugaan paling besar diawal tahun 2010. Parti ini sedang berhadapan dengan satu cabaran yang sama sekali tidak diduga oleh mereka.

Sebenarnya kini semua kaum melayu/Islam sedang memerhatikan gelagat PAS/PKR dalam menangani isu 'Allah' yang sedang hangat dan rancak diperbincangkan oleh semua kaum. Nyata sekali PAS dan PKR sudah memberi ishyarat lampu hijau nya tanda bersetuju kalimah Allah digunakan oleh kaum kristian.

Rakyat yang beragama Islam yang masih cintakan agama nya pasti 100% TIDAK bersetuju kalimah Allah di guna pakai oleh kaum kristian di Malaysia.

Kita tahu mengapa mubaligh dan pendakwah kristian di Malaysia ber sungguh2 mahukan kalimah Allah digunakan dalam misi pendakwahan nya. Tidak lain tidak bukan untuk tujuan memesongkan akidah anak2 muda kita yang lemah atau kurang pendidikan Islam nya.

Persoalan nya, mengapa isu ini tidak pernah timbul di negara2 barat yang punyai penduduk kristian hampir 90%. Mengapa mereka tidah pernah mahu menguna pakai kalimah Allah dalam semua acara keagamaan kristian nya.

Hairan bin Ajaib, di Malaysia pula para pendakwah kristian ini ber mati2an memperjuangkan isu kalimah Allah ini supaya dibenarkan guna pakai dalam menjalankan misi pendakwahan nya.

Mengapa Tuan Guru Hadi Awang atau Tuan Guru Nik tidak terfikir kan perkara ini. Atau kedua2 tuan Guru ini sedia maklum tahu dan pura2 buat tak tahu kerana mahukan sokongan kaum kafir.

DSAI kita tolak ketepi sahaja, kerana dalam PKR terlalu ramai pemimpin2 nya dari kaum bukan melayu beragama kristian. Sudah tentu DSAI akan bersetuju 100% dengan keputusan perintah dari mahkamah yang membenarkan kalimah Allah di guna pakai dalam agama kristian.

2 comments:

  1. Kenapa hanya mereka ?
    Bagaimana dgn UMNO???
    Boleh pejam mata sahaja??
    Perlaksanaan hukuman sebat/rotan buat kartini pun masih 'gelong'..
    dah nak pi kepuk hal pengunaan nama Allah pulak..
    Mahkamah dikuasi pemerintah..apa masalah? Semua tu boleh pusing laah.

    ReplyDelete
  2. Al-Juburi lagi hipokrit, kes Kartika bukan main kutuk Mahkamah Syariah. Bila kena batang hidung sendiri minta Mahkamah Syariah bicarakan. Islam ini kalau ikut PAS dan PKR semuanya boleh diubahsuai ikut kepentingan nafsu syaitan sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-