Tuesday, March 9, 2010

Di sebalik kegembiraan - menyasikan pemimpin2 PKR lompat melompat...........

Kedudukan BN/UMNO masih berada seperti 'telur di hijing tanduk'. BN/UMNO telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak pada PRU12 yang lalu.

Kita cuma boleh andaikan PR sudah lemah kerana dilanda badai gelombang penghijrahan pemimpin2 PKR keluar parti. Sebalik nya penyokong2 parti itu masih lagi berpegang teguh kepada parti mereka itu. Kemarahan penyokong2 PR ini akan menambah kan lagi azam mereka untuk menguat kukuhkan parti mereka.

Dengan penghijrah pemimpin2 PKR ini sebenarnya sedikit pun tidak melemahkan PR. Sedangkan keadaan BN/UMNO masih lagi terumbang-ambing. Sebenar nya BN/UMNO masih lagi belum dapat men diagnosis dengan tepat punca2 kekalahan teruk pada PRU12 yang lepas.

Ada pehak mengatakan kaum bukan melayu tidak lagi menyokong parti2 komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Ini terbukti bahawa hampir semua pemimpin2 parti komponen BN ini telah tewas pada PRU12 yang lepas.

Tindakan kerajaan untuk mengambalikan sokongan kaum bukan melayu ini kepada BN/UMNO tidak banyak memberi kesan setakat ini. Kaum ini masih lagi nampak memehak kepada parti lawan. Perkara ini ditambah buruk kan lagi dengan kepincangan2 yang sedang berlaku dalam parti2 komponen BN ini.

MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih gagal menarik sokongan kaum bukan melayu. Image parti2 ini masih ditakuk lama. Tiada pembaharuan dibuat, melainkan yang nyata terserlah ialah rebutan kuasa sahaja.

Sekarang kita tinjau pula kedudukan parti peneraju utama BN iaitu UMNO. Adakah UMNO itu sudah benar2 pulih dan sudah diterima oleh semua gulungan rakyat?

Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam sayap Pemuda UMNO masih lagi bergelora, walaupun ianya nampak tenang di mata rakyat biasa. Ianya seperti gunung berapi yang akan meletup pada bila2 masa sahaja.

Kunun nya dikatakan juga salah satu lagi yang penyebab BN/UMNO hampir tumbang pada PRU12 yang lepas ialah kepimpinan Tun Abdullah ex-PM kita. Ini ada kaitan pula dengan KJ. Sedangkan KJ masih lagi berada di pucuk pimpinan UMNO atas tiket Ketua Pemuda UMNO yang dimenanginya secara kontravesi.

Masih ramai penyokong2 parti yang masih tidak berpuas hati tentang kehadirian KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Perkara ini juga sedang di peram oleh pemimpin2 atasan.

Image sesetengah pemimpin atasan juga masih lagi tidak boleh berubah, masih ada lagi yang ber bangga2 mempamirkan harta kekayaan, hidup ber mewah2 dan bini baru yang comel lote pula.

PRU13 semakin hampir, sedarlah, jangan terlalu teruja dengan 'pesta melompat' yang sedang dipersembahkan oleh segelintir pemimpin PKR ini.

2 comments:

  1. Dalam diam sebenarnya mereka sedar akan kelemahan umno ni..bukan depa tak tak tapi saja buat tak tau dan tiup semangat2 agar hati yg gundah terpujuk dik gelombang berita yg penuh tipuan..tipu rakyat dan tipu diri sendiri..
    Segala media mengaum seolah-olah PKR hampir pecah..tapi yg sebenarnya adalah sebaliknya..
    mereka cuma berselindung disebalik langsir yg nipis saja..
    Mungkin juga sbb depa dah dok besa tipu rakyat dgn berita2 yg gah begitu rupa...

    ReplyDelete
  2. Taniah ZAhrin berani beri nama pengganas yg ingin gulingkan BN, harapkan pagar ianya makan padi. Mereka itu hendaklah dihukum tembak, baru dia sedar. Jangan bagi mandat lagi utk dia...terutama yg baru kahwin dgn artis.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-