Kedudukan BN/UMNO masih berada seperti 'telur di hijing tanduk'. BN/UMNO telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak pada PRU12 yang lalu.
Kita cuma boleh andaikan PR sudah lemah kerana dilanda badai gelombang penghijrahan pemimpin2 PKR keluar parti. Sebalik nya penyokong2 parti itu masih lagi berpegang teguh kepada parti mereka itu. Kemarahan penyokong2 PR ini akan menambah kan lagi azam mereka untuk menguat kukuhkan parti mereka.
Dengan penghijrah pemimpin2 PKR ini sebenarnya sedikit pun tidak melemahkan PR. Sedangkan keadaan BN/UMNO masih lagi terumbang-ambing. Sebenar nya BN/UMNO masih lagi belum dapat men diagnosis dengan tepat punca2 kekalahan teruk pada PRU12 yang lepas.
Ada pehak mengatakan kaum bukan melayu tidak lagi menyokong parti2 komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Ini terbukti bahawa hampir semua pemimpin2 parti komponen BN ini telah tewas pada PRU12 yang lepas.
Tindakan kerajaan untuk mengambalikan sokongan kaum bukan melayu ini kepada BN/UMNO tidak banyak memberi kesan setakat ini. Kaum ini masih lagi nampak memehak kepada parti lawan. Perkara ini ditambah buruk kan lagi dengan kepincangan2 yang sedang berlaku dalam parti2 komponen BN ini.
MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih gagal menarik sokongan kaum bukan melayu. Image parti2 ini masih ditakuk lama. Tiada pembaharuan dibuat, melainkan yang nyata terserlah ialah rebutan kuasa sahaja.
Sekarang kita tinjau pula kedudukan parti peneraju utama BN iaitu UMNO. Adakah UMNO itu sudah benar2 pulih dan sudah diterima oleh semua gulungan rakyat?
Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam sayap Pemuda UMNO masih lagi bergelora, walaupun ianya nampak tenang di mata rakyat biasa. Ianya seperti gunung berapi yang akan meletup pada bila2 masa sahaja.
Kunun nya dikatakan juga salah satu lagi yang penyebab BN/UMNO hampir tumbang pada PRU12 yang lepas ialah kepimpinan Tun Abdullah ex-PM kita. Ini ada kaitan pula dengan KJ. Sedangkan KJ masih lagi berada di pucuk pimpinan UMNO atas tiket Ketua Pemuda UMNO yang dimenanginya secara kontravesi.
Masih ramai penyokong2 parti yang masih tidak berpuas hati tentang kehadirian KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Perkara ini juga sedang di peram oleh pemimpin2 atasan.
Image sesetengah pemimpin atasan juga masih lagi tidak boleh berubah, masih ada lagi yang ber bangga2 mempamirkan harta kekayaan, hidup ber mewah2 dan bini baru yang comel lote pula.
PRU13 semakin hampir, sedarlah, jangan terlalu teruja dengan 'pesta melompat' yang sedang dipersembahkan oleh segelintir pemimpin PKR ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE February 26, 2021 10:20 am Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Ber...
-
freemalaysiatoday.com Ho Kit Yen -August 12, 2021 3:10 PM Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek J...
-
oleh Alyaa Alhadjri SEKILAS PANDANG: Sebagai parti utama dalam usaha membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya, PKR mesti menunjukkan kepimp...
-
Nama nya sahaja parti Islam, sedangkan umat Islam sendiri ramai yang tidak menyokong nya. PAS telah gagal menarik minat kaum Islam untuk men...
-
mykmu.net 20/3/2022 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata bapanya yang berusia 74 tahun mengalami gejala ringan. “M...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 15, 2023 Bekas menteri agama Zulkifli Mohamad menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail me...
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
agendaily.com 11/02/2023 Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: May 2, 2023 12:40 PM Sebagai sebahagian daripada sekutu pakatan pilihan raya Pakatan Harapan-BN, Umno mahu pa...
Dalam diam sebenarnya mereka sedar akan kelemahan umno ni..bukan depa tak tak tapi saja buat tak tau dan tiup semangat2 agar hati yg gundah terpujuk dik gelombang berita yg penuh tipuan..tipu rakyat dan tipu diri sendiri..
ReplyDeleteSegala media mengaum seolah-olah PKR hampir pecah..tapi yg sebenarnya adalah sebaliknya..
mereka cuma berselindung disebalik langsir yg nipis saja..
Mungkin juga sbb depa dah dok besa tipu rakyat dgn berita2 yg gah begitu rupa...
Taniah ZAhrin berani beri nama pengganas yg ingin gulingkan BN, harapkan pagar ianya makan padi. Mereka itu hendaklah dihukum tembak, baru dia sedar. Jangan bagi mandat lagi utk dia...terutama yg baru kahwin dgn artis.
ReplyDelete