Iklan Tahun Baru Cina Najib Lambang Kebodohan Melayu
Penulis ulang, ketuk gendang.
Tak pastilah bagaimana orang ramai melihatnya, tapi pada pandangan Pakatan Rakyat, iklan tersebut adalah usaha terdesak Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina yang dalam pilihanraya kali ini hampir pasti berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat.
Mungkin Najib rasa, pembikinan iklan seumpama itu mampu melembutkan hati orang Cina untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang, tapi sebetulnya itu hanya harapan yang sia-sia kerana Pakatan Rakyat menjanjikan pelbagai tawaran menarik dalam manifestonya berbanding BN yang megah dengan pemberian tak seberapa seperti BR1M, bantuan persekolahan dan sebagainya.
Lebih teruk lagi, klip video tersebut sekadar memberi bayangan bahawa bangsa Melayu di negara ini sebenarnya berada di kedudukan yang paling rendah dalam sistem bermasyarakat negara kita, kerana dalam mana-mana kumpulan tarian naga atau singa, pemain gendang biasanya berada pada tahap yang paling rendah sekali.
Mengikut maklumat dari Wikipedia, pemukul gendang hanya mengikut rentak penari, bukan sebaliknya!!
Sebab itu kita lihat, dalam mana-mana persembahan tarian naga atau singa, pemain gendang biasanya terdiri daripada anak-anak muda yang kelihatan lembap, malas dan kurang berpelajaran. Malah, ada juga di kalangan kumpulan tarian naga atau singa ini yang mengupah anak muda dari kalangan bangsa India yang gagal SPM dan PMR untuk memukul gendang.
Sementara bintang sebenar dalam tarian naga atau singa ini akan diberi peranan penting dengan memegang patung kepala naga dan membentuk badannya, bukan pemain gendang – membuktikan peranan yang tidak penting.
Kalau Najib memegang kepala naga dan memanjat tiang-tiang, itu mungkin membawa maksud lain.
Umum tahu, dalam budaya orang Cina, kepercayaan dan perlambangan mengenai nasib dan tuah ini memang penting, jadi kalau Najib mahu mereka percaya bahawa kerajaan yang dipimpinnya mampu membawa kesejahteraan kepada masyarakat Cina, faktor-faktor seumpama ini (walaupun kecil) perlu diambil kira, tidak boleh silap sedikit pun.
Malangnya bagi Najib (tapi untung pada Pakatan Rakyat), jauh dari matlamat asal untuk menarik sokongan orang Cina, pembikinan klip video ini hanya membuktikan satu perkara – orang Melayu bodoh dan hanya layak berada di kedudukan paling rendah!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.