SHAH ALAM – Kerajaan diminta agar mengembalikan semula subsidi minyak yang telah dimansuhkan sejak 1 Disember tahun lalu.
Pengguna, Don Eugene Reginald dari Shah Alam berkata, sekiranya subsidi dikembalikan, harga minyak akan tetap dan tidak memeningkan rakyat.
“Agak susah untuk kita untuk buat belanjawan dan sebagainya apabila harga minyak turun naik. Saya minta kerajaan kembalikan semula subsidi. Jadi, apabila ada subsidi, kita akan ada harga minyak yang tetap.
“Mungkin setahun atau dua tahun sekali harga minyak alami kenaikan, itu sudah cukup,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel mengalami peningkatan sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.
Peningkatan harga minyak itu adalah berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Februari 2014 dan kadar pertukaran mata wang.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Nafaiz Rosli akui memahami kerajaan tidak dapat membantu banyak apabila penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal melainkan kerajaan melaksanakan kembali subsidi minyak.
“Saya rasa, memandangkan ia bergantung pada pasaran dunia, jadi, tak banyak yang kerajaan boleh buat melainkan kerajaan mengenakan kembali subsidi minyak.
“Mungkin yang penting, kerajaan perlu beri lebih maklumat kepada rakyat tentang bagaimana sistem baru ini (sistem apungan) di mana penurunan dan kenaikan harga minyak ini bergantung pada pasaran dunia serta apa faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga minyak dalam pasaran dunia,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna, Mohd Zaim Yusop berharap, kerajaan memainkan peranan dalam mengawal harga barangan terutama ketika harga minyak mengalami penurunan.
“Kalau harga minyak itu turun, biarlah harga barang itu turun juga. Saya lihat harga minyak turun tapi harga barang masih sama tapi apabila harga minyak naik, harga barang akan ikut naik.
“Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu kawal harga barang jika harga minyak telah turun,” katanya.
Turut senada dengan Mohd Zaim, seorang lagi pengguna yang ditemui, Mohd Sharul Ruzi Ali mengharapkan kerajaan tampil dengan inisiatif-inisiatif tertentu bagi membantu rakyat yang tersepit di kala harga barangan tidak mengalami penurunan.
“Harapan saya kerajaan bantu rakyat. Kita bukan apa, baru-baru ini pun, orang kata kita tak sempat nak puas rasa harga minyak murah ini...baharu sebulan kita menikmati harga murah ini. Tapi tengah malam tadi dah naik 25 sen. Saya pun terkejut juga.
“Kalau boleh, kerajaan bantulah cari apa-apa inisiatif untuk tampung perbelanjaan untuk rakyat. Sebab, apabila harga minyak naik, automatik harga barang akan naik. Apabila harga minyak turun, harga barang tidak turun. Itulah masalahnya. Kita pun sebagai pengguna jadi pening,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Ahmad Fuzi Tajuddin turut menyuarakan agar kerajaan mengambil langkah proaktif dalam membantu rakyat.
“Kerajaan mewar-warkan untuk menurunkan harga barang, tiba-tiba harga minyak naik. Terperanjat juga sampai naik 25 sen. Sebab keadaan sekarang ini, kita baru sahaja menikmati penurunan harga minyak.
“Jadi, kenaikan ini menjadi bebanan kepada kita. Kerajaan patut beri langkah untuk proaktif untuk rakyat,” katanya. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=252082:rakyat-mahu-subsidi-bahan-api-dikembalikan&Itemid=2#ixzz3TBMc8KAr
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
agendaily.com 05/07/2023 Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi. Penghinaan terhadap penjawat ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.