Lim Kit Siang hari ini menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkan rancangan meminda enakmen syariah negerinya bagi membolehkan pelaksanaan hudud sehingga ia selesai dibentang di Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Parlimen DAP itu berkata, ketiga-tiga parti dalam PR bersetuju tidak melaksanakan undang-undang Islam itu hingga ia selesai dibentang sepertimana diputuskan pada 8 Februari lalu.
"Walaupun terdapat laporan yang sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan berjalan pada 18 Mac, pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 masih belum dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dikaji, sepertimana diputuskan pimpinan PR daripada DAP, PKR dan PAS dalam mesyuarat pada 8 Februari," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Mengambil kira faktor kesuntukan masa bagi membincangkan undang-undang kontroversi tersebut, Lim menggesa kerajaan PAS Kelantan menangguhkannya terlebih dahulu.
Menurut veteran DAP itu, pertimbangan juga perlu diberi terhadap kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang semakin goyah akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dalam masa satu malam sahaja, kedudukan politik Najib nampaknya mengalami perubahan buruk, terutamanya dengan laporan terperinci Sunday Times London pada Ahad 1 Mac 2015, bersama laman web Sarawak Report, mengenai skandal RM42 bilion 1MDB, yang lengkap.
"Dan mereka memperolehi akses kepada ribuan dokumen dan e-mel berkait 1MDB, termasuk usahasamanya dengan syarikat minyak yang tidak begitu terkenal, PetroSaudi International sejak tahun 2009," kata Lim.
Lim berkata PAS perlu mengelak daripada muslihat yang dimainkan Umno yang cuba memecahbelahkan PR dalam isu hudud khususnya.
"PR tidak boleh terjerat dengan tipu muslihat pemimpin dan strategi Umno pada ketika ini, di saat Najib sebenarnya sedang bergelut demi hayat politiknya sendiri – tidak kira bagaimana kuat dan kukuh pun penampilan politik beliau – atau tewas kepada komplot dan konspirasi Umno terutamanya dalam hal kerajaan perpaduan dan umpan palsu bagi membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan," kata Lim. – Bernama
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=252772:tangguhkan-hudud-sehingga-selesai-mesyuarat-pakatan-kata-kit-siang&Itemid=2#.VPZMIHyUcrU#ixzz3TN36EKLs
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.