Friday, April 17, 2015

"Kata dulang paku serpih"...........

PRK Permatang Pauh: UMNO sedia bawa pembangunan
Ahmad Zahid berkata, semua parti komponen BN perlu mengambil langkah proaktif untuk memenangi minda dan hati pengundi di Permatang Pauh. - Foto arkib TRP/ Azrol Ali

SERDANG, 16 April:

Kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai pembangkang hampir 16 tahun lalu, masih memerlukan pembangunan infrastruktur.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertukaran Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak membawa banyak perubahan di kawasan Parlimen berkenaan.

“Kesedaran di kalangan pengundi semakin terbuka, kerana banyak pertukaran Ahli Parlimen Permatang Pauh, tetapi tidak banyak perubahan di kawasan itu. Sebagai kawasan Parlimen yang terletak di negeri pembangkang, secara asasnya mereka masih memerlukan pembangunan infrastruktur.............


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/16/prk-permatang-pauh-umno-sedia-bawa-pembangunan/#ixzz3XTN0XjgA

Wak di lahirkan dan dibesarkan di Bagan Datuh, Wak terasa malu apabila Datuk Menteri ni kata Permatang Pauh tidak ada pembangunan infrastruktur. 

Sepatut nya Pak Menteri ni cerminkan muka nya dulu sebelum berkata-kata tentang pembangunan infrastruktur di Permatan Pauh tu. Bak pepatah melayu, "kuman diseberang laut nampak tapi gajah di bibir mata tak kelihatan".

Kalau nak tahu keadaan di Bagan Datuh, silalah datang berkunjung, lihat dan bandingkan dengan Permatang Pauh, mengkin Bagan Datuh lebeh terkebelakang dan lebih mundur dari Permatang Pauh.

Disini Wak tak perlu ceritakan tentang pembangunan di Bagan Datuh, tenguk jalan raya nya pun dah tahu bagaimana seksanya penduduk di Bagan Datuh ni, 

Di sini Wak mencabar Pak Menteri ni untuk menyebutkan pembangunan apa kah yang ada di Bagan Datuh ni yang boleh di banggakan oleh Pak Menteri semasa berkuasa 'memerintah' Bagan Datuh.

Kalau Wak katakan Bagan Datuh ni boleh dikategorikan sebagai bandar mati 'dead town', mungkin ramai penduduk Bagan Datuh bersetuju dengan pendapat Wak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-