
Rasrazi Bin Ahmad
Speaker Dewan Rakyat sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kerana membuat "ancaman bunuh" semalam.
Ini adalah sentimen yang dikongsi oleh beberapa peguam ketika diminta mengulas mengenai kecaman Bung Moktar di Parlimen terhadap protes di hadapan rumahnya.
Bung berkata keluarganya telah diganggu oleh peserta protes itu dan berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu.
Peguam New Sin Yew berkata walaupun Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada ahli Parlimen semasa sesi dewan, tetapi Bung telah menggunakan 'bahasa' yang memerlukan teguran.
Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen pula berkata ramai ahli Parlimen pembangkang telah dicela dan digantung tugas atas tindakan yang tidak sampai seperti yang telah dilakukan oleh Bung.
Sebagai contohnya ialah penggantungan enam bulan ke atas MP Padang Serai, N Surendran pada tahun 2013, kerana menuduh speaker bersikap berat sebelah.
Ketua Biro undang-undang PKR, Latheefa Koya pula berkata beliau tidak dapat faham bagaimana seseorang itu boleh diberi imuniti selepas membuat ancaman bunuh.
Latheefa mendakwa ia jelas menunjukkan sikap berat sebelah Speaker Pandikar Amin Mulia, yang mempengerusikan sidang dewan ketika itu.
Dengan melepaskan Bung, kata Latheefa, maka tidak bermaknalah dakwaan Pandikar sebelum ini bahawa beliau mahukan pembaharuan di Parlimen.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.