Seorang jurucakap SPRM yang dikenali sebagai Rohaizad Yaakob berkata akan meneliti laporan Wall Street Journal tentang wang yang dikreditkan ke akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang penyiasat mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akhbar perniagaan harian itu berkata dalam laporan terkininya mengenai isu itu.
Hanya beberapa jam selepas membuat pendedahan tersebut terdahulu hari ini, WSJ menerima jawapan itu dari SPRM, mengatakan ia akan meneliti perkara itu.
Seorang jurucakap SPRM yang dikenali sebagai Rohaizad Yaakob dipetik berkata: "Kami akan meneliti perkara itu. Kalau ada sebarang unsur rasuah, kami akan siasat."
Mengulas laporan WSJ itu, Pejabat Perdana Menteri menyifatkannya sebagai kerja "individu tertentu" bertujuan melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan, media tempatan tidak seharusnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan pihak berkuasa yang berkenaan selepas portal berita Malaysia memetik pendedahan WSJ itu, beserta laporan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-akan-siasat-dakwaan-wang-disalur-ke-akaun-najib-kata-wsj#sthash.x8wfI6V6.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.