Friday, July 3, 2015

Peluang Najib dapat ribuan juta RM - SAMAN "WSJ dan Sarawak Report"

Laporan WSJ: Jangan percaya maklumat tak sahih, kata Hasan Malek

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 3 July 2015 1:19 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menasihati orang awam supaya jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara yang belum dipastikan kesahihannya.

Mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa dana berbilion ringgit dimasukkan ke akaun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Hasan berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih belum ada kepastian sama ada benar atau salah.

"Kita jangan terlalu percaya sesuatu yang tak sahih... Jadi, tak eloklah. Kalau tak sahih, tak perlu saya beri komen. Nak komen, kena tanya MOF (Kementerian Kewangan)," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas sidang media pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015 di Putrajaya, hari ini.

WSJ dan Sarawak Report menyatakan artikel yang diterbitkan mereka itu berdasarkan dokumen daripada siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan kini menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat berhubung dana itu yang setakat ini mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang.

Siasatan kerajaan itu, menurut WSJ, menunjukkan apa yang dipercayai penyiasat sebagai pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

WSJ berkata ia mengkaji borang pemindahan wang bank dan aliran carta yang diperolehi penyiasat kerajaan, mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai itu.

Ia masih tidak jelas dari mana wang itu datang dari dan apa yang berlaku kepada wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-wsj-jangan-percaya-maklumat-tak-sahih-kata-hasan-malek#sthash.IjFEjy98.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-