Thursday, July 2, 2015

Tak ingat pulak dahhh........

Saya tidak ingat luluskan plat ‘Patriot’ – Hishammuddin
Beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini sengaja dijadikan isu bagi melaga-lagakan dirinya dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.- Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 2 Julai:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau ‘tidak ingat’ sama ada pernah meluluskan penjualan plat kenderaan ‘Patriot’ sewaktu memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu berpendapat pengeluaran plat tersebut bukan satu kesalahan dan tidak wajar dijadikan isu.

Beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini sengaja dijadikan isu bagi melaga-lagakan dirinya dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Setahu saya tak ada, saya tak ingat apa-apa. Jangan ambil kesempatan untuk lagakan saya dengan menteri sekarang ini.

“Tapi sebenarnya tak ada benda salah pun, dengan mengeluarkan nombor plat kenderaan Patriot.

“Saya hanya boleh jawab untuk diri saya, saya tak ingat Patriot diluluskan masa saya (pangku Menteri Pengangkutan),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat UMNO di sini.

Menteri Pertahanan itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan kemungkinan terdapat unsur rasuah dalam penjualan plat tersebut.

“Saya tak ada benda nak disembunyikan. Saya harap SPRM boleh siasat kalau ada salah guna kuasa atau penyelewengan.

“Kalau boleh periksa siapa yang luluskan Patriot,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada plat kenderaan “Patriot” diluluskan ketika Hishammuddin menjadi pemangku menteri pengangkutan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/02/saya-tidak-ingat-luluskan-plat-patriot-hishammuddin/#ixzz3ejziBWvX

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-