KOMEN: Empat bulan selepas pelaksanaan GST, kita sedang melihat kepada masa sukar buat kebanyakan perniagaan dan juga pelanggan mereka.
Selepas kekeliruan awal dan ketidakpastian tentang apa yang dicaj menurut undang-undang dan siapa yang cuba “membuat duit cepat” dengan menaikkan harga, banyak perkara kelihatan telah kembali tenang.
Kebanyakan daripada kita perlu berhadapan dengan kenaikan kos kerana penyusutan ringgit yang telah memberi kesan kepada hampir kesemua barang keperluan harian kita.
Di waktu pagi anda mahu berus gigi, kedua-dua ubat gigi dan berus gigi telah naik harga. Kemudian, anda minum kopi dan sarapan, itu juga telah naik.
Tiada siapa dari kita boleh lari daripada hakikat hidup ini.
Mengukur daripada empat bulan awal dan daripada sesetengah maklum balas dan kaji selidik di akar umbi, tampaknya perniagaan yang paling terjejas ialah kedai-kedai minuman dan makanan, terutamanya kopitiam, kafe dan restoran, dengan sejumlah besar pengunjung mereka telah memilih untuk menjauhkan diri atau mengurangkan jumlah lawatan kunjungan mereka.
Sesetengah kedai juga terpaksa untuk tutup.
Ramai telah memilih cara bajet dengan membawa makanan dari rumah ke pejabat dan tempat kerja. Ini hasilnya telah memberi kesan kepada perniagaan berorientasikan pengguna.
Mungkin sudah sampai masa untuk menyemai keyakinan baru kepada orang awam yang mengguna dan untuk memperkayakan perniagaan makanan.
Apa yang lebih baik daripada pengawal seliaan?
Tahukan anda di bazaar Batu 7 di salah satu medan selera baru anda sebenarnya boleh memesan semangkuk laksa Sarawak dengan harga RM60? Sudah tentu pemiliknya turut menjual yang biasa pada harga RM5! Saya bertanya kepada taukenya seorang wanita sendiri - “Pernahkah anda terima sebarang pesanan?” dan beliau menjawab ya! Saya boleh dikatakan terkejut.
Itu sudah tentu ialah satu contoh ekstrim pelanggan yang sanggup membayar untuk apa yang mereka lihat harga munasabah untuk produk yang mereka benar-benar idamkan.
Itu adalah harga standard hari ini; dan itu bukanlah melihat kepada yang “istimewa” atau bahagian “besar”.
Perubahan ini telah tiba kira-kira hanya dalam tempoh 12 bulan terakhir, dan nampaknya akan ada lagi kenaikan harga dalam masa terdekat.
Bolehkah kita atau pihak berkuasa melakukan sesuatu tentangnya?
Saya katakan ya. Kementerian relevan dan majlis tempatan - jika mereka mahukan - mengenakan peraturan di mana peniaga hanya boleh mengenakan caj untuk dua harga, satu untuk makanan standard dan satu lagi untuk yang “istimewa”.
Mereka kawalnya justeru - makanan standard, antara RM2.50 dan RM3.50; dan istimiewa antara RM5 dan RM7.50.
Saya telah melihat harga yang berbeza sekarang untuk makanan yang sama, saiz yang sama dan bahan-bahan yang sama, dijual dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain, dari serendah RM2 kepada setinggi RM12! Jika ini bukannya mengambil keuntungan lebih, saya tidak tahu apa lagi.
Saya juga telah memeriksa kos dengan beberapa peniaga dan tahu dengan tepat berapa banyak kos untuk membuat mi kolok atau laksa. Kebanyakan masa, ia jauh lebih rendah daripada 50% daripada harga jualan.
Secara purata semangkuk mi kolok yang dijual pada harga RM3.00 sebenarnya menelan kos kira RM1.35 untuk dibuat.
Itu termasuklah kos sewa gerai dan buruh. Saya mesti ingatkan ini adalah hanya kos untuk di Kuching. Sibu jauh lebih rendah, dan Miri dan Bintulu mungkin 30% lebih tinggi. Mana-mana bandar Sabah pastinya lebih tinggi.
Dengan apa-apa peraturan baru, ia akan memeningkan kepala untuk dikuatkuasakan. Tetapi apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah satu garis panduan ringkas kepada semua peniaga makanan di seluruh negeri untuk diikuti, jika tidak kita pastinya akan berhadapan dengan semangkuk laksa dan mi kolok yang terlalu mahal, dan pada akhirnya mungkin memaksa ramai peniaga tutup kedai.
Ia benar-benar situasi menang-menang, seperti mereka sering katakan dalam politik, dan kali ini ia nyata.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Masa-untuk-mengawal-selia-harga-makanan-di-gerai-makanan#sthash.bBEvGEdg.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.