by ARIANNA2016-01-05
Bekas ahli UMNO yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.6 bilion, Anina Saadudin meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Dia telah menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini, Selasa, kerana tidak mahu dituduh cuba mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menentang kerajaan.
Selain itu, bekas ahli wanita UMNO Bahagian Langkawi itu berbuat demikian kerana rasa tanggungjawabnya terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan apabila ada pihak tertentu mula mempertikaikan kerjayanya.
“Saya tidak mahu institusi tempat saya bekerja terjejas hanya kerana kes saya. Saya rasa bertanggungjawab atas kes ini dan saya sebagai seorang kakitangan syarikat mengambil keputusan melepaskan jawatan saya sebagai pensyarah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.
Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang baik untuk 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya hanya pekerja biasa yang bekerja untuk membesarkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi saya sanggup memikul tanggugjawab ini (melepaskan jawatan) demi nama baik dan masa depan institusi tempat saya bekerja.
“Saya cabar beliau untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab melepaskan jawatan untuk 30 juta rakyat Malaysia, sekiranya saya boleh lakukan kenapa Datuk Seri Najib tidak boleh,” katanya.
Anina berkata, dia sedikitpun tidak rasa menyesal melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti kerana keputusan itu demi mencari kebenaran yang sebenar dan yakin rezeki itu bukan datang dari Najib tetapi datangnya dari Allah.
Keputusan itu juga akan memberi peluang kepadanya untuk berjuang dengan lebih hebat untuk mendesak Perdana Menteri demi membela nasib 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya berani menentang Datuk Seri Najib, saya berani mengheret Datuk Seri Najib ke mahkamah kerana saya percaya Allah SWT itu ada. Saya tidak akan mati kerana Datuk Seri Najib. Saya tidak akan mati kerana perjuangan saya terhadap Datuk Seri Najib.
“Ini bermakna perjuangan saya akan lebih hebat selepas ini, Saya akan terus mara ke hadapan. Keputusan mahkamah tinggi mengenepikan saman saya itu adalah satu permulaan yang baru dalam perjuangan saya,” katanya.
Dia menjelaskan, keputusan itu bukan kerana tekanan daripada mana-mana pihak sebaliknya dibuat dengan kerelaan hati kerana sayangkan universiti dan tidak mahu nama baik universiti itu diheret dalam kancah ‘peperangannya’ dengan Najib.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib mengetepikan saman Anina berhubung isu dana RM2.6 bilion. – FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 4:37 PM Pemuda Umno menggesa kerajaan mahupun pembangkang mengadakan usul ke Parlimen bagi mengg...
-
malaysiakini.com Haspaizi Zain Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:07 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan laporan media berhubung dakwaan ker...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:33 PM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkat...
-
agendaily.com 7/3/2022 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penduduk di DUN Tangkak,...
-
malaysiakini.com Diterbitkan 21 Apr 2021, 6:32 pm Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tin...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP di...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
bebasnews.my By Hassan Mohd Noor -22/04/2024 SEPANG — Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Ku...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.