Semalam menteri berkata sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi
IPOH: Risiko Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini, akan tenggelam dalam tempoh 50 tahun lagi bukan semata-mata berpunca daripada hakisan, tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim global.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perubahan iklim global yang berlaku ketika ini antara lain menyebabkan berlakunya angin kencang serta ribut taufan dengan lebih kerap.
“Apabila ini berlaku, ribut taufan yang melanda akan menyebabkan ombak di lautan atau pantai memukul tebing dengan lebih kerap sehingga membawa kepada hakisan pantai.
“Keadaan ini sebenarnya amat berisiko terutama kepada kawasan-kawasan rendah untuk dinaiki air dan seterusnya tenggelam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi jika hakisan tebing di sekitar Sungai Perak tidak diatasi.
Sehubungan itu, Mah berkata kerajaan telah memperuntukan RM50 juta lagi untuk membina ban atau tambak batu di tebing Sungai Perak bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.
Wan Junaidi berkata perubahan iklim global bukan hanya akan memberi kesan kepada Teluk Intan, malah berisiko kepada kawasan rendah yang lain di seluruh negara amnya dan dunia khususnya.
Sementara itu, Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia Dr Hafizan Juahir berkata hakisan di Sungai Perak sekiranya tidak diatasi sememangnya boleh menenggelamkan Teluk Intan dan kawasan sekitar.
Menjelaskan secara lanjut, Hafizan berkata proses hakisan boleh menghilangkan sekurang-kurangnya lima meter tanah di daratan dalam tempoh setahun dan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, kesannya akan lebih besar.
“Bayangkan kalau setahun terhakis lima meter, kalau 20 tahun dah hilang 100 meter…lama kelamaan tanpa kita sedar permukaan tanah di dataran akan hilang dan ia akan ditenggelami air,” katanya.
Mengenai keperluan membina ban atau tambak batu bagi mengurangkan impak hakisan, Hafizan berkata pembinaan struktur itu perlu diteliti dan dikaji dengan sebaiknya, termasuk dari segi kekuatan.
“Kalau struktur benteng batu atau pasir tak dibuat dengan betul, kita bimbang pukulan ombak akan melencong dan seterusnya beri impak pula kepada kawasan lain,” katanya.
-BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.