Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts

Sunday, October 27, 2024

Polis buka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong

bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my
Oktober 27, 2024
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria (baju putih) berucap di hadapan lebih 300 peserta yang berhimpun sambil mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam. - Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

IPOH: Polis membuka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih 300 individu di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, semalam kerana tiada notis dihantar penganjur bagi acara itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata himpunan itu anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta dihadiri pimpinan PAS Perak dan penduduk setempat.

Siasatan awal mendapati Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria memberi ucapan tanpa pembesar suara di hadapan kumpulan itu.

Kira-kira 200 bendera Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan oleh peserta dengan diiringi lagu-lagu patriotik.

"Hasil semakan mendapati, penganjur perhimpunan terbabit tidak menghantar pemakluman kepada polis bagi mengadakan perhimpunan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis antara 10 hari hingga 30 hari sebelum perhimpunan.

"Arahan perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi menjalankan siasatan lanjut pihak yang terbabit akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azizi berkata, aduan dibuat anggota polis yang bertugas jaga aman di Menara Condong Teluk Intan pada jam 6 petang, semalam.

Terdahulu, media melaporkan lebih 300 individu membanjiri Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam bermula jam 5 petang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Kehadiran peserta itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap insiden bendera China dikibarkan oleh peserta Sambutan Guan Gong Sedunia di lokasi sama, Khamis lalu.

Justeru, Azizi memberi amaran dan menasihati orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kacau ganggu serta menggugat ketenteraman awam.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 mengikut peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Friday, October 25, 2024

Bendera China dikibar di Teluk Intan: Penganjur mohon maaf

bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my
 - Oktober 25, 2024 @ 1:09pm
Laporan BH online.

TELUK INTAN: Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.

"Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.

"Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali daripada itu.

"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pengakuan Boon Hua itu sekali gus menepis dakwaan insiden terbabit berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bulan lalu.
Sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China pada Sambutan Guan Gong di Menara Condong Teluk Intan, malam tadi. - Foto tular.
Terdahulu, media melaporkan PAS Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria mendakwa, perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan terbabit boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara.

Beberapa video tular di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam sambil bersorak.

Tuesday, January 29, 2019

Restoran popular di Teluk Intan gagal peroleh sijil halal

MyMetro
Noor Hidayah Tanzizi
cnews@nstp.com.my

Surat JAIPk yang tular mengenai keputusan mesyuarat panel halal.

PERMOHONAN Pensijilan Halal Malaysia sebuah restoran India popular di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan gagal selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Yusri Abdul Rani berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Disember tahun lalu.

Katanya, ia berikutan pemeriksaan mendapati pihak restoran berkenaan didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sudah ditetapkan.

“Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan dan tiada lantikan penyelia halal.

“Bekalan bahan mentah di premis berkenaan bagaimanapun didapati tiada masalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

eliau diminta mengulas surat yang tular dalam WhatsApp hari ini menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan yang terkenal di Teluk Intan dengan hidangan ayam goreng itu, gagal selepas tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Yusri berkata, berikutan itu, premis berkenaan diminta untuk tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan mereka.

“Bagaimanapun kegagalan permohonan premis berkenaan itu tidak menghalang mereka memohon semula sijil halal selepas mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah restoran makanan daun pisang iaitu Restoran Vinayagar Hutan Melintang, Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam operasi yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Januari, lalu.

“Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai penandaan halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Yusri berkata, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dalam memastikan premis makanan yang dimiliki bukan Islam mempunyai sijil halal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 8:26 PM

Wednesday, May 2, 2018

Teluk Intan condong arah mana kali ini?

Kow Gah Chie
Diterbitkan 2 Mei 2018


PRU14 l  Teluk Intan sinomin dengan Menara Condong yang menjadi tarikan pelancong di pekan kecil itu.

Menara ini dibina pada tahun tahun 1892 dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar di samping berfungsi sebagai jam.

Akibat didirikan di atas struktur tanah yang lembut di samping terdapat bebanan tangki yang menakung air, bangunan itu kemudiannya didapati condong sedikit ke arah barat laut.

Pada masa ini, menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam berkenaan masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.

Dari segi politik, penduduk sekitar pula kerap kali berubah kecondongan mereka terhadap pembangkang mahupun kerajaan.

Sejak 1986, Teluk Intan telah bertukar tangan antara Gerakan dan DAP sebanyak empat kali - dua kali dalam pilihan raya kecil.

Pada 1997 apabila pilihan raya kecil diadakan, DAP menang tetapi kehilangan Teluk Intan pada pilihan raya umum 1999.

Perubahan sekali lagi pada tahun 2014, dengan Gerakan merampas semula kerusi itu dari DAP.

Pilihan raya umum 9 Mei ini, mungkin menyaksikan satu pertarungan paling menarik, dengan presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mempertahankan kerusinya dengan berdepan dengan pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud dari PAS.

Nga, yang popular di kalangan orang Cina di seluruh negara, mungkin akan memberi Mah satu tentangan yang sengit.

Tinjauan pendapat penduduk Teluk Intan sebelum kempen pilihan raya, menunjukkan ramai pengundi berbelah bagi untuk mengundi siapa kali ini.

Pengundi kali pertama, yang hanya ingin dikenali sebagai "Puan Lee", berkata beliau dan kawan-kawannya menganggap ia adalah pilihan antara "pembangunan tempatan" dan "mengubah kerajaan persekutuan".

"Kumpulan kami telah membincangkannya. Ada yang mengatakan kita perlu sekali lagi menyokong Mah, kerana dia akan membawa pembangunan," katanya kepada Malaysiakini.

Manakala yang lainnya, tambahnya, berkata mereka harus mengundi untuk (mengubah) masa depan negara.

Beliau menjelaskan bahawa bandar Teluk Intan sering dilanda banjir besar kerana bandar itu yang terletak di sepanjang Sungai Perak. Ramai penduduk bandar mengiktiraf Mah bagi kerja-kerja mitigasi banjir di kawasan itu.

Hakikatnya ialah Mah dilihat tetap berusaha untuk menyelesaikan masalah tempatan di Teluk Intan, walaupun kalah dalam pilihan raya 2008 dan 2013, terus disenangi setempat.

Fengshui master, Chong Ah Chay, 53, berkata beliau akan mengundi Mah, supaya dia dapat terus berkhidmat kepada kawasan itu.

"Apabila kita mempunyai pemimpin yang korup, saya mahu perubahan kerajaan, tetapi bolehkah (Pakatan Harapan) melakukannya? Oleh kerana mereka tidak boleh, mengapa tidak kita teruskan kehidupan bahagia kita di sini?,

Bagi Ah Chay, Mah telah memberi perkhidmatan yang baik.

"Mengapa saya tidak mengundinya demi Teluk Intan? Dia sentiasa bersama kami, tidak seperti DAP yang terus menukar calonnya di Teluk Intan," kata Chong.

Sentimen sedemikian mungkin mengapa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa partinya akan menamakan Nga sebagai menteri kabinet sekiranya dia menang di Teluk Intan dan jika HARAPAN membentuk kerajaan persekutuan.

Ini dilihat secara meluas sebagai satu langkah untuk membendung kebimbangan pengundi jika menolak Mah maka mereka tidak ada lagi seorang menteri kabinet di situ.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru Mah mengakui bahawa dia sekali lagi berdepan pertarungan sengit untuk mempertahankan Teluk Intan, tetapi tetap berkeyakinan kerana dia telah mengotai janji-janjinya.

Sebagai contoh, pembinaan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dijanjikannya pada 2014, sedang berjalan dengan baik. Ia dijadual siap pada penghujung tahun 2019.

Kemudian, terdapat ban berteknologi tinggi untuk melindungi hakisan di sepanjang tebing Sungai Perak, yang bertujuan menghalang sebahagian daripada bandar itu menjadi pulau.

Beliau berkata penduduk setempat juga bersemangat menunggu siapnya menamatkan Lebuhraya Pantai Barat, yang akan mengurangkan masa perjalanan ke Ipoh dan Pulau Pinang.

Bagi industri pula, Mah telah memulakan rancangan untuk mempelbagaikan hasil pertanian di kawasan itu, di mana 60 peratus tanah kini digunakan untuk ladang kelapa sawit.

Tetapi semua ini, tambahnya, mungkin tidak mencukupi untuk meyakinkan para pengundi untuk menyokongnya

Beliau menyifatkannya sebagai satu pertarungan yang sengit dan menurutnya, kawasan pilihan raya yang mempunyai kurang daripada 50 peratus pengundi Melayu sukar bagi BN untuk menang.

Menurut daftar pemilihan bagi pilihan raya 9 Mei, Teluk Intan mempunyai 40.7 peratus pengundi Melayu, diikuti oleh Cina (40.1 peratus) dan India (18.64 peratus).

Terdapat tanda-tanda berlaku perubahan undi yang tidak menentu semasa pilihan raya umum 2013 dan pilihan raya kecil 2014, menjadikan pertarungan kali ini boleh memihak kepada sesiapa saja.

Namun Nga (bawah) juga bukan terlalu asing dengan penduduk tempatan kerana beliau pernah menjadi ketua pembangkang di DUN Perak.
Nga berkata bahawa rakyat Teluk Intan tidak perlu risau diabaikan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi kerana projek yang sedang berjalan pasti akan diteruskan, tidak kira sama ada Mah menang atau tidak.

"Jangan risau, kami akan meneruskan projek pembangunan atau projek yang sedang dalam perancangan. Dan saya akan menjadi lebih baik daripada beliau," kata Nga, yang pernah menganggotai barisan exco kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir sekejap selepas pilihan raya 2008.

[Baca berita penuh]

Tuesday, April 17, 2018

Harapan umum Nga Kor Ming calon Teluk Intan

Diterbitkan 17 Apr 2018
12:05 tengah malam


PRU14 | Teluk Intan bakal menjadi satu daripada kerusi panas yang perlu diperhatikan pada pilihan raya umum akan datang ini apabila penyandangnya Mah Siew Keong dicabar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Pencalonan Nga diumumkan sebagai wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam ceramah gabungan itu di bandar terletak di selatan Perak itu, malam ini.

Ia diumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Untuk masuk Putrajaya, kita kena menang kerusi termasuk di kawasan yang ahli parlimennya adalah menteri, MP Teluk Intan ialah menteri di jabatan perdana menteri.

"Jadi kalau kita nak kalah dia, kita mesti hantar pemimpin besar yang berwibawa, kita mesti hantar seorang calon yang bila kita menang di Putrajaya parti DAP akan lantik dia juga sebagai menteri," kata Lim mengumumkan dalam majlis ceramah yang dihadiri ribuan orang.

Manakala itu, Nga memberitahu hadirin bertanding di Teluk Intan akan menjadi cabaran buat beliau yang merupakan cucu seorang penoreh getah dan anak seorang guru sekolah rendah.

Sebaliknya, beliau mendakwa Mah selain berpangkat "Datuk" juga merupakan "orang paling kaya di Teluk Intan."

Namun, menurut Nga kuasa ada di tangan rakyat dan 9 Mei ini adalah masa untuk rakyat menunjukkan kuasa mereka.

Untuk rekod Mah  ialah presiden Gerakan. Pengumuman itu bermakna Nga meninggalkan kerusi selamat yang dimenanginya lima tahun lalu.

Pada PRU ke-13 Nga memenangi kerusi Taiping dengan mengalahkan calon BN yang diwakili tokoh wanita Gerakan, Tan Lian Hoe dengan majoriti 11,745 undi.
Lima tahun sebelumnya Nga (gambar) merampas kerusi parlimen Taiping daripada BN dengan memperoleh 11,298 undi.

Ketika itu beliau mengalahkan Tan Sri M Kayveas.

Kerusi Teluk Intan tidak boleh dianggap kubu kuat sama ada untuk DAP atau BN kerana ia pernah bertukar tangan beberapa kali sehinggalah dimenangi Mah pada 1999.

DAP hanya berjaya menawan kerusi parlimen Teluk Intan daripada Mah sembilan tahun kemudian, iaitu pada PRU ke-12.

Pada 2014 Teluk Intan menyaksikan berlaku pilihan raya kecil apabila penyandangnya Seah Leong Peng (DAP) meninggal dunia.

Mah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan hanya kelebihan 238 undi.

Mah belum dinamakan secara rasmi sebagai calon BN untuk kerusi Teluk Intan namun orang ramai percaya beliau akan dikekalkan di situ.

Sebelum parlimen dibubarkan Mah ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Saturday, August 12, 2017

Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan ditutup sehingga 28 Ogos

KERJA membaiki Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan dimulakan hari ini. - UTUSAN ONLINE/AIN SAFRE BIDIN

IPOH 12 Ogos - Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan akan ditutup kepada lalu lintas sehingga 28 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, terdapat kerosakan di jambatan itu yang perlu diselenggarakan segera dan mengambil masa untuk dibaiki.

Beliau berkata, mesyuarat yang diadakan telah memutuskan untuk membuat kerja-kerja pembaikan bagi pier 10 dan pier 11 di jambatan tersebut.

Berikutan itu JKR memutuskan untuk melanjutkan tarikh penutupan kepada semua lalu lintas sehingga pukul 5 pagi pada 28 Ogos ini.

"Semua pengguna jalan raya diminta bersabar kerana penutupan ini demi keselamatan mereka,"katanya.

Katanya, semua pengguna diminta mematuhi notis penutupan dan mengikut papan tanda arahan yg disediakan oleh JKR.

Jambatan Sultan Yusof atau Jambatan Batu 5 ditutup mulai petang semalam yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan Hutan Melintang-Teluk Intan.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan trafik hari ini lancar disebabkan pengguna sudah mendapat maklumat mengenai penutupan jambatan tersebut.

Jambatan ditutup, laluan Hutan Melintang-Teluk Intan sesak teruk

Ain Safre Bidin
KESESAKAN lalu lintas menuju ke bandar Teluk Intan ekoran Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan ditutup hari ini - UTUSAN ONLINE/AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN
11 Ogos - Laluan dari Hutan Melintang ke Teluk Intan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran penutupan Jambatan Sultan Yusof di sini mulai pukul 5 petang tadi.

Tinjauan mendapati kesesakan lalu lintas bermula dari Simpang Empat di Hutan Melintang hingga ke bandar Teluk Intan melibatkan pengguna yang menuju ke Manjung dan Lumut.

Ia menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan yang jauh lebih 30 kilometer berbanding jarak biasa untuk meneruskan perjalanan ke Manjung.

Untuk ke Manjung, pengguna khususnya dari arah Hutan Melintang terpaksa melalui Kampung Gajah, Seberang Perak dan masuk ke Jalan Teluk Intan-Kayan menuju ke Lumut.

Akibat lama terperangkap dalam kesesakan, ada kenderaan yang mengalami kerosakkan dan berlaku kemalangan kecil.

Kesesakan semakin teruk ekoran jumlah kenderaan berat yang semakin bertambah.

Sementara itu, seorang pengguna laluan berkenaan, Jamah Yatin, 55, dari Klang, Selangor yang mahu menghadiri majlis kenduri di Manjung tidak menyangka kesesakan yang teruk di laluan tersebut.

"Kami sekeluarga tiba di Hutan Melintang dari Klang pada pukul 4 petang tadi dan kesesakan sudah berlaku di situ lagi.

"Kami tidak tahu jambatan untuk ke Manjung ditutup," katanya.

Jambatan Sultan Yusof ditutup sementara untuk kerja-kerja menggantikan 'walk bearing' ekoran lantai jambatan yang dikesan menurun akibat 'pot bearing' dan 'expansion joint' yang mengalami kerosakan.

Thursday, August 10, 2017

Jambatan Batu 5 di Teluk Intan ditutup Sabtu ini

ZAINOL Fadzi Paharudin (tengah) meninjau kerosakan bahagian 'walk bearing' Jambatan Batu 5 di Teluk Intan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH - Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali Jambatan Batu 5 di Teluk Intan akan ditutup 24 jam bermula pukul 5 pagi pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu untuk kerja-kerja menggantikan 'walk bearing' jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Sehubungan itu, pengguna laluan ini dicadangkan supaya menggunakan jalan alternatif pada Sabtu ini.

"JKR akan memasang papan tanda tunjuk arah melibatkan laluan dari Lekir dan Hutan Melintang," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Jambatan Batu 5 disahkan selamat untuk digunakan walaupun siasatan awal mendapati lantai jambatan itu menurun disebabkan 'pot bearing' dan 'expansion joint' yang mengalami kerosakan.

Saturday, March 5, 2016

Risiko Teluk Intan tenggelam berkait perubahan iklim global

Semalam menteri berkata sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi

IPOH: Risiko Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini, akan tenggelam dalam tempoh 50 tahun lagi bukan semata-mata berpunca daripada hakisan, tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim global.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perubahan iklim global yang berlaku ketika ini antara lain menyebabkan berlakunya angin kencang serta ribut taufan dengan lebih kerap.

“Apabila ini berlaku, ribut taufan yang melanda akan menyebabkan ombak di lautan atau pantai memukul tebing dengan lebih kerap sehingga membawa kepada hakisan pantai.

“Keadaan ini sebenarnya amat berisiko terutama kepada kawasan-kawasan rendah untuk dinaiki air dan seterusnya tenggelam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi jika hakisan tebing di sekitar Sungai Perak tidak diatasi.


Sehubungan itu, Mah berkata kerajaan telah memperuntukan RM50 juta lagi untuk membina ban atau tambak batu di tebing Sungai Perak bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.

Wan Junaidi berkata perubahan iklim global bukan hanya akan memberi kesan kepada Teluk Intan, malah berisiko kepada kawasan rendah yang lain di seluruh negara amnya dan dunia khususnya.

Sementara itu, Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia Dr Hafizan Juahir berkata hakisan di Sungai Perak sekiranya tidak diatasi sememangnya boleh menenggelamkan Teluk Intan dan kawasan sekitar.

Menjelaskan secara lanjut, Hafizan berkata proses hakisan boleh menghilangkan sekurang-kurangnya lima meter tanah di daratan dalam tempoh setahun dan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, kesannya akan lebih besar.

“Bayangkan kalau setahun terhakis lima meter, kalau 20 tahun dah hilang 100 meter…lama kelamaan tanpa kita sedar permukaan tanah di dataran akan hilang dan ia akan ditenggelami air,” katanya.

Mengenai keperluan membina ban atau tambak batu bagi mengurangkan impak hakisan, Hafizan berkata pembinaan struktur itu perlu diteliti dan dikaji dengan sebaiknya, termasuk dari segi kekuatan.

“Kalau struktur benteng batu atau pasir tak dibuat dengan betul, kita bimbang pukulan ombak akan melencong dan seterusnya beri impak pula kepada kawasan lain,” katanya.

-BERNAMA

Saturday, June 14, 2014

Lebih 10,000 menyambut Datok Najib datang ke Teluk Intan untuk meraikan kemenangan Parti Gerakan........

Dengan kebetulan saje Wak pagi tadi turun ke bandar Teluk Intan untuk repair motosikal. Wak terkejut juge bile dapati banyak jalan2 di bandar di jadikan 'one way' dan ada juge yang di tutup untuk laluan biasa. Sebenar nye manusie tidak lah begitu ramai.

Kenderaan yang membawa PM ke bandar Teluk Intan

Sebahagian dari ber puluh2 bas pengangkutan yang mengangkut penyokong2 BN dari segale ceruk rantau

Senario semasa kemuncak ucapan Datuk Najib

Ini saja yang boleh digambarkan semase ucapan Datuk Najib

Dua buah kanopy menyediakan makan percume kepade tetamu2


Pemandangan di kekitar dewan ucapan

Friday, June 13, 2014

Inilah faktor yang sebenar nye BN berjaye merobohkan kubu kuat DAP Teluk Intan.....


play vedio dibawah





Tuesday, March 4, 2014

Kompleks PAS Kawasan Teluk Intan

PAS TELUK INTAN MERANCANG MEMBINA SEBUAH KOMPLEKS



TELUK INTAN, 1 Februari - Perkembangan semasa memerlukan PAS Kawasan Teluk Intan mempunyai sebuah bangunan yang lebih besar dan luas serta dengan kemudahan prasarana yang lebih baik sesuai dengan besarnya peranan PAS pada masa kini.

Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini kebanyakan aktiviti yang dilakukan di dalam dewan Markaz PAS Kawasan Teluk Intan agak sesak dengan kehadiran ahli dan penyokong yang semakin bertambah. Maka sudah sampai masanya, PAS Kawasan Teluk Intan mempunyai sebuah bangunan yang dapat menampung jumlah kehadiran dalam satu-satu masa.


Kutipan derma untuk membena sebuah kompleks PAS kawasan Teluk Intan sedang lancar di gerak kan. Kompleks ini di anggarkan kos pembenaan nya sebanyak RM500 ribu. Ahli2 di cadangkan untuk menyumbang sekurang2 nya RM1000 dan di bayar ansuran selama 25 bulan.

Pihak jawatankuasa KOMPASTI juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai melalui nombor akaun 08031010053085 Bank Islam Malaysia Berhad atas nama PAS Kawasan Teluk Intan. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubung Hj. Ismail Johari 019 5790762 (Pnegerusi KPMPASTI) dan Hj. Mohd. Anuar Sudin 019 9135875 (Bendahari KOMPASTI).


Saturday, January 5, 2013

Ini bukan di negeri Kelantan, Kedah atau P Pinang .................


Poto di atas ni Wak terjumpe di laman blog Intan Hijau @ DUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Poto ni menunjuk kan pemandangan se buah perkampungan melayu tradisi di pinggir bandar Teluk Intan. Nama kampung ni pun istimewa juge - Kampung Beca.

Sebab2 ianye di namakan Kampung Beca mungkin kerane penduduk2 nye terdiri dari warga pengayuh beca belake. Hari ni pengayuh2 beca ni dah pupus di telan zaman. Boleh di kate kan ianye cume tinggal dua tiga orang sahaja yang masih buat kerja ni.

Sebenar nye Wak bukan nye nak cerite tentang beca, tapi tentang Kampung Beca. Di pinggiran bandar Teluk Intan ni memang nye banyak kampun2 melayu seperti Kampung Terengganu, Kampun Durian Sebatang, Kampung Kebun Limau dan lain2 lagi.

Boleh di kate kan semua kampung melayu ini terletak di pinggiran sungai. Penduduk2 nye hampir 100% terdiri dari kaum melayu. Kampung2 melayu di Teluk Intan ini sudah ujud lame sebelum merdeka. Keadaan di kampung ini tidak pernah berubah  keadaan nye same sahaja hingge ke hari ini.

Sekarang Wak mau cerite sikit tentang kampun2 melayu di pinggir Teluk Intan. Mari kite rujuk kembali kepade poto di atas - poto ini di ambil bukan nye di musim tengkujuh, tetapi ianye di ambil pade waktu 'air pasang'. Oleh kerane hampir semua kampung2 melayu ini letak nye di pinggir sungai make ini lah akibat nye bile tibe air pasang.

Ianye sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk2 di sini dengan keadaan begini semenjak dari dahulu kale. Adakah berkemungkinan keadaan ini akan berubah jika pemerintahan BN/UMNO di tumbangkan dan di ganti kan dengan Pakatan Rakyat? Sudah terlalu lame BN/UMNO memerintah, malang nye keadaan kaum melayu di pinggiran bandar Teluk Intan ini masih tidak berubah.

Kunjungan YB Tn Hj Anwar Sudin ADUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak ke Kampung Beca.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-