Thursday, February 14, 2019

Untuk apa ke Turki?

MyMetro
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my

Dr Mujahid ketika sidang media di Dewan Besar, Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 
FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“PRINSIPNYA, apa tujuan pergi ke sana, adakah untuk berseronok, belajar, atau cari pengalaman?

“Jika ikut undang-undang, maka ‘ahlan wa sahlan’.” Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung isu tajaan syarikat judi terhadap lawatan 16 pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki.

Dr Mujahid berkata, kementerian terbabit perlu mengkaji semula prosedur dan tujuan lawatan berkenaan.

“Kita serah kepada kementerian berkenaan, tetapi on the moral basis (secara asas moral) kita kena berhati-hati.

“Kena periksa balik prosedur bagaimana dan apa tujuan mereka, saya tidak ada maklumat lanjut, saya akan komen sehingga pihak berwajib komen,” katanya ketika sidang media di Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Dr Mujahid menegaskan prinsip perjuangan PAS perlu menyembunyikan sesuatu perkara jika boleh menjejaskan parti dan pemimpin.

Beliau mengulas mengenai pendirian Nik Mohamad Abduh yang menyimpan rahsia dan menyembunyikan kebenaran dalam isu pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada UMNO.

“Ketika dalam PAS, kami diajar berpegang kepada prinsip simpan rahsia, walau apa pun keadaan yang berlaku dan ini adalah salah satu sebab mengapa saya keluar dan tubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebab tidak mahu berpura-pura.

“Dalam PAS, prinsip (menjaga kepentingan parti dan kerahsiaan) adalah lebih tinggi daripada segala-galanya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 9:59 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-