Friday, August 2, 2019

Pemimpin cauvinis Cina kena sedar diri, jangan lupa asal usul

siti hafidah 
01/08/2019

Melayu sanggup terima sekolah vernakular atas nama integrasi kaum


BANGI, 29 Zulkaedah 1440H, Khamis – Pemimpin gerakan cauvinis Cina perlu sedar diri bahawa kedatangan mereka ke Tanah Melayu dan penerimaan orang Melayu ke atas kewarganegaraan nenek moyang mereka adalah ihsan rakyat majoriti negara ini.

Pengerusi Sekretariat Ini Negara Perjuangan (INP), Muslim Abdullah Zaik berkata, pemimpin cauvinis Cina tidak boleh sombong atau pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengenang jasa baik orang Melayu yang sudi memansuhkan sekolah Melayu dengan menerima sekolah kebangsaan atas nama integrasi kaum.

Bahkan kata beliau, orang Melayu juga sanggup menerima sekolah vernakular walaupun tiada peruntukan dalam Perlembagaan.

“Justeru, kesanggupan orang Melayu untuk mengutamakan tulisan rumi dalam bahasa rasmi pun adalah supaya bangsa Cina dan India senang menulis dan bertutur bahasa Melayu.

“Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menyebutkan ‘Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu’, maka tidak lengkap jika tulisan jawi yang juga tulisan awal bahasa Melayu tidak dimasukkan dalam silibus bahasa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Muslim turut mengingatkan pemimpin cauvinis Cina supaya tidak terlalu awal merasakan mereka tuan tanah di negara ini.

“Sejarah sudah membuktikan ketamakan tidak selalu mempunyai pengakhiran yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas bantahan daripada beberapa pihak termasuk Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan pemimpin parti tamak haloba DAP berhubung rancangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan SJKT.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid tahun empat menjelang tahun hadapan.

Dong Zong bagaimanapun mempertikaikan perkara itu yang mana kumpulan itu menegaskan, seni khat dan tulisan jawi yang akan dimasukkan sebagai sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun depan adalah tidak sesuai kerana tidak mempunyai hubungan secara langsung.

Kumpulan itu malah mendakwa sudah menggerakkan beberapa kumpulan lain termasuk mewakili sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk membantah keputusan berkenaan.

Sementara itu, seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah rancangan Kementerian Pendidikan.

Mereka mendakwa, pengenalan tulisan khat adalah usaha ‘melembagakan’ dan mempolitikkan tulisan Jawi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-