Showing posts with label Perlembagaan Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Perlembagaan Persekutuan. Show all posts

Monday, March 17, 2025

Pinda Perlembagaan syaratkan PM mesti seorang Islam

harakahdaily.net
March 17, 2025
KUALA LUMPUR: Mohd Syahir Che Sulaiman berpandangan bahawa cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun adalah perkara yang terbuka untuk dibincangkan.

Ahli Parlimen Bachok itu bagaimanapun menegaskan, lebih penting dibincangkan juga adalah untuk memperuntukkan ketetapan di dalam Perlembagaan bahawa syarat dilantik ke jawatan Perdana Menteri mestilah seorang yang beragama Islam.

Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS itu, buat masa ini, tiada peruntukan yang mewajibkan syarat ketetapan sedemikian di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ketetapan tersebut perlu wujud agar ianya selari dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus Perdana Menteri memahami dan mentadbir mengikut ajaran Islam.

Syahir turut menyangkal salah faham yang cuba dibawa oleh beberapa pimpinan PH dan DAP terhadap reaksi Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden yang juga Ahli Parlimen Alor Setar kepada cadangan tersebut.

Jelas beliau, Afnan yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) pada reaksi tersebut sebenarnya cuba menunjukkan sikap ‘Abang Besar’ DAP dalam menentukan dasar dan pendirian kerajaan hari ini.

“Ketua Pemuda (Afnan) sedang memberi mesej mengenai dominasi DAP ke atas Perdana Menteri (Dato’ Seri Anwar Ibrahim). Apa sahaja DAP cadang, PM terus setuju. Jadi, ini sebenarnya isu dan lebih besar dari cadangan (pindaan Perlembagan) itu.

“Adapun mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan tersebut, ia wajar dibawa kepada perbincangan lebih luas. Bukan sahaja bincang mengenai tempoh, tetapi sudah masanya juga untuk menetapkan syarat kelayakan seorang Perdana Menteri itu.

“Mestilah dilantik seorang yang beragama Islam. Ini atas kewajaran dan atas keperluan bagi mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan,” ujar beliau.

Setiausaha Politik Presiden PAS itu turut menjelaskan bahawa keperluan ditetapkan syarat tersebut memandangkan lontaran mengenai lantikan ke jawatan tersebut pernah dihasratkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang untuk melihat Perdana Menteri dilantik dalam kalangan bukan-Melayu.

Katanya, Kit Siang mempertahankan kenyataan dibuat di Manchester, United Kingdom pada 29 November 2023 dalam program Impian Malaysia untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan bukan-Melayu itu sebagai tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun ujar Syahir, kenyataan tersebut menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan laporan polis dibuat ke atas tokoh politik itu, sekali gus menuntut ketidakpuasan hati atau perdebatan kepada perkara itu diperjelaskan.

Oleh itu kemuka beliau, bagi mengelakkan perdebatan, ketidakpuasan hati dan polemik berterusan, serta pentingnya satu status atau kedudukan yang terjamin, maka pindaan dengan menetapkan syarat tersebut mestilah diadakan secara muktamad di dalam Perlembagaan.

Bahawa tegasnya, Perdana Menteri yang dilantik mestilah seorang beragama Islam, selari dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan agar ia dapat mempertahankan peruntukan tersebut. 

HARAKAHDAILY 17/3/2025

Saturday, February 15, 2025

UMMAH desak tarik kewarganegaraan MP Raub

harakahdaily.net
February 15, 2025

Jangka panjang tukar jadi negara republik, hilangkan Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik kewarganegaraan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, desak Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa.

Menurut beliau, Chow tidak memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, kerana seorang yang faham akan perlembagaan, akur untuk menjadi warganegara dalam negara ini.

“Dia mesti faham dan dia tidak (sepatutnya) membuat cadangan-cadangan yang bercanggah sebagai seorang ahli warganegara,” katanya susulan cadangan Chow supaya diwujudkan portfolio hal ehwal agama bukan-Islam di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan lain-lain.

Mohd Zai turut menyeru Ahli Parlimen lain untuk mengambil tindakan terhadap Chow kerana cadangannya bercanggah dengan sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya taat kepada Perlembagaan.

Gesaan laporan polis

Beliau bersama Masrizi, mengajak semua pemimpin masyarakat Islam di negara ini untuk membuat laporan polis terhadap Chow kerana cadangan itu bertentangan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kita menyeru semua pemimpin-pemimpin masyarakat umat Islam di negara ini bersama-sama membuat laporan polis di seluruh negara kerana perbuatan Ahli Parlimen Raub ini Chow Yu Hui ini adalah merupakan satu kesalahan yang besar,” ujar Mohd Zai.

Menurutnya, cadangan Chow bertujuan menyamakan agama lain dengan Islam, sedangkan Perlembagaan hanya membenarkan agama lain diamalkan secara aman tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Mohd Zai turut menegaskan bahawa cadangan Chow menggugat kuasa Majlis Raja-raja Melayu, yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Pengerusi atau benteng kepada Perkara 3(1) adalah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan ini jelas mengganggu gugat kuasa mereka,” katanya.

Agenda DAP

Beliau turut berkata bahawa cadangan itu merupakan sebahagian daripada agenda DAP yang bertujuan menyamakan kedudukan agama dan kaum dalam negara.

“Maka mereka nak melaksanakan agenda DAP dalam kerajaan dan inilah agenda yang paling utama iaitu ‘Malaysian Malaysia’ sama rata. Mereka sama rata, sama hak, sama rasa, sama kuasa.

“Dan Majlis Raja-raja Melayu kita harapkan sedar perkara ini dan agenda seterusnya mereka adalah nak merepublikan negara ini dan mereka akan menukar Majlis Raja-raja Melayu ini, menghilangkan Raja-raja Melayu dan mereka nak gantikan dengan Presiden.

“Dan mereka nak gantikan di negeri-negeri dengan apa namapun kita tak tahu. Jadi sebenarnya cadangan (MP Raub) ini adalah cadangan jangka panjang jangka jauh mereka nak menukarkan negara ini daripada negara Tanah Melayu kepada Malaysia.

“Malaysia akhirnya esok jadi republik dan menghilangkan raja-raja Melayu dan juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya. 

HARAKAHDAILY 15/2/2025

Friday, February 14, 2025

Penghinaan kepada sistem pentadbiran dan Perlembagaan

harakahdaily.net
February 14, 2025

Tersirat dan licik, buka ruang manipulasi


KANGAR: Cadangan untuk memisahkan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama kepada dua bahagian bagi Islam dan bukan-Islam bukan sahaja dangkal, malah satu penghinaan terhadap sistem pentadbiran negara serta asas Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, usaha tersebut jelas berniat jahat, berbahaya kepada keharmonian negara, serta membuka ruang kepada manipulasi politik yang merosakkan kestabilan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Perlembagaan telah menetapkan urusan agama Islam di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan hal ehwal bukan-Islam sudah mempunyai saluran sendiri melalui Jabatan Perpaduan Negara serta agensi berkaitan.

“Cadangan pemisahan ini tidak lebih daripada agenda licik untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan kita tidak akan membiarkan usaha sebegini berlaku,” tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Negeri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan pemisahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dengan alasan kononnya mahu memastikan keadilan dalam pengurusan agama serta memperkukuh perpaduan.

Namun, cadangan tersebut sebenarnya hanya mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak yang dilihat menjurus kepada perpecahan dan membuka ruang kepada campur tangan luar dalam urusan pentadbiran agama Islam.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Negara, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz turut menempelak cadangan tersebut dengan menegaskan bahawa dokumen sejarah Perlembagaan tidak pernah membincangkan mengenai pelantikan menteri untuk agama bukan-Islam.

Cadangan pemisahan portfolio ini muncul selepas kontroversi berkaitan garis panduan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengenai kehadiran umat Islam dalam perayaan bukan-Islam, yang akhirnya diputuskan oleh Kabinet untuk tidak diteruskan.

Namun, tindakan Yu Hui ujar Asrul Aimran, membuktikan wujudnya agenda tersirat yang perlu ditentang habis-habisan oleh umat Islam di negara ini.

 – HARAKAHDAILY 14/2/2025

Wednesday, September 18, 2024

'Sifat mengikat MoU memandulkan dan membonsaikan peranan pembangkang', - Hassan

bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 
bhnews@bh.com.my
- September 18, 2024 @ 9:14am
Hassan Abdul Karim
KUALA LUMPUR: Kewujudan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli Parlimen pembangkang serta gabungan pembangkang didakwa bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan cadangan memperkenalkan MoU pada asasnya juga satu contoh pencerobohan kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang berkuasa terhadap kebebasan ahli Parlimen pembangkang, pihak penting di dalam Parlimen.

Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan katanya, menetapkan setiap ahli Parlimen tanpa kecuali dikehendaki mengangkat sumpah dan kandungan sumpah itu antara lainnya, meminta setiap anggota Parlimen itu bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

"Satu ciri penting Perlembagaan Persekutuan ialah mengamalkan prinsip pengasingan kuasa. Tetapi MoU berkenaan sudah mengikat peranan dan fungsi Ahli-ahli Parlimen pembangkang di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan, pembangkang atau bebas apabila sudah menandatangani dokumen angkat sumpah mereka di hadapan Speaker Dewan Rakyat, maka mereka terikat dengan sumpah itu.

"Tidak perlu menandatangani satu lagi dokumen yang bernama MoU antara kerajaan dan pihak pembangkang. Sifat mengikat MoU itu akan memandulkan dan membonsaikan peranan ahli Parlimen pembangkang dan gabungan parti pembangkang di Parlimen.

"Mereka hilang kebebasan untuk berperanan sebagai satu kuasa efektif untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan," katanya.

Hasan mendakwa ahli Parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang yang juga kerajaan bayangan terpaksa tutup mulut dalam perkara penting membabitkan hal rakyat dan negara.

"Kenapa? kerana mereka sudah menandatangani MoU dengan kerajaan iaitu badan eksekutif. Jadi MoU dikemukakan kerajaan bersifat membelenggu kebebasan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, cadangan mengenakan syarat menandatangani MoU juga boleh dianggap pihak eksekutif cuba melanggar prinsip pengasingan kuasa kerana dengan sengaja cuba melemahkan blok pembangkang di Parlimen.

"Reformasi dikehendaki di Parlimen ialah kerajaan membawa satu Rang Undang-Undang (RUU) Peruntukan kawasan parlimen, bahawa setiap kawasan Parlimen di seluruh negara diberi hak secara automatik tanpa syarat, tanpa perlu menandatangani sebarang perjanjian atau MoU.

"Setiap ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan, pembangkang atau bebas dijanjikan oleh undang-undang untuk mendapat peruntukan kawasan parlimen masing-masing sama banyak dan sama adil.

"Undang-undang seperti inilah yang mesti diinstitusikan mulai sekarang bukannya MoU seperti yang dihebohkan kini," katanya.

Sunday, June 30, 2024

'Arahan parti satu perangkap, 6 MP Bersatu akan pertahan kerusi'

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 30, 2024 2:35 PM
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyifatkan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu supaya enam ahli parlimen parti itu, termasuk dirinya menyatakan sokongan sebagai satu "perangkap dan penganiayaan."

Sebelum ini, enam ahli parlimen Bersatu itu menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Sepanjang kami menyokong kerajaan perdana menteri, PMX kami tak pernah katakan kami bukan ahli parti Bersatu, tak pernah.

"Dan kami tidak pernah buat apa-apa poster yang menunjukkan kami bukan ahli Bersatu. Kami tidak menentang perlembagaan parti, kami tidak menentang prinsip parti.
"Apa yang kami buat ialah kami masih lagi menjadi ahli parti (Bersatu), kami tidak menentang dasar-dasar parti, kami memberi sokongan mengikut prinsip-prinsip Perlembagaan dan raja yang berdaulat.

“Tetapi bila benda itu tidak kena, maka parti mengambil satu tindakan lain dengan meminda perlembagaan," katanya pada sidang media di Bukit Gantang, hari ini.

Menurut Syed Abu lagi, pindaan perlembagaan yang berkuatkuasa pada 1 April itu tidak boleh mengenakan tindakan reprospektif terhadap enam ahli parlimen Bersatu itu.

"Maknanya patah balik belakang tak boleh, apa mereka buat? Mereka mengeluarkan arahan daripada MPT.

"Itu arahan yang dibuat selepas pindaan, kami bagi sokongan lagi awal...arahan MPT ini seolah-olah menganiayai dan memerangkap kami," katanya pada sidang media hari di Bukit Gantang, hari ini yang disiarkan secara langsung di media sosial Facebook.

Pada 20 Jun lalu, Bersatu memaklumkan telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli parlimen Bersatu ke pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee (gambar bawah) berkata notis membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu juga telah ditandatangan olehnya selaku Ketua Whip parti.

"Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.
"Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari (Speaker Dewan Rakyat) mahu memastikan badan Legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya pada kenyataan.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin berkata pihaknya juga telah menghantar surat bagi menjelaskan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Tegasnya, enam ahli parlimen yang menyokong perdana menteri itu tidak bersalah ataupun melanggar perlembagaan parti Bersatu.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berkata dia sedia mempertahankan kerusi disandangnya jika pilihan raya kecil diadakan.
"Saya mempunyai keyakinan penuh setelah saya membaca detailnya kemungkinannya kita tak tahu, tapi kalau ada PRK saya sedia untuk mempertahankan (kerusi)," jelasnya.

Katanya, dia yakin Speaker Dewan Rakyat akan membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu ketika persidangan berlangsung.

Menurut Syed Abu Hussin lagi, keputusan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengenai pilihan raya kecil DUN Nenggiri tidak mempengaruhi Speaker Dewan Rakyat.

Thursday, March 21, 2024

PN mungkin penyelamat usaha k'jaan pinda perlembagaan

malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Mar 21, 2024 9:30 PM
Kerajaan mungkin mempunyai tidak dapat berharap sepenuhnya kepada sekutu yang ada untuk membantu mereka mendapatkan sokongan kepada pindaan undang-undang kewarganegaraan.

Hal itu kerana desakan untuk menolaknya datang dari dalam kalangan ahli parlimen PH sendiri ketika mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Sekiranya sebahagian daripada ahli parlimen kerajaan 'menderhaka' terhadap usul tersebut, kerajaan masih boleh berharap untuk mendapat undi yang mencukupi bagi meminda Perlembagaan Persekutuan - iaitu dengan sokongan PN.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli parlimen PN masih menunggu butiran rang undang-undang itu sebelum membuat penilaian.

Bagaimanapun, selepas diberi taklimat oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kelmarin, Tuan Ibrahim berkata ahli parlimen PN "yakin bahawa pindaan itu perlu".

“Jika ia dibawa dan dibentangkan (di Dewan Rakyat), kami tiada bantahan untuk menyokong rang undang-undang untuk meminda perlembagaan itu.

"Apapun kami akan tunggu detail (butiran) pindaan dibuat," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Kerajaan ketika ini menguasai 147 kerusi parlimen dan kedudukan itu hanya kurang satu undi daripada jumlah majoriti dua per tiga kedudukan dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan sesuatu peruntukan perlembagaan dipinda.
Tuan Ibrahim Tuan Man
PN pula menguasai 74 ahli parlimen termasuk enam daripadanya yang sudah memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Setakat ini dua ahli parlimen kerajaan telah bersuara secara terbuka menentang pindaan itu.

Beberapa ahli parlimen dari penyokong kerajaan pula menyatakan seawal Nov lalu bahawa mereka mungkin mengundi menolak rang undang-undang berkenaan jika unsur-unsur regresif tidak dibatalkan.

Rang undang-undang yang dicadangkan Kementerian Dalam Negeri itu bertujuan untuk meminda tujuh peruntukan perlembagaan mengenai kewarganegaraan.

Gerakkan lobi menolak

Ia termasuk dua pindaan yang akan memberikan seseorang wanita Malaysia hak untuk menurunkan kewarganegaraannya kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, lima pindaan lain boleh memburukkan lagi masalah individu tanpa kerakyatan, terutamanya cadangan untuk menghapuskan kewarganegaraan automatik bagi anak-anak.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail cuba mewajarkan keperluan pindaan mengenai isu anak terdampar untuk membendung sebarang pihak mengambil kesempatan, termasuk membabitkan pendatang asing yang sengaja meninggalkan bayi mereka di hospital.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Tuan Ibrahim menyatakan sentimen yang sama seperti Saifuddin.

"Pada saya kita kena bezakan antara anak yang memang sah dilahirkan daripada ayah ibu warganegara, dengan mereka yang tidak diketahui status ibu bapanya, sama ada rakyat Malaysia atau bukan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim sebagai kerajaan pihak berkuasa perlu menyiasat latar belakang keluarga seseorang bayi terdampar, bahkan penentuan nasab merupakan elemen penting dalam Islam.

"Apa yang penting semua anak terdampar tu (boleh) mendapat kerakyatan.

“Cuma isunya ialah, sama ada ia secara automatik atau melalui perdaftaran (dengan kuasa menteri," katanya.
Saifuddin Nasution Ismail
Pengkritik pula berhujah bahawa naratif Saifuddin mengenai isu anak-anak terdampar adalah lemah.

Hal itu kerana, menurut mereka, perlembagaan semasa menjelaskan bahawa untuk layak mendapat kerakyatan automatik, ibu bapa bayi yang ditinggalkan mestilah tidak diketahui.

Peruntukan itu kata pengkritik sekali gus membatalkan kelayakan bayi yang ditinggalkan di hospital oleh ibu bapa migran.

Aktivis yang menentang pindaan itu kini sedang melobi ahli parlimen dari kedua-dua pihak untuk menolak rang undang-undang itu.

Kerajaan dijangka membentangkan rang undang-undang itu sebelum sidang Dewan Rakyat semasa berakhir pada 27 Mac.

[Baca berita asal]

Thursday, December 14, 2023

Peguam: Tiada sekatan undang-undang bukan Melayu jadi PM, tapi...

malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 14, 2023 9:23 AM
Peguam Haniff Khatri Abdulla bersetuju bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu daripada menjadi perdana menteri Malaysia.

Dia berkata, bagaimanapun ada pihak tertentu menentang idea itu kerana bimbang kedudukan orang Melayu terjejas.

"Saya percaya daripada perbincangan dan pendapat yang diberikan, ramai terkhilaf bahawa apabila ada seorang perdana menteri yang bukan Islam, bukan Melayu, maka empat perkara utama yang dinyatakan dalam perlembagaan boleh dan mungkin terjejas.

"Iaitu yang pertamanya, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Kedua, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang ketiga keistimewaan orang Melayu yang dipelihara di bawah perlembagaan. Keempatnya, kedudukan dan keistimewaan serta kedaulatan raja-raja Melayu.

"Empat perkara ini sering timbul dalam kerisauan rakyat majoriti. Jika ada perdana menteri yang bukan Islam, bukan Melayu.

"Pada hakikatnya, kerisauan itu tidak berasas," katanya dalam video yang disiarkan ke akaun YouTube MalayaDailyCom.

Jelas Haniff, tidak ramai yang sedar bahawa Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan turut menetapkan faktor-faktor di atas bukanlah peruntukan yang boleh dipinda dengan mudah.

Perkara 159(5) menghendaki undang-undang, termasuk undang-undang persekutuan, tidak diluluskan melainkan undang-undang itu diluluskan terlebih dahulu oleh Majlis Raja-Raja.

"Jika Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengannya, maka pindaan tidak boleh dibuat," katanya.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satunya keperluan untuk seseorang menjadi perdana menteri ialah orang itu menjadi ahli parlimen, yang, dalam penghakiman Yang di-Pertuan Agong, mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Haniff turut berpendapat calon perdana menteri tanpa mengira kaum haruslah seorang individu yang patriotik dan mahir berbahasa Melayu.

“Bagaimana kita boleh mempunyai seorang perdana menteri yang berbahasa Melayu ‘pasar’, atau yang tidak memahami unsur-unsur utama kedudukan raja-raja?” soalnya.

Baru-baru ini, penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat kecaman selepas membangkitkan kemungkinan seorang bukan Melayu dilantik sebagai perdana menteri.

Lim juga telah dipanggil oleh polis berhubung perkara ini.

Wednesday, September 13, 2023

Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan

agendadaily.com
13/09/2023

BERSIH membidas kerajaan campuran dipimpin Anwar dan anak muridnya, Zahid.

Langkah kerajaan campuran menyekat kebebasan bersuara rakyat adalah amat mengecewakan, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan janji yang sebelum ini dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menyemak dan menghapuskan akta yang disalah guna untuk menghalang kebebasan bersuara.

“Janji mereka kepada rakyat semasa PRU15 bahawa mereka mendapat undi daripada rakyat berdasarkan janji dan iltizam untuk menyemak dan menghapuskan akta-akta yang mendekam suara dan disalah guna untuk menghalang kebebasan bersuara.

“Penjajaran gabungan politik tidak seharusnya mengetepikan janji berkenaan kepada rakyat serta kami menggesa mereka menunaikan dan menegakkan janji ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, berikutan itu pihaknya menggesa kerajaan untuk menunaikan serta menegakkan janji mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, BERSIH menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba menghalang perhimpunan aman diadakan, seterusnya menafikan hak rakyat dalam Perlembagaan kerana perkara itu adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang berfungsi.

“Polis bertanggungjawab untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dengan membantu perhimpunan aman dengan memastikan keselamatan peserta dan kawalan trafik.

“Kami kecewa dengan tindakan berlebihan pihak polis yang menghalang himpunan untuk menghantar memorandum oleh sekumpulan petani dan aktivis di luar Parlimen semalam.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana himpunan aman untuk menghantar memorandum kepada ahli Parlimen adalah norma demokratik yang perlu dibantu, bukannya dihalang oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa penganjur perlu memohon permit lima hari sebelum tarikh perhimpunan juga adalah tidak tepat.

Katanya, menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perhimpunan itu hanya perlu memberikan notis kepada pihak berkuasa dan bukannya memohon permit atau keizinan polis seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Sebelum ini sudah banyak perhimpunan aman diadakan termasuk BERSIH 4 dan BERSIH 5 dan ia berlangsung secara aman walaupun dengan bantuan minimum daripada pihak polis.

“Kami menggesa pihak polis untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada penganjur himpunan supaya dapat melunaskan hak demokrasi mereka,” katanya.

Semalam, Ayob berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran perhimpunan aman ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur yang dijadualkan diadakan sempena Hari Malaysia, Sabtu ini.

Ayob berkata, mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu memohon permit sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan.

“Perlu lima hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan dan kalau diikutkan, hari ini adalah hari terakhir permohonan permit perlu dibuat,” katanya seperti dilaporkan semalam.

Sebelum ini media melaporkan perhimpunan aman bagi memulakan kempen ‘Gerakan Selamatkan Malaysia” itu akan dianjurkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) bermula jam 2 petang, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dilapor berkata perhimpunan itu diadakan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi sebelum ini.

Thursday, July 6, 2023

Salahkah saya kata ‘Malaysia Tanah Melayu’?

ismaweb.net
Siti Hafidah
06/07/2023

Dr Mahathir pelik dakwaan dipertikai meski nyatakan yang benar
BANGI, 17 Zulhijjah 1444H, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada menjadi kesalahan apabila menyebut Malaysia adalah Tanah Melayu kepada umum.

“Saya dikatakan oleh New Straits Times membakar (jiwa) kerana mendakwa Malaysia adalah Tanah Melayu (Land of the Malays).

“Salahkah saya? Atau menyata yang benar salah.

“Saya anggap Sarawak dan Sabah adalah Tanah Bumiputera. Salahkah?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Mahathir dipercayai merujuk laporan New Strait Times berjudul ‘NST Leader: Dr Mahathir’s inflammatory pill’ yang disiarkan hari ini.

Sebelum ini, beliau menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum, sebaliknya menekankan kemelayuan Malaysia.

Selain itu, pemimpin berusia 97 tahun itu juga dilaporkan berkata, Melayu bukan sahaja berisiko kehilangan negara, bahkan hilang di dunia sekiranya tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum, Malaysian Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Saturday, February 18, 2023

Kabinet setuju pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 18, 2023 9:32 AM
Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak kepada wanita Malaysia dengan suami warga asing untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara.

Ini dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said, dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail malam tadi.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.

"Cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini adalah untuk menggantikan perkataan 'bapanya' dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan 'sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya' bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini.

[Laporan penuh menyusul]

Thursday, December 29, 2022

Kuasa Melayu hilang selamanya jika PH laksana ‘gerrymandering’

agendaily.com
29/12/2022
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji akan mengatasi isu ketidakseimbangan (malapportionment) saiz pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia. Untuk itu, had sisihan sebanyak 30 peratus daripada purata saiz populasi pengundi akan ditetapkan bagi setiap kawasan pilihan raya.

Ini adalah selaras dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum ini sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang mudah, jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya akan ditentukan supaya tidak lebih atau kurang 30 peratus daripada saiz purata pengundi yang sepatutnya bagi setiap kawasan pilihan raya.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai 21 juta pengundi dengan 222 kawasan Parlimen. Maka saiz purata pengundi yang ideal bagi setiap kawasan Parlimen ialah 94,600 orang.

Jika formula sisihan 30 peratus diguna pakai, bermakna jumlah pengundi maksima yang boleh diterima bagi setiap kawasan pilihan raya ialah 125,800 orang (30 peratus melebihi saiz purata) dan saiz minima pula ialah 62,436 orang (30 peratus kurang daripada saiz purata).

Jumlah pengundi di satu kawasan pilihan raya yang lebih daripada jumlah maksima atau kurang daripada jumlah minima akan dikira sebagai tidak seimbang.

Masalah ‘malapportionment’ telah berlaku sejak sekian lama sehinggakan ada kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi saiz sisihan maksima 30 peratus secara melampau.

Sebagai contoh, Bangi mempunyai pengundi seramai 302,786 orang atau 320 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata pengundi yang sepatutnya. Oleh itu, jumlah pengundi di Parlimen Bangi dikira sebagai tidak seimbang.

Untuk memperbetulkan masalah ketidakseimbangan ini, Parlimen Bangi mungkin boleh dipecahkan kepada tiga kawasan Parlimen, menjadikan pengundi bagi setiap kawasan berjumlah lebih kurang 106,000 orang, iaitu dalam julat sisihan 30 peratus. Ini kiraan secara kasar tanpa mengambil kira jumlah purata pengundi yang akan berubah apabila berlaku pertambahan kerusi.

Untuk memahami skala masalah ketidakseimbangan secara lebih menyeluruh, saya senaraikan kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi nilai sisihan 30 peratus berdasarkan kiraan jumlah kerusi Parlimen semasa di Semenanjung Malaysia. Saya pecahkan kerusi-kerusi ini mengikut parti yang menang dalam PRU-15 yang lalu.

Kerusi yang dimenangi oleh PH/DAP (11):
Klang – 208,854
Damansara – 238,287
Puchong – 152,598
Bangi – 302,786
Rasah – 155,736
Seremban – 157,238
Kota Melaka – 164,140
Kluang – 132,342
Iskandar Putri – 222,050
Kulai – 151,082
Gopeng – 143,657

Kerusi yang diemangi oleh PH/PKR (14):
Sungai Petani – 168,831
Tambun – 160,558
Shah Alam – 165, 287
Sungai Buloh – 158,090
Petaling Jaya – 195,264
Subang – 230,616
Pandan – 148,635
Ampang – 133,381
Gombak – 205,537
Selayang – 181,187
Batu Pahat – 133,997
Tebrau – 223,837
Pasir Gudang – 197,888
Johor Bahru – 136,504

Kerusi yang dimenangi oleh PH/AMANAH (4):
Kota Raja – 244,159
Sepang – 167,579
Hulu Langat – 166,582
Pulai – 165,217

Kerusi yang dimenangi oleh PN/BERSATU (2):
Padang Serai – 133,867
Merbok – 132,052

Kerusi yang dimenangi oleh PN/PAS (7):
Hulu Selangor – 154,212
Kapar – 188,971
Kuala Langat – 148,446
Kemaman – 139,423
Marang – 131,756
Baling – 132,182
Kuala Kedah – 132,553

Kerusi yang dimenangi oleh UMNO/BN (1):
Rembau – 133,416

Jika dijumlahkan, PH mempunyai 29 kerusi tidak seimbang, PN (9 kerusi) dan BN (1 kerusi). Katakan secara kasarnya semua kawasan ini dipecah dua untuk menjadikan ianya lebih seimbang, kecuali Bangi dipecah tiga, maka PH akan mendapat tambahan 30 kerusi, PN (9) dan BN (1).

Jika semua faktor kekal sama dan diandaikan semua kerusi ‘incumbent’ yang dimenangi oleh parti-parti dalam PRU-15 dikira kerusi selamat bagi parti masing-masing, maka PH+MUDA akan mendapat 112 kerusi selamat (82+30), PN 83 kerusi selamat (74+9) dan BN 31 kerusi selamat (30+1).

Kiraan kasar ini tidak termasuk pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak dan jumlah kerusi di negeri yang sepatutnya berkadaran dengan peratus pengundi di negeri tersebut. Ia juga tidak mengambil kira formula perbezaan jumlah pengundi bandar dan luar bandar yang memberi kelebihan kepada kerusi-kerusi di luar bandar.

Tetapi tunggu dulu. Kerusi selamat bagi PH tidak semestinya 112. Ia mungkin lebih daripada itu. Kenapa? Kerana ada satu lagi faktor yang menyebelahi pihak kerajaan dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya iaitu ‘gerrymandering’.

Apa itu ‘gerrymandering’?

Ia adalah satu bentuk teknik pecahan sempadan pilihan raya yang boleh dimanipulasi untuk memberi kelebihan kepada parti tertentu, terutamanya parti kerajaan. Ia boleh dilakukan melalui dua cara:

i. Pemecahan (cracking) – sempadan pilihan raya bagi kawasan yang dimenangi secara tipis oleh parti lawan diubah dengan mengeluarkan penyokong parti lawan ke kawasan lain.

ii. Penyumbatan (packing) – penyokong parti lawan dipindahkan keluar daripada kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi tipis oleh parti lawan dan dimasukkan ke dalam satu kawasan pilihan raya kubu kuat parti lawan.

Sebagai contoh, PN menang kerusi Kuala Langat dengan majoriti 1,833 undi sahaja. Kaedah ‘cracking’ boleh digunakan dengan mengeluarkan sebahagian pengundi Melayu (yang lebih cenderung untuk mengundi PN) ke Kota Raja yang dimenangi oleh PH dengan majoriti besar, iaitu 71,142 undi.

Dengan cara ini, kerusi Kuala Langat tidak lagi selamat untuk PN. Kerusi Kota Raja pula kekal selamat untuk PH. Kemasukan sebahagian penyokong PN ke Kota Raja tidak menjejaskan kedudukan PH kerana kerusi itu dimenangi dengan majoriti yang besar.

Jikapun kerusi Kuala Langat yang disandang oleh PN dipecah dua, kedua-dua kerusi itu boleh menjadi kerusi selamat PH melalui kaedah “gerrymandering”. Ini bermakna dalam PRU-16 nanti, PH akan menambah dua kerusi selamat, manakala PN kehilangan satu kerusi ‘incumbent’.

Satu lagi contoh ialah Pontian. Kerusi ini dimenangi oleh UMNO/BN dengan majoriti 5,578 undi. Kerusi Pontian yang mempunyai 68 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 1 peratus India dan 1 peratus lain-lain mungkin tidak selamat untuk UMNO/BN jika parti itu menjadi sekutu PH dalam PRU-16.

Jika trend sentimen pengundi Melayu pasca PRU-15 berterusan, undi Melayu berkemungkinan beralih dengan lebih signifikan kepada PN.

Untuk menjadikan Pontian lebih selamat bagi PH atau sekutunya, sebahagian daripada pengundi Melayu yang cenderung untuk mengundi PN di Pontian boleh dipindah keluar ke Kulai, iaitu kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti 36,023 undi.

Apabila ini dilakukan, peratusan pengundi Melayu akan berkurang dan peratusan pengundi Cina akan bertambah di Pontian. Jika UMNO bertanding sebagai sekutu PH di Pontian dalam PRU-16, parti itu akan bergantung kepada undi Cina (yang mana lebih 90% cenderung untuk mengundi PH atau sekutunya) untuk menang, sepertimana MCA sebelum ini bergantung kepada undi Melayu untuk menang. Itulah juga yang berlaku kepada Bersatu semasa parti itu berada di dalam PH.

Jika hal ini berlaku, landskap politik Malaysia mungkin akan berubah untuk suatu tempoh yang lama. Jika tidakpun, ia mungkin akan berubah buat selama-lamanya. Kuasa politik Melayu yang selama ini diwakili oleh parti-parti Melayu akan beransur hilang.

Pertembungan politik pada masa hadapan adalah antara PN yang mendominasi di kawasan majoriti Melayu luar bandar dan separa bandar, dan PH yang mendominasi kawasan majoriti bukan Melayu dan bandar. UMNO akan menjadi komponen kecil dalam sebuah gabungan politik yang didominasi oleh parti bukan Melayu dan pelbagai kaum.

Dengan proses urbanisasi yang lebih pesat dan pendaftaran pengundi secara automatik, jumlah pengundi akan bertambah dengan lebih banyak di kawasan-kawasan bandar. Berkemungkinan lebih banyak kerusi campuran (ethnically mixed seats) akan diwujudkan di kawasan bandar di mana pengundi Melayu walaupun jumlah mereka akan bertambah di kawasan ini, tetapi tidak menjadi pengundi majoriti bagi sesuatu kawasan Parlimen.

Ini boleh dilakukan melalui kaedah “gerrymandering”. Jadi setinggi mana pun peratus keluar mengundi orang Melayu, tidak akan mengembalikan kuasa politik Melayu.

Pemenang yang paling besar dalam permainan politik ini ialah PH. Kerana itu parti-parti di dalam PH rela untuk tidak mengaut untung jangka masa singkat pada masa ini, asalkan mereka dapat meraih laba politik jangka panjang.

DAP walaupun menang 40 kerusi, rela menerima empat jawatan Menteri sahaja di dalam Kabinet. Berbeza dengan UMNO yang hanya menang 26 kerusi, tetapi mendapat enam jawatan Menteri. DAP tahu dalam tempoh tidak berapa lama lagi, UMNO mungkin akan datang kepada parti itu untuk meminta kerusi selamat.

Bagi DAP, memperbetulkan “malapportionment” adalah sesuatu yang telah lama diperjuangkan oleh parti itu. Semasa kerajaan PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini, harapan untuk merealisasikan perjuangan tersebut tidak kesampaian kerana PH tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Tanpa majoriti 2/3, pindaan Perlembagaan untuk menambah jumlah kerusi Parlimen tidak boleh dibuat.

Peluang keemasan tiba-tiba muncul dalam kerajaan campuran PH-BN apabila kerajaan ini mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Peluang ini tidak boleh dilepaskan “at all cost”, sekalipun mereka terpaksa menerima pelbagai gelaran tidak enak apabila dituduh berbohong, tidak konsisten dalam perjuangan menolak kleptokrasi dan lain-lain.

Ini tidak menjadi masalah besar. Lagu “hoi ya hoi” itu pun tak lama lagi akan dilupakan orang.

Bagi DAP dan parti-parti lain dalam PH, biarlah rugi secupak sekarang asalkan untung segantang kemudian.


Saya coretkan senario ini berdasarkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika semua faktor kekal sama. Kecualilah berlaku perubahan besar dalam pola mengundi. Apapun, saya dan anda semua tidak boleh meramal masa hadapan.

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Saturday, October 1, 2022

KATA MP | Malaysia bukan di bawah kuasa Top 5 Umno

malaysiakini.com
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Oct 1, 2022 8:36 PM
KATA MP | Top 5 Umno tidak ada kuasa perundangan untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihan raya umum (PRU) dalam keadaan Malaysia diancam banjir monsun tengkujuh.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang juga ahli parlimen Pontian tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat perdana menteri.

Ahmad Maslan cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Yang diPertuan Agong untuk bersetuju atau menolak permohonan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b).

Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Kuasa budi bicara Yang diPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) untuk menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik berkuasa adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya Negara Malaysia ini tidak jatuh ke tangan kuasa oligarki seperti Top 5 Umno yang presidennya sedang menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana keputusan di akhir kes pembelaan dijangka akan disampaikan pada bulan Disember tahun 2022 ini.

Top 5 Umno mahu pilihan raya diadakan sebelum keputusan kes mahkamah presidennya.

Oligarki Umno ini tidak peduli banjir, tidak peduli monsun tengkujuh, tidak peduli kesusahan Rakyat.

Mereka hanya mementingkan usaha merebut kuasa.


Ini satu penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri sekiranya Ismail Sabri Yaakob takut dan tunduk kepada kuasa oligarki Umno.

Malaysia yang demokrasi mesti diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis.

HASSAN ABDUL KARIM merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.

Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, September 29, 2022

PRU ketika banjir: Kuasa budi bicara Agong

malaysiakini.com
Kow Gah Chie
Diterbitkan: Sep 29, 2022 8:59 AM
Spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam musim tengkujuh menimbulkan persoalan sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh menolak perkenan baginda untuk membubarkan parlimen.

Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya untuk tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan parlimen.

Bagaimanapun, oleh kerana tiada syarat khusus yang dinyatakan, terdapat pandangan berbeza mengenai bilakah seri paduka baginda boleh menggunakan kuasa tersebut.

Tiga daripada empat peguam yang dihubungi Malaysiakini, memberikan jawapan yang agak mudah bahawa baginda mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk menolak permintaan bagi membubarkan parlimen.

Pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata walaupun secara umumnya Agong mesti bertindak atas nasihat kabinet seperti dalam Perkara 40(1), baginda bebas daripada halangan itu terhadap perkara yang diliputi oleh Perkara 40(2).
“Perlembagaan Persekutuan senyap tentang perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Agong dalam membuat keputusan mengenai isu ini (tidak memperkenankan membubarkan parlimen).

“Tetapi sudah tentu memudahkan atau kesukaran rakyat untuk melaksanakan tugas perlembagaan mereka dalam pilihan raya umum mungkin menjadi salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan,” tambahnya.

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa berkongsi pandangan yang sama bahawa budi bicara agong di bawah Perkara 40(2) adalah mutlak.

Perlembagaan memaksa

Bagaimanapun, peguam New Sin Yew mengemukakan pendapat berbeza, berdasarkan perkataan tertentu dalam perlembagaan.

Meneliti Perkara 40(2)(b), New berkata budi bicara agong adalah dengan syarat ia adalah “permintaan” untuk membubarkan parlimen.
Dia berkata keadaan ini hanya terpakai apabila melibatkan Perkara 43(4) - yang secara khusus menyatakan bahawa perdana menteri yang hilang keyakinan di Dewan Rakyat, boleh "meminta" parlimen dibubarkan.

Dalam keadaan lain, New berkata, seruan agar parlimen dibubarkan lebih awal akan dianggap sebagai "nasihat" kabinet kepada Agong - yang menurut perlembagaan terpaksa diterima oleh baginda.

“Jika kabinet menasihatkan Agong untuk membubarkan Parlimen, ia bukan permintaan yang dibuat oleh perdana menteri di bawah Perkara 43(4).

“Oleh itu, Agong tidak boleh menahan perkenan untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b) jika kabinet menasihati baginda, walaupun ketika banjir.

“Baginda mesti menerima dan bertindak mengikut nasihat di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A),” tambah peguam itu.

New berkata insiden di Perak pada 2007 dan di Sabah pada 2018 di mana permintaan untuk membubarkan dewan undangan negeri (DUN) ditolak, berlaku dalam senario hilang keyakinan dalam DUN.

Tekanan untuk mengadakan pilihan raya

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima tekanan daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan parlimen tahun ini.

Dengan hanya tiga bulan lagi dan musim tengkujuh semakin hampir, ia menimbulkan kebimbangan besar bahawa pilihan raya akan diadakan semasa musim banjir.

Ahmad Zahid berkata, BN bersedia mengharungi air bah semasa kempen PRU15.

Dia juga mendakwa pembangkang menggunakan isu banjir untuk melengakan PRU.

Ketika presiden Umno dan penyokongnya memberi tekanan kepada Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen - New berkata perdana menteri tidak boleh bertindak bersendirian.

“Saya perlu tegaskan bahawa (di bawah Perlembagaan) kabinetlah yang menasihati Agong.

"Perdana menteri boleh bertindak di bawah kuasa am kabinet tetapi jika kabinet tidak meluluskan maka perdana menteri tidak boleh menasihati Agong secara unilateral," katanya.

Beberapa menteri menolak gesaan PRU diadakan pada tahun ini, termasuk daripada Umno.

[Baca berita penuh]

Thursday, April 7, 2022

KATA MP | Beranikah PH batal MOU dengan kerajaan PN/ BN?

malaysiakini.com
Hassan Karim
Diterbitkan: Apr 7, 2022 10:06 AM

ULASAN | Jika Pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dibentangkan pada 11 April nanti, ia tidak akan membawa makna apa-apa sekiranya RUU ALP tidak dibentang sama di parlimen.

Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan dalam masa empat atau lima bulan akan datang. Tanpa ada Akta Anti-Lompat Parti berkuatkuasa maka gejala lompat-melompat parti akan berulang lagi.

Yang boleh mencegah kejadian ahli parlimen dari melakukan lompat parti ialah jika ada undang-undang yang keras dan tegas mencegahnya dalam bentuk Akta Anti-Lompat Parti.

Sekadar pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (c) atau Perkara 48(6) tidak akan menakutkan ahli-ahli parlimen yang oporcunis untuk melompat parti. Mereka hanya akan takut sekiranya ada Akta Anti-Lompat Parti yang sedia untuk bertindak dan berkuatkuasa terhadap mereka.

Kerajaan BN/ PN pimpinan Ismail Sabri Yaakob nampaknya berdolak-dalik. Mereka tidak serius dan tidak ada komitmen ikhlas untuk mencegah gejala lompat-melompat parti. Yang kelihatan jelas bersungguh-sungguh membawa agenda rakyat untuk membanteras perbuatan politik tidak beretika melompat parti ialah Pakatan Harapan (PH) dan ahli-ahli parlimen pembangkang lainnya.

Sudah dua kali RUU ALP gagal dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. Pertama gagal pada sidang mesyuarat penggal yang lalu berakhir pada 24 Mac 2022.

Kali ini, kali kedua pada sidang khas 11 April juga RUU ALP gagal dibentangkan, walaupun sebelum ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi lantang memukul canang bahawa RUU ALP akan dibentang di parlimen.
Kegagalan kerajaan membawa RUU ALP ke parlimen kali ini walaupun masa yang cukup telah diberikan menunjukkan perdana menteri telah gagal memimpin kabinetnya supaya bersetuju dengannya.

Yang jadi masalah sehingga RUU ALP gagal dibentang di parlimen pada 11 April ini hanyalah berkisar kepada satu isu sahaja iaitu isu tafsiran apa itu yang dimaksudkan dengan perkataan “lompat”. Soal istilah, soal tafsiran yang jadi masalah besar nampaknya.

Sebenarnya itu alasan sahaja untuk menggagalkan usaha mengwujudkan Akta Anti-Lompat Parti di Malaysia. Kerajaan BN/ PN sebenarnya tidak ada keazaman poliitik (political will) untuk membanteras gejala pengkhianatan mandat rakyat dalam bentuk melompat parti.

Alasan mencari tafsiran yang tepat apa yang dimaksudkan oleh istilah “lompat” adalah alasan tidak menasabah yang diada-adakan. Betullah kata bidalan Melayu,“hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih.”

JIka kerajaan bersungguh-sungguh komited, maka RUU ALP patut dibentangkan dengan tafsiran “lompat” yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman antara kerajaan dengan PH (MOU) yang dipercayai telah diperhalusi oleh Peguam Negara.
Sila bawa RUU ALP itu di parlimen dengan segala tafsiran yang ada. RUU itu boleh dipinda semasa perbahasan di parlimen pada peringkat dasar dan juga jawatankuasa.

Jika RUU ALP ini tidak dibawa ke parlimen sekarang dan pilihan raya umum berlangsung dalam masa terdekat maka rakyat dan negara akan terlepas satu peluang akan wujudnya satu instrumen undang-undang yang penting untuk mencegah gejala lompat parti.

Tidak ada undang-undang buatan manusia ini yang sempurna seratus peratus dan kalis kesilapan atau kecacatan. Proses semakan, ulang kaji atau pindaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa di parlimen untuk memperbaiki Akta Anti-Lompat Parti sekiranya ia berjaya digubal sekarang.

Masalah tafsiran apa itu “lompat” boleh diperbaiki, dikemas dan diperhalusi dari semasa ke semasa melalui pindaan akta biasa di parlimen. Bukanlah sesuatu yang rumit. Yang penting wujudkan segera Akta Anti-Lompat parti sekarang.

Bukan esok, bukan Lusa. Berlengah-lengah itu sebenarnya adalah dalih untuk mengelak undang-undang antilompat parti berjaya digubal di negara ini.

‘Seperti mak bapa bunuh anak’

Puak-puak di dalam kerajaan khususnya di kalangan anggota kabinet tidak mahu blok pembangkang khususnya PH dilihat menang sekiranya RUU ALP berjaya dibawa di parlimen dan diluluskan.

Ada di kalangan mereka di dalam kerajaan yang ingin membalas dendam atas kekalahan kerajaan dalam usul berkenaan Akta Sosma baru-baru ini yang ditentang sepenuhnya oleh ahli parlimen pembangkang.

Kali ini di pihak kerajaan pula ingin melihat RUU ALP digagalkan dari dibawa ke parlimen. Perbuatan mereka sepertilah "ibu bapa yang membunuh anak sendiri."

Jadi Pakatan Harapan (PH) khususnya perlu mengkaji semula tentang komitmennya terhadap MOU. RUU ALP adalah teras dan intipati dalam MOU. Majlis Presiden PH pernah menyatakan kepada umum bahawa jika kerajaan gagal melaksanakan RUU ALP, maka MOU akan dibatalkan.

Jadi, sekarang adalah “moment of truth” kepada Majlis Presiden PH. Adakah mereka masih berpegang dengan pendirian berani mereka itu?

HASSAN ABDUL KARIM ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Monday, June 21, 2021

Agong wajar bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Kabinet

bharian.com
Oleh Nor Azizah Mokhtar 
bhnews@bh.com.my
- Jun 21, 2021 @ 11:27pm

Gambar fail, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 
- Foto Fariz Iswadi Ismail

KUALA LUMPUR: Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata perkara itu bertepatan dengan prinsip Raja Berperlembagaan.

"Semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu dan rakyat perlu patuh serta menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi dalam negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau sependapat dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz, berhubung perkara itu.

Apandi berkata, tugasan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong jelas dinyatakan dalam Sumpah Jawatan seperti tercatat dalam Jadual ke-4, Perlembagaan Persekutuan.

"Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas, berhak untuk mendapat pandangan serta penjelasan daripada pihak yang baginda fikirkan sesuai.

"Justeru, kerana itulah ditubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria," katanya.

Abdul Hamid dan Shamrahayu antara lain berpandangan, wujud sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan Kabinet seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Mereka berkata, pelanggaran peruntukan tertentu akan memberi kesan kepada baginda sendiri kerana Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet termasuk menteri-menteri, seperti mana peruntukan Perkara 40(1) & (2) Perlembagaan.

Wednesday, December 23, 2020

Hadkan umur ahli Parlimen tidak lebih 75 tahun

mykmu.net
December 23, 2020

Kerajaan disaran menggariskan had umur Perdana Menteri dan ahli Parlimen agar kestabilan politik Malaysia lebih terjamin.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan mengambil contoh Perlembagaan Iran yang mewajibkan calon ahli Parlimen tidak melebihi umur 75 tahun.

Menurutnya, Perlembagaan Uganda pula mewajibkan setiap calon Presiden mestilah tidak melebihi umur 75 tahun.

“Adalah ideal Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mewajibkan setiap calon ahli Parlimen di negara ini tidak melebihi umur 75 tahun atau sekurang-kurangnya mewajibkan Perdana Menteri yang bakal dilantik mengetuai kerajaan tidak melebihi 75 tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kamarul Zaman berkata, sekiranya Iran dan Uganda mengakui umur 75 tahun adalah umur maksimum seseorang menjadi ahli Parlimen atau memerintah negara, mengapa Malaysia tidak melihat ia dari aspek positif.

“Umum mengetahui mereka yang berusia melebihi 75 tahun sering mengalami masalah kesihatan, masalah fizikal mahupun mental di mana pakar kesihatan dan psikologi membuktikan kebolehan kognitif seperti pentaakulan konsep, ingatan dan kelajuan memproses maklumat makin menurun dengan drastik,” katanya.

Menurutnya, ketidakseimbangan dalam pemikiran dan melakukan keputusan tidak tepat berhubung isu negara boleh menjejaskan kestabilan politik dan negara.

Sebagai contoh, katanya, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sewajarnya sudah bersara daripada dunia politik kerana masing-masing sudah berusia 95 dan 83 tahun.

“Berdasarkan sidang media bersama Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pada 14 Disember lalu, jelas menunjukkan sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin veteran itu bersara daripada dunia politik.

“Ini kerana tawaran mereka kepada rakyat untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam undian Belanjawan 2021 lalu tidak menjadi. Bacaan politik dan keyakinan mereka jelas tersasar jauh daripada realiti.

“Bacaan Dr Mahathir bahawa kerajaan akan kalah dalam undian Bajet 2021 yang akan menumbangkan kerajaan tidak menjadi kenyataan. Bacaan Tengku Razaleigh selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen UMNO juga tidak berhasil,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, tindakan kedua-dua pemimpin itu boleh mengancam kestabilan politik negara dan mereka lebih sesuai dilantik sebagai penasihat kepada mana-mana parti politik sahaja.

“Mereka tidak perlu lagi mempunyai sebarang jawatan legislatif seperti ahli Parlimen atau masih bercita-cita memegang jawatan eksekutif seperti Menteri atau Perdana Menteri. Ini bagi memastikan mereka memainkan peranan lebih baik dan sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.

“Sekiranya masih mempunyai jawatan legislatif atau bercita-cita memegang jawatan eksekutif, mereka dilihat masih ada kepentingan peribadi yang tidak membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau juga percaya pakatan politik baharu yang diketuai tokoh-tokoh berusia lanjut seperti Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat. 

Sinar

Saturday, November 7, 2020

DAP main isu perkauman dikala rakyat perlu bantuan

Senior Editor
 
Isu bantuan ke sekolah vernekular yang ditimbulkan oleh DAP ini bukanlah isu besar dan sebenarnya tidak patut pun dibangkitkan.

Kalau dilihat keadaan sekolah pun menunjukkan mereka berada dalam keadaan yang sangat baik dan selesa berbanding sekolah kerajaan yang kebanyakannya masih serba kekurangan.
Lagi pun keabsahan sekolah vernakular di negara kita masih dipersoalkan ramai pihak yang dikatakan ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Isu utamanya sekarang ialah kesejahteraan rakyat keseluruhannya, terutama yang telah hilang mata pencarian di mana rata-ratanya terdiri daripada golongan B40.

Inilah agenda yang sepatutnya menjadi keutamaan terutamanya pihak pembangkang untuk membuat 'check and balance'. Dalam erti kata lain, isu ekonomi dan peluang pekerjaan perlu diberi penumpuan.

Inikan tidak, sekolah vernakukar juga yang dirisaukannya dahulu. Apalah kesusahan rakyat di mata mereka. Di manakah sensitiviti mereka tatkala rakyat sedang tergapai-gapai untuk hidup di dalam tempoh krisis ini.

Saya yakin yang mereka ini hanya bersuara demi simpati undi dan kepentingan politik semata-mata dan bukannya masalah negara mahupun rakyat.
Rakyat tidak buta untuk menilai.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
7 November 2020

Sunday, March 29, 2020

Kit Siang, Anwar tak faham Perlembagaan

Pakej rangsangan ekonomi tidak perlu dibentang di Parlimen
29/03/2020



SEMALAM Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mahu kerajaan membentangkan dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen dahulu.

Namun mengikut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu peruntukan tambahan dibolehkan untuk dibelanjakan sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana setiap tahun memang ada perbezaan di antara peruntukan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun sebelumnya dengan perbelanjaan sebenar kerajaan pada tahun peruntukan.

Sebab itu hampir setiap tahun ada pembentangan bajet tambahan di Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan ianya boleh dibentang dan diluluskan sebelum atau selepas perbelanjaan tambahan tersebut dibuat.

Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berkenaan hal ini, adalah mengikut Undang-undang dan Perlembagaan, kerajaan tidak perlu menunggu sebelum peruntukan tambahan dibahas, dibentang dan diluluskan di Parlimen dahulu sebelum ianya dibelanjakan.

Ini kerana penulis-penulis Perlembagaan kita dahulu faham bahawa kadangkala akan ada keadaan di mana kerajaan perlu berbelanja lebih untuk membantu rakyat dengan segera terutama di waktu negara dilanda krisis, seperti dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Pada minggu lepas, kerajaan United Kingdom juga telah mengambil langkah yang sama dengan kerajaan Malaysia iaitu mengumumkan dan membelanjakan pakej rangsangan ekonomi COVID-19 mereka tanpa menunggu pembentangan di Parlimen.

Sistem kerajaan dan Parlimen di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan di United Kingdom, oleh itu konvensyen yang digunakan oleh mereka boleh digunakan di Malaysia.

Oleh itu cadangan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli politik PH supaya perbelanjaan tambahan dalam pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin dibahaskan dahulu di Parlimen adalah tidak perlu dan membazir masa yang sebenarnya kita tidak ada sekarang.

Mereka seolah-olah sama ada tidak faham Perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka (PH).

Rakyat dan negara tidak ada masa untuk melayan kerenah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ini sekarang di kala kita sedang berperang dengan COVID-19.

Biar kerajaan fokus buat kerja untuk menangani krisis ini dan bukan alih perhatian mereka kepada kepentingan politik anda (PH) pula.

Seperkara lagi, pada awal bulan ini ketika PM-7 Mahathir umum pakej rangsangan ekonomi COVID-19 kerajaan PH, mengapa tidak menjerit suruh dia bentang dulu di Parlimen pula?

Isham Jalil
29 Mac 2020

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Saturday, January 18, 2020

Perjanjian peralihan kuasa tidak boleh dipakai - Ku Li

Oleh Ramli Ibrahim
bhnews@bh.com.my

VETERAN UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memotong pulut kuning merasmikan Majlis Makan Malam Ikatan Kasih di Dewan Pusat Sivik, malam tadi. 
- Foto Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan desakan pelbagai pihak supaya disegerakan peralihan kuasa Perdana Menteri berdasarkan perjanjian antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipakai.

Katanya, ini kerana peralihan kuasa mengikut apa yang dijanjikan itu di luar daripada ketetapan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, lantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui serta mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

“Mengikut Perlembagaan, peralihan kuasa Perdana Menteri hanya berlaku jika Perdana Menteri berhenti, mati atau usul tidak percaya di Dewan Rakyat, baru boleh dilantik Perdana Menteri baharu.

“Kalau keadaan itu tidak berlaku dalam Dewan Rakyat, maka dia kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Malam Ikatan Kasih, di Pusat Sivik, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim; ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusof dan ADUN Paloh, Amran Ariffin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan pelbagai pihak berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasar perjanjian.

Tengku Razaleigh juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, Dr Mahathir dipilih dan mengangkat sumpah untuk memegang jawatan itu sehingga tamat penggal.

Sehubungan itu, katanya selagi Dr Mahathir menjadi Ahli Parlimen, beliau akan kekal memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal kecuali ada undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Friday, September 13, 2019

Tak setuju dengan Syiah bukan alasan tangkap pengikutnya - LFL


Lawyers for Liberty (LFL) menggesa pihak berkuasa agama untuk menghentikan serbuan dan tangkapan ke atas pengikut mazhab Syiah, memandangkan Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan terhadap kebebasan beragama.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pengikut Syiah sama ada rakyat tempatan mahupun warga asing telah ditangkap sekitar di Selangor dan Johor. Aliran Syiah di negara ini dianggap menyimpang terutama mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah LFL, Melissa Sasidaran berkata, serbuan itu ibarat seperti "gangguan".
“Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap orang bebas menganut dan mengamalkan agamanya.

“Namun, pihak berkuasa agama kita biasanya tidak mengikut Perkara 11 (4), yang menghadkan penyebaran doktrin agama dalam kalangan umat Islam, untuk membenarkan tindakan mereka.

“Apapun tafsiran yang membolehkan pihak berkuasa agama bertindak di luar kawalan atau sewenang-wenangnya terhadap pengikut Syiah adalah salah dan ini bermaksud tindakan ini tidak seimbang terhadap kebebasan beragama,” katanya.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ini juga menyuarakan kebimbangan mereka dan membuat kritikan yang sama tentang serbuan tersebut.

Melissa berkata mereka yang ditangkap itu mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam ruang persendirian dan tidak menyebarkan fahaman itu kepada orang Islam yang lain.

“Tidak bersetuju dengan ajaran dan amalan Syiah semata-mata bukanlah alasan yang mencukupi untuk tindakan yang keras ini diambil.

“[...] Mereka yang ditangkap tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada sesiapa.
"[...] Kami menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri untuk menghentikan serbuan dan serangan terhadap kebebasan beragama pengikut Syiah," katanya.

Beliau berkata, menerusi piawaian antarabangsa, batasan tentang kebebasan beragama hanya boleh dijustifikasi jika mereka perlu untuk melindungi keselamatan awam, ketertiban, kesihatan, moral atau asas hak dan kebebasan orang lain.

Minggu lalu, lebih 20 pengikut fahaman Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah kedai Taman Sri Gombak, dekat Kuala Lumpur. Mereka turut menahan 23 pengikut ajaran itu.

Di Johor, tidak kurang 20 pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Johor (Jainj) yang diiringi polis menyerbu sebuah majlis di Kempas dan menahan lapan individu, termasuk seorang warga Yemen dan dua warga Singapura.

[Baca berita penuh]

Dalam pada itu, Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Fathi Yusof mempertahankan tindakan pihak berkuasa agama itu.

Menurutnya, tangkapan beberapa individu yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah kepada umat Islam adalah sah dan selari dengan perlembagaan kerana dilaksanakan mengikut saluran undang-undang yang betul.

"Perlu diingat bahawa tindakan diambil atas sebab mereka menyebarkan fahaman berkenaan bukan kerana anutan mereka semata-mata.

"Tindakan menyebar bertentangan dengan undang-undang dan boleh menimbulkan risiko ketenteraman awam.

"Kita tidak mahu berlaku konfik mazhab sebagaimana yang berlaku dalam beberapa negara dan biarlah Malaysia tenang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah," katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-