Terlalu kurang ajar, sombong langsung tidak punya budi bahasa
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
15/01/2020
BANGI, 19 Jamadilawal 1441H, Rabu – Seluruh rakyat di negeri Pahang yang mencintai keamanan berasa amat terguris hati dengan kenyataan netizen berbangsa Cina yang menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di media sosial.
Baru-baru ini, dilaporkan bahawa terdapat sebuah halaman di Facebook dipercayai menjadi medan hinaan dalam kalangan orang Cina ditemui, bahkan ada yang bertindak biadab mencerca Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.
Difahamkan, pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan tindakan baginda yang menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk memperkasakannya.
Sebelum ini, Tunku Azizah di laman Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.
Kesal dengan situasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan pemilik akaun Facebook Nengtung Ting dan beberapa pengguna lain di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan dan penghinaan terhadap baginda adalah sesuatu yang amat biadab.
“Kenyataan mereka terlalu kurang ajar dan sombong. Mereka tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang sebenar dan mereka langsung tidak mempunyai budi bahasa.
“Penghinaan memanggil ‘nenek sihir rasis’ kepada raja kami adalah sama seperti menghina kami dan menjatuhkan maruah diri kami yang taat setia kepada tuanku.
“Kami semua di negeri Pahang kini terguris hati,” katanya dalam satu kenyataan.
Ekoran itu, beliau menggesa tindakan segera diambil ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
“Kami mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangan berlengah dengan membuang masa tanpa mengambil tindakan tegas ke atas mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.