Thursday, June 11, 2020

Kembalikan Pulau Pinang kepada pentadbiran Melayu Islam


 
- Gambar ENCIRCLEPHOTOS.COM

PENTADBIRAN Kerajaan Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Melayu dan Islam berdasarkan sejarah dan khazanah alamnya.

Hal demikian dilihat signifikan dalam membentu semula masyarakat penyayang dan pemimpin yang terlalu sibuk dengan projek pembangunan sehingga merosakkan khazanah alam sekitar.

Umum tahu Pulau Pinang mempunyai sejarah penjajahan yang panjang,

Justeru Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) negeri itu, Dr. Zaki Ibrahim banyak kegiatan perosak masyarakat berleluasan atas nama tarikan pelancong.

Menurutnya, masyarakat yang tinggal dalam negeri itu sudah hilang nilai ketimuran akibat hanyut dengan pembangunan tanpa henti.

“Industri pelancongan memang sinonim dengan Pulau Pinang tetapi kerajaan negeri membuka ruang kepada banyaknya pub, rumah urut dan kegiatan maksiat dengan alasan untuk pelancong.

“Kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang juga sudah terlalu banyak dijalankan di Pulau Pinang. Seolah Pulau Pinang sudah menjadi pusat kegiatan organized crime di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan dimuatnaik portal Harakah semalam.

Tambah beliau, pembangunan sepatutnya memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat termasuk peluang penempatan keluarga.

Kata Zaki, sekiranya masyarakat di sana dibina dengan teras Melayu Islam, kepentingan semua kaum pasti terjaga.

“Setelah hampir 234 tahun Pulau Pinang diserahkan kepada warga asing memerintah dan merencana bumi Pulau Mutiara ini, ternyata mereka gagal!

“Bermula dengan legasi Francis Light kemudian diserahkan pemerintahan kepada kaum Cina hingga ke hari ini.

“Kita perlu arkitek baru yang merancang hala tuju negeri dengan menekankan aspek kemakmuran dan perpaduan masyarakat,” tegasnya.

 – SM

1 comment:

  1. tunjuk sat sapa pemimpin melayu islam yg hang dok bangga tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-