am@hmetro.com.my
KENDERAAN yang membawa 33 Adun beredar dari kawasan sekatan di laluan masuk ke Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan
SERAMAI 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kecewa kerana pihak Istana Negeri tidak membenarkan mereka mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mewakili semua Adun terbabit berkata, keadaan ini pelik dan mengecewakan kerana mereka memiliki majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.
Katanya, tujuan mereka bertemu dengan Juhar adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan... pelik dan mengecewakan apabila pihak istana tidak membenarkan kami masuk (Istana Negeri).
"Sedangkan sebelum ini, wakil Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah bertemu dengan TYT (Tuan Yang Terutama) dan menyatakan kami sudah ada majoriti.
"Semua 33 Adun ada di sini, bukan hanya surat tetapi juga badan mereka.. akan tetapi kami tidak dibenarkan masuk," katanya ketika ditemui media, hari ini.
Sebaik saja sidang media selesai jam 5.30 petang tadi, semua kenderaan yang membawa seramai 33 ADUN beredar termasuk Tan Sri Musa Aman.
Sebelum itu, Musa bersama rombongannya tiba di Bulatan Nenas di Jalan Istana, Kota Kinabalu, jam 3.50 petang untuk mengadap TYT namun dihalang masuk sepasukan polis yang membuat kawalan di jalan berkenaan sejak semalam.
Terdahulu, Musa dalam sidang media di kediamannya, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.
Macam tun lah.. Agong tak nak jumpa.. Hormat tyt ye
ReplyDelete