August 13, 2020 9:54 am
"Pas tidak faham sensitiviti Umno apabila membuat kenyataan ini. Samalah kalau kita kata Umno dan Pas setuju calonkan Mat Sabu jadi PM. Apa perasaan Pas," kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu.
Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya Umno dan Pas bersetuju menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri mereka dalam pilihan raya umum ke 15 nanti disifatkan sebagai tidak memahami sensitiviti Umno.
Sehubungan dengan itu, penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak, Lokman Noor Adam bertanya kepada Hadi, apa perasaan Pas jika ada pemimpin Umno berkata, Umno dan Pas setuju Mohamad Sabu dinamakan sebagai calon perdana menteri mereka.
“Pas tidak faham sensitiviti Umno apabila membuat kenyataan ini. Samalah kalau kita kata Umno dan Pas setuju calonkan Mat Sabu jadi PM. Apa perasaan Pas,” kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu dalam temubual melalui facebook beliau.
Menurut Lokman, tidak ada sebarang perjanjian lagi dengan Pas apa yang patut berlaku selepas pilihan raya umum ke 15 nanti.
Yang ada hanyalah persetujuan bersama sehingga pilihan raya umum ke 15 bukan selepas pilihan raya umum ke 15.
“Bila musuh politik Umno, orang yang pernah jadi timbalan presiden Umno, tubuh parti baru, dia khianat kita, kita tak nak tubuh parti bersama dengan dia, itu hak Umno.
“Samalah juga, takkan tiba-tiba Umno membuat keputusan nak mengangkat Mat Sabu jadi PM kita. Apa Pas akan rasa.
“Macam tulah Umno rasa bila Pas kata dia nak angkat Tan Sri Muhyiddin jadi calon perdana menteri,” kata Lokman lagi.
Baru-baru ini Hadi berkata, Pas dan Umno bersetuju menamakan Muhyiddin sebagai calon PM mereka dalam PRU ke 15 nanti.
Hadi Awang berkata perkara itu turut dipersetujui semua pemimpin dalam parti anggota Muafakat Nasional (MN) seperti yang dipersetujui sebelum ini.
“Ada dua perkara. Yang pertama, kita sudah putuskan, bukan tiga pemimpin (BN, PAS dan BERSATU) tapi semua pemimpin parti dalam PN termasuk MN, kita bersetuju pertandingan dalam dua penjuru saja dalam PRU-15.
“Yang kedua, Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri kita,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, 7 Ogos lepas.
Menurut Lokman, Umno tidak akan bersetuju dengan cadangan Pas itu kerana Muhyiddin dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perosak kepada Umno.
“Dekat bawah ini, baik ahli Umno atau Pas, tidak boleh terima baik atok (Tun Dr Mahathir) dan juga Tan Sri Muhyiddin. Sebab mereka ini sebahagian dari Pakatan Harapan.
“Sebab itu dah tukar PM pun, orang-orang yang dilantik mengepalai institusi tertentu masih lagi orang Pakatan Harapan,” kata Lokman.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.