Thursday, November 19, 2020

Layanan macam mana kita mahu? Umno perlu sedar diri, kata Annuar

Nora Mahpar
-November 19, 2020 11:31 PM
Annuar Musa dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam ini.

PETALING JAYA: Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa berkata, sesetengah individu dalam parti itu sudah lupa, Umno parti yang kalah dan sudah jatuh.

“Kadang-kadang kita masih dalam kepompong. Kita rasakan Umno sekarang masih macam Umno dulu yang mana kita perlu dilayan begini dan begitu.

“Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah tetapi secara berperingkat kita bina semula kekuatan. Jika bercakap soal layanan, layanan macam mana yang kita mahu,” katanya dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-