Tuesday, February 16, 2021

Muhyiddin hantar surat tuntutan ke Puad

malaysiakini.com

Diterbitkan 16 Feb 2021, 9:05 pm
Dikemaskini 9:07 pm

Peguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang dianggap "memfitnah".

Menurut laporan The Edge surat tuntutan itu dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dialamatkan ke Puad di Putrajaya.

Ia berhubung hantaran dibuat bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mengenai Muhyiddin di media sosial baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut Puad membangkitkan persoalan mengenai prosedur kuarantin ke atas Muhyiddin yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Memetik kandungan tuntutan itu The Edge melaporkan hantaran dibuat Puas mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat terhadap Muhyiddin.

Tuntuan itu menyatakan hantaran dibuat Puad secara tersirat mahu menyatakan presiden Bersatu itu enggan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari dan mendorong Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengeluarkan arahan baru mengenai prosedur berkenaan.

Arahan itu - yang dikeluarkan melalui warta persekutuan - menyatakan anggota kabinet yang baru pulang dari lawatan rasmi di luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

Selanjutnya, LOD dilaporkan mendakwa hantara Puad itu membawa maksud Muhyiddin menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk mendapatkan layanan istimewa.

Sebelum ini Puad diberi tempoh tujuh hari untuk memadamkan hantaran tersebut, memohon maaf secara terbuka di Facebok, portal berita dan media sosial dan ikrar untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan.

Puad juga dituntut membayar pampasan RM10 juta.

Sementara itu Puad ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberikan sebarang kenyataan atau mengesahkan menerima LOD berkenaan.

[Baca berita penuh]

2 comments:

  1. PARLIMEN diGANTUNG - RAKYAT & AP lansung TAK boleh SOAL & KRITIK apa2kah aahhhhh?!! Dah MAMPOS Sistem DEMOKRASI Berparlimen di NEGARA ISLAM kita ni sbg. Sistem SENAK & IMBANG!!

    Ya, BERSUKARIAlah anda DIKTATOR muhyiddin/parti BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal - dgn. penerintahan NAZI BANGKAI ni!! Senoga ALLAH SWT turunkan BALA pd. PENJAHAT2 PENYAMAQ ni serta SEMUA keturunan depa yg. juga JAHAT nak MAMPOS!!

    ReplyDelete
  2. Mmg. GILA betul rejim NAZI BINATANG DIKTATOR muhyiddin/parti BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal PARASIT ni!!

    RAKYAT terus diPENJARAkan mcm. HAIWAN2 (bayangkan RAKYAT MISKIN kita yg. tinggal BERSESAK dlm. RUMAH2/FLAT2 KECIL/USANG) - sdgkan PENYEBAR2 UTAMA Wabak Covid-19 ni adalah PEKERJA2 ASING dr. Industri2 PERKILANGAN, PERLADANGAN & PEMBINAAN, akibat KETAMAKAN & KERAKUSAN Majikan2 KAYA-RAYA depa yg. TAK menyaring PEKERJA2 ASING ni!!

    BINATANG betul rejim BERSATU NAZI ni!!

    Di - https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/pkp-kekal-di-empat-negeri-lain-lain.html

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-