Najib (kiri) tidak dikaitkan langsung sepanjang perbicaraan kes itu (Altantuya) yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. FOTO NSTP
BERNAMAKuala Lumpur: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memfailkan permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan bahawa memoirnya yang diterbitkan baru-baru ini 'My Story: Justice in the Wilderness' mengandungi fitnah iaitu mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.
"Anak guam saya, Datuk Seri Najib tidak dikaitkan langsung sepanjang perbicaraan kes itu (Altantuya) yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Kata-Katanya (Thomas) dilihat sebagai memalukan mahkamah.
"Saman fitnah adalah sesuatu yang pasti, permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98 peratus dan kami akan memfailkannya dalam minggu ini. Kami harus memberikan beliau (Thomas) notis tunjuk sebab dahulu," katanya semasa ditemui selepas perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pada 2 Februari lalu, Najib dalam surat tuntutan dihantar menerusi firma peguamnya Tetuan Shafee & Co menuntut satu permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas berhubung fitnah terhadap bekas perdana menteri itu yang didakwa terkandung dalam memoir tersebut.
Antara lain, surat tuntutan itu menyebut melalui inferens dan sindiran yang jelas, Thomas memberi mesej bahawa beliau, ketika menjadi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, berpuas hati dengan kebenaran yang terdapat dalam dakwaan dua individu yang disabitkan bahawa Najib terbabit dalam mengarahkan mereka supaya membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, Thomas, dalam maklum balas kepada surat tuntutan itu pada 5 Februari lalu, menafikan memfitnah Najib.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 5:10 PM
Patutnya PEGUAM2 YAM DS Najib ni juga failkan KES JENAYAH PENIPUAN terhdp. si PENJENAYAH pariah BANGKAI DAP PARASIT tommy thomas ni!!
ReplyDeleteBayangkan bekas peguam negara PARIAH tommy thomas BANGKAI DAP Parasit ni, boleh sewenangnya MENUDUH YAM DS Najib terCINTA kita, sbg. 'Pembunuh' pompuan Monggolia tu, berdasarkan cakap PUTA-BELIT, BERUBAH2 & PENIPU 2 org. PEMBUNUH sebenaq, yg. SEKOQ lari ke AUSTRALIA - yg. disyaki diBAYAQ $berJUTA skrg.!!
Supaya EJEN2 ZIONIS ASING & TEMPATAN, terutamanya DAPpengganas dpt. terus mengHANCURkan YAM DS Najib, keluarga beliau, Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain dr. UMNO, serta akhirnya parti KEMERDEKAAN Keramat & PRIBUMI kita, UMNO!!
Lihat blog SAMPAH DAPpengganas ni, di - http://gigitankerengga.blogspot.com/2021/02/keterangan-sirul-sokong-dakwaan-azilah.html?m=1