Thursday, February 18, 2021

Veteran Umno usul Ku Li ajak Dr M masuk Umno semula

malaysiakini.com

Diterbitkan 18 Feb 2021, 7:04 pm

Veteran Umno Yussuf Latiff mengusulkan agar Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berunding dengan Dr Mahathir Mohamad dan mempelawa bekas presiden Umno itu kembali ke pangkuan parti.

Cadangan itu dibuat susulan Mahathir, semalam, tidak menolak kemungkinan kembali kepada Umno, sekiranya parti itu kembali dasar awalnya untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

Kata Yussuf, Tengku Razaleigh masih dihormati semua pihak, dan pernah mengadakan pertemuan dengan Mahathir tidak lama dulu.

Sementara pemimpin Umno pula, katanya, haruslah memikirkan masa depan orang Melayu dan mengetepikan kepentingan diri dan jawatan mereka.

“Tengku Razalegih mempunyai kapasiti sebagai penasihat Umno dan boleh menasihati semua pihak agar berlapang dadah dan berjiwa besar untuk menerima semula Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno demi kepentingan bangsa, agama dan tanah air.

“Sudah tiba masanya para pemimpin Umno harus benar-benar membuktikan mereka berjiwa besar, jika mereka mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang, mereka harus menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali menyokong dan memastikan Umno menang pada pilihan raya nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun Mahathir tidak bersetuju dengan beberapa individu dan pemimpin di dalam parti itu, katanya, Umno tidak harus menjadi mangsa sehingga hilang kuasa pemerintahan atau dibatalkan pendaftaran.

Dengan penyertaan semula Mahathir juga, Yussuf menggesa parti-parti serpihan Umno dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai Umno, seperti mana yang pernah dilakukan oleh parti Semangat 46.

Dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam, Mahathir mengakui yang dia masih sayangkan Umno, sementahan pernah berpuluh tahun menjadi presiden parti itu.

Meskipun Mahathir mengakui boleh kembali bersama Umno, dia juga menegaskan yang dia hanya akan bersetuju kembali sekiranya elemen negatif seperti rasuah dapat dibersihkan di dalam Umno.

“Saya boleh kembali kepada Umno. Tapi orang yang penyangak-penyangak apa semua, minta maaflah, saya tak boleh kerjasama dengan mereka,” kata Mahathir semalam.

1 comment:

  1. Lu tu yg. PENYANGAK BANGKAI, si DIKTATOR mahathir PARIAH kerdla ANAK BERANAK ou!! Baik lu MAMPOS shj. dr. terus membuat DOSA!! MenJIJIKkan juga si PENJILAT2 mahathir PARIAH ni!!

    Tgk. $160 BILLION yg. diROMPAK termsk. dr. WANG UMNO & BANK NEGARA, oleh si 2 EKOQ PEROMPAK2/PENGGUBAH2 WANG HARAM/PENYALAH2 GUNA KUASA/PEMECAH2 AMANAH/PERASUAH2 daim-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala anak BERANAK ni (sbb. tu BERATUS syarikat dibuka oleh anak2 PEROMPAK ni, utk. MENGGUBAH WANG HARAM)- yg. lansung TAK diSIASAT oleh SPRM/PDRM/LHDN/PEGUAM NEGARA baru paling TAK GUNA!!

    Di - https://www.malaysia-today.net/2017/10/15/where-klepto-mahathir-has-hidden-his-rm100-billion/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-