Tuesday, August 17, 2021

Semua kerana nafsu politik beberapa individu yang tak dapat dibendung – Chandra Muzaffar

By Satu Berita
-August 17, 2021


Pendapat

KEMELUT politik yang tak berkesudahan sehingga hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka.

Demikian pendapat disuarakan Dr. Chandra Muzaffar yang memerhatikan senario politik negara dan merumuskan, beberapa individu ini terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.

Mereka juga mahu meloloskan diri daripada berdepan pengadilan susulan deretan pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukan, katanya seperti yang dilaporkan Astro AWANI semalam.

“Ada seorang individu yang sudah lama bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, dia dah cuba beberapa tahun dulu dalam perebutan kuasa dalam parti yang memerintah. Walaupun tak begitu agresif pada satu peringkat, tetapi ini memang menjadi cita-citanya.

“Ada seorang lagi yang memang hendak jadi Perdana Menteri sejak tahun 1988. Dia cuba beberapa kali, pada 2008 kemudian sekali lagi pada 2014. Memang inilah cita-citanya yang mewarnai karier politiknya secara keseluruhan, macam tak ada cita-cita lain.”

“Ada pula dua individu ini yang merumitkan keadaan, pernah berkuasa, salah seorangnya menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi mereka terlibat dalam kes-kes mahkamah yang besar berhubung kait dengan rasuah dan skandal terbesar yang dihadapi Malaysia,” ceritanya.

Maka, disebabkan itu, kata Chandra, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja dan terus menerus merebut kuasa demi kepentingan sendiri walaupun mereka tahu akibat daripada perbuatan itu.

Menurutnya, kepimpinan kerajaan terus menerus ditekan kerana tidak memenuhi kehendak atau permintaan kumpulan ini, sekali gus mengganggu usaha memulihkan negara dan rakyat yang merana dibadai pelbagai krisis yang dicetuskan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing hari demi hari.

Segala pendapat adalah pandangan peribadi penulis dan bukan mewakili pandangan SatuBerita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-