11/02/2023
Pengarah Biro Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP, Ho Chi Yang didakwa cuba meracuni pelajar dengan doktrin bahawa kod pemakaian pakaian di universiti sekarang ini adalah kuno, selain mahukan perubahan yang boleh menyebabkan berlaku krisis identiti.
Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata itu cuba mengambarkan kononnya universiti seakan-akan kolot dan mundur apabila mendenda pelajar yang memakai pakaian menyalahi peraturan.
“Saya merasa terpanggil membantah kenyataan Chi Yang yang mempersoalkan kod berpakaian yang kemas dan berprotokol bagi universiti yang mengenakan denda kepada pelajarnya yang terikut-ikut cara pemakaian yang datang daripada pihak luar.
“Yang mewarnakan rambut dan memakai terlalu banyak subang dengan mengambarkan kononnya universiti seakan akan kolot, mundur dan tidak menepati putaran masa yang saban hari semakin canggih dan maju.
“Ho cuba meracuni dengan doktrin bahawa kod pemakaian univesiti adalah kuno dan dalam masa yang sama bertentanga dengan sifat semulajadi manusia mahukan suatu pembaharuan yang menepati dengan arus kemodenan yang boleh menyebabkan berlakunya krisis identiti dalam diri masyarakat sehingga boleh menyebabkan salah tanggapan cara pemakaian.
“Apakah kita boleh membiarkan permakaian seksi dan ketat demi mengikut peredaran zaman di universiti?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Chi Yang menggesa supaya Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti melonggarkan kod berpakaian.
Menurutya, pentadbiran kerajaan campuran baharu dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak mewajibkan pemakaian tali leher bagi ahli Kabinetnya, malahan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul juga berkata Ahli Parlimen tidak lagi diwajibkan memakai tali leher semasa sidang dewan.
Mengulas lanjut, Bahari berkata dalam sesebuah syarikat atau organisasi, termasuk institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti awam atau swasta telah memang terdapat etika dan protokol yang melambangkan identiti seseorang yang terikat dengan institusi tersebut.
Bahkan, katanya fesyen dan keterampilan tersebut mencerminkan imej syarikat dan institusi yang maju dan terkehadapan dalam melaksanakan misi dan visinya.
“Begitu juga dengan pemakaian dalam universiti tidak menghalang secara mutlak untuk pelajar berfesyen dan berketerampilan kerana universiti itu sendiri yang menggalakkan pelajarnya untuk menampilkan apa yang terbaik dan yang elok dalam menzahirkan imej peribadi yang baik dan terhormat sebagai seorang pelajar yang terdidik dari hasil keluaran universitinya.
“Apatah lagi bersesuaian dengan universiti adalah tempat awam pelbagai bangsa yang pelbagai agama yang harus menghormati antara warganya,” katanya menggariskan tiga tujuan kod etika berpakaian iaitu:
(1) Menjaga keamanan diri dan kehormatan diri daripada berlaku fitnah ke atas diri dan universiti.
(2) Memberikan perlindungan kepada mereka kerana pakaian adalah salah satu proses menjaga diri daripada bencana, bahaya dan sakit.
(3) Membawa imej yang baik dan elok dalam menampakkan jati diri seorang pelajar dan universiti.
Ketua Penerangan Bersatu Kelantan, Bahari Mohamad Nor mempersoalkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanah Rata Ho Chi Yang berkaitan pakaian pelajar universiti.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.