Tuesday, August 30, 2022

Zahid Hamidi selesai beri keterangan selepas 17 hari bela diri kes rasuah

ismaweb.net
azrulhakimie

Kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB yang dihadapinya

KUALA LUMPUR, 2 Safar 1444H, Selasa – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbdudi (YAB) yang dihadapinya.

Ahmad Zahid, 69, memberikan keterangan bersumpah dari tempat saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bermula 13 April lepas dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.

Berkenaan prosiding seterusnya, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihak pembelaan akan mengurangkan saksi pembelaan daripada 43 saksi kepada 40.

“Pihak pembelaan akan menyediakan pernyataan saksi dan menyerahkannya kepada pendakwaan dalam tempoh 14 hari sebelum mereka memberi keterangan,” kata peguam itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-