Friday, January 27, 2023

UMNO gantung keahlian Noh Omar 6 tahun

bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Ilah Hafiz Aziz 
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
- Januari 27, 2023 @ 10:11pm
Noh ketika ditemui selepas Mesyuarat MKT UMNO malam ini. - NSTP/ AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: UMNO menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, selama enam tahun.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di sini, malam ini.

Noh yang juga ahli MKT UMNO ketika ditemui mengesahkan keputusan itu dibuat MKT malam ini.

Beliau bagaimanapun mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya terus daripada parti.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kenyataan itu yang secara tidak langsung memberi isyarat beberapa pemimpin bakal disingkirkan dalam MKT UMNO malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-