By Ahmad Abd Hamid
Nelli bersiar-siar bersama-sama ketiga-tiga suaminya. Foto: Affirmax
BUKAN satu, bukan dua tetapi tiga. Jika lelaki beristeri kebih daripada satu mungkin perkara biasa. Tetapi di Tanzania, Afrika, lain pula halnya. Seorang wanita bernama Nellie mempunyai tiga orang suami serentak. Kesemua mereka tinggal sebumbung.
Memetik msn.com, Nellie sendiri yang mendedahkan dia mempunyai tiga orang suami yang dikahwini selepas kematian suamniya dalam kemalangan jalan raya. Salah seorang suaminya ialah bekas adik iparnya bernama Hassan. Dua lagi suaminya ialah Jimmy dan Danny.
Berita tersebut kemudiannya tular dan menjadi berita hangat di media sosial. Seorang peguam menyifatkan apa yang dilakukan oleh Nellie itu adalah satu kesalahan. Dia dan ketiga-tiga suaminya menghadapi risiko meringkuk dalam penjara untuk tempuh sekurang-kurangnya tiga tahun.
Nellie dengan bangga memberitahu dia adalah pemegang rekod di kampugnya kerana memiliki tiga orang suami. Mereka telah tinggal bersama di bawah satu bumbung sejak tiga tahun lalu.
Nellie begitu mesra dengan ketiga-tiga orang suaminya.Foto: Affirmax
Mengenai hubungan di kalangan tiga suaminya, Nellie memberitahu, oleh kerana tingga serumah, mereka tidak ada pilihan kecuali hidup berbaik-baik, tambahan memiliki isteri yang sama.
Perjalanan hidup ‘pelik’ Nellie bermula selepas suaminya maut dalam kemalangan lapan tahun lalu. Mereka mempuyai dua orang anak. Selama masa mereka sebagai suami isteri, adik iparnya Hassan tinggal bersama-sama mereka.
Menurut Nellie, yang bekerja sebagai penjual kereta untuk menyara hidup, Hassan mempamerkan perasaan kasih sayang kepadanya sehingga dia jatuh hati kepada adik iparnya itu lalu berkahwin.
Walau pun sudah berkahwin dengan Hassan, Nellie rupanya tidak puas hati. Dia mahu mencari tambahan suami. Dia kemudian bertemu dan jatuh cinta dengan dua orang lelaki, Jimmy dan Danny. Kedua-duanya kemudian menjadi suaminya.
Bagaimana pun, Nelli dan ketiga-tiga suaminya belum dikira selamat. Mereka menghadapi risiko tindakan undang-undang di atas apa yang mereka lakukan.
Menurut seorang peguam Tanzania, Nicodemus Agweto, sementara poligami dibenarkan oleh undang-undang, bersuami lebih daripada satu pada satu masa atau polyandry adalah satu kesalahan.
Agweto menjelaskan, jika seseorang wanita berkahwin lebih daripada seorang, dia berhadapan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun. Peruntukan undang-undang dalam hal ini adalah jelas. Tiada hukuman pilihan boleh dikenakan, seperti denda.
Peguam itu memberitahu, seorang lelaki yang mengahwini wanita yang sudah bersuami pula, jika pun agama atau adat membenarkan, adalah juga melakukan kesalahan. Lelaki tersebut juga boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun.
Dalam kes ini ia memang nyata. Danny dan Jimmy mengahwini Nelli sedangkan dia sudah menjadi isteri Hassan. Nelli pula berkahwin dengan tiga lelaki. Dalam kedua-dua senario ini mereka yang terlibat semua bersalah melanggar undang-undang.
Kesemua berhadapan tindakan merengkok tiga tahun di belakang pagar besi. Namun sehingga ini belum ada laporan kerajaan Tanzania akan bertindak terhadap mereka walau pun isu tersebut sudah menjadi bualan ramai.
— BebasNews
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.