Friday, March 31, 2023

Kes SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan Najib

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 31, 2023 10:18 AM
Bekas perdana menteri Najib Razak akan terus menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Empat hakim membuat keputusan menolak permohonan itu, manakala penghakiman menentang oleh Abdul Rahman.

Keputusan majoriti itu dibuat panel hakim Mahkamah Persekutuan Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan, serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Keputusan hari ini selari dengan keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-