Friday, September 15, 2023

Kerajaan PH-BN akan hilang lebih banyak sokongan – Syed Saddiq

utusantv.com
Oleh UtusanTV
-September 15, 2023
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. GAMBAR: Team Syed Saddiq

KERAJAAN Perpaduan yakni gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) akan hilang lebih banyak sokongan pada masa hadapan sekiranya isu seperti kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipandang mudah.

Perkara itu menurut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana, rakyat ketika ini melihat dengan jelik terhadap kes-kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin dalam blok kerajaan.

Katanya, lebih banyak suara penentangan terhadap isu kes Ahmad Zahid pada masa akan datang lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Ada yang berpendapat rakyat akan lupa mengenai kes Ahmad Zahid, yang mana dilihat sebagai cubaan membersihkan reformis dan orang baik.

“Begitpun, saya melihat ketika ini golongan pertengahan, cerdik pandai Melayu sedang marah. Mereka berang dan jumlahnya makin banyak.

“Lebih banyak Kerajaan Perpaduan buat perkara seperti ini, seperti banyak mereka kehilangan sokongan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Untuk rekod, Muda mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dan memilih untuk berada dalam blok pembangkang sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Negeri.

Langkah itu sekaligus menyebabkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang satu kerusi untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-