Athirah Huda Zalhe
15/09/2023
Orang Melayu boleh sokong BERJASA, serius bela hak bangsa
BANGI, 29 Safar 1445H, Jumaat – UMNO kini seolah parti yang hilang identiti sejak menjalinkan hubungan rapat dengan DAP bagi membentuk kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Apatah lagi kehadiran Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ucapannya pada Konvensyen Kebangsaan DAP 2023 baru-baru ini, mencerminkan lagi identiti UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang sudah cair serta terhakis.
Pemuda BERJASA, Meor M Azim berkata, UMNO yang dahulunya memperjuangkan nasib dan kebajikan bangsa kini sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh orang Melayu.
“Identiti mereka seakan telah hilang arah dan tiada hala tuju setelah melihat begitu akrabnya mereka dengan DAP yang konsisten dengan agenda Malaysian Malaysia.
“Dahulunya UMNO pernah dinobatkan sebagai pejuang Melayu setelah menentang agenda British dalam soal Malayan Union kini orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada mereka semata-mata,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata, sudah tiba masanya orang Melayu beralih sokongan kepada BERJASA sebagai parti yang konsisten dan serius dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.
Meor menegaskan, BERJASA amat komited dalam memastikan segala hak rakyat Malaysia termasuk Melayu dan Bumiputera terbela serta terpelihara seperti digariskan dalam Impian Nasional 2040.
BERJASA melancarkan aspirasi ‘Impian Nasional 2040’ yang menjamin politik dan kepimpinan matang serta berteraskan integriti dan profesionalisme.
Dokumen yang mengandungi enam(6) teras utama ini menggambarkan dengan jelas ciri-ciri Malaysia unggul dan bermaruah yang akan dijadikan sebagai panduan dalam merangka segala gerak kerja menjelang tahun 2040.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.