Showing posts with label Adun Balakong. Show all posts
Showing posts with label Adun Balakong. Show all posts

Friday, July 20, 2018

Kemalangan: ADUN Balakong maut

Astro Awani | Julai 20, 2018 01:31 MYT

Tien Chee maut dalam kemalangan di KM12 Lebuhraya Cheras-Kajang malam tadi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di KM12 Lebuhraya Cheras-Kajang malam tadi.

Menurut sumber polis, mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut.

View image on Twitter




Syah Hairizal
✔@syahhairizal


Adun Balakong YB Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di kilometer 12 lebuhraya Cheras- Kajang, kenderaan mangsa dipercayai dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang - Sumber Polis @501Awani
1:27 AM - Jul 20, 2018
37
149 people are talking about this

Monday, November 16, 2015

Blog pro-Umno patut desak siasat penyelewengan dana YaPEIM

KUALA LUMPUR 16 NOV: Blog pro-Umno, mykmu.net harus mendesak pihak berkuasa menyiasat penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), bukan menuduh DAP seolah-olah mahu melencong tumpuan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Ng Tien Chee, berkata ia perlu bagi memastikan dana YaPEIM digunakan untuk membantu umat Islam dan tidak disalah guna untuk politik termasuk mengkayakan segelintir ahli UMNO.
“Ini kerana dana YaPEIM untuk umat Islam, bukannya untuk UMNO. Menteri berkenaan dan kerajaan wajib menjawab keraguan yang timbul dalam kalangan pemberi sumbangan berikutan pendedahan itu.

“Adakah pemimpin UMNO turut menerima dana sumbangan orang ramai melalui potongan gaji bulanan kepada YaPEIM sebagai ‘derma’ kepada pemimpin berkenaan sedangkan ia sepatutnya disalur untuk amal jariah.

“Jika ya, mungkin itulah yang memupuk semangat Perdana Menteri dalam isu derma RM2.6 bilion,” katanya sambil membidas blog itu kerana menuduh DAP merancang pembongkaran skandal YaPEIM itu.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan sebuah keluarga pentadbiran atasan YaPEIM membolot 26 jawatan dengan jumlah gaji RM154,700 sebulan.

Seorang pimpinan wanita Umno Kelantan didakwa menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandangnya manakala anak lelakinya (RM31,200) dan suaminya (RM5,000), bermakna keluarga itu mendapat RM81,700 sebulan.

Seorang lagi pimpinan YaPEIM memperoleh pendapatan RM73,000.00 sebulan dengan memegang 12 jawatan, malah dana YaPEIM sebanyak RM223,000 disalur ke Rompin untuk membantu UMNO BN pada Pilihan Raya Kecil Rompin lalu.

Tien Chee turut mempersoal sama ada pelantikan pemimpin UMNO Wanita Kelantan dan ahli keluarganya sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (YaPEIM) melalui prosedur adil dan telus.

“Saya tidak menafikan YaPEIM banyak membantu umat Islam tetapi adakah ia bermakna pegawai-pegawai boleh berbuat suka hati dengan sumbangan itu?” kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-