Showing posts with label Himpunan Bersih 4.0. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Bersih 4.0. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Himpunan Hijau: Pas bukan hendak tunjuk hero

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Penganjuran Himpunan Fastaqim (H60K) yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 17 Oktober ini bukan untuk bersaing dengan himpunan lain sebaliknya hanya untuk menyatukan penyokong Pas.

Pengarah himpunan itu, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini, ramai orang bertanya kepadanya berhubung penganjuran himpunan itu dan menyifatkan seolah-olah H60K mahu menjadi juara di sebalik penganjuran himpunan-himpunan sebelum ini.

"Ramai kata kita cuba bersaing, kalau dilihat Himpunan Bersih 4.0 kita tidak perlu bersaing kerana kita benarkan ahli kita pergi, sementara Himpunan Baju Merah pula kita tidak perlu bersaing sebab kita memang bersaing sejak dahulu lagi dengan mereka (merujuk kepada Umno).

"Jadi saya hendak nafikan perkara ini, dan ia tiada kaitan langsung‎, kita buat untuk kukuhkan parti dan untuk rakyat lihat bahawa kita mampu menangani isu dalaman parti dengan cepat," katanya ketika menjadi panel dalam Forum Bicara Harakah di ibu negara, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: H60K terbuka kepada semua]

[ARTIKEL BERKAITAN: Warna hijau tapi H60K terbuka kepada semua]

Dalam pada itu, ketika mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, terdapat beberapa signifikan di dalam penganjuran himpunan itu disamping pemilihan simbol angka 60.

"Saya boleh sebut kita pilih angka 60 ribu ini sempena dengan umur 60 tahun Pas Kelantan, dan Pas sendiri 64 tahun walaupun sasaran kita harap himpunan itu dihadiri lebih 60 ribu.

"Tujuan himpunan ini adalah untuk mengukuhkan kekuatan Pas itu tujuan sebenar dan itu sambungan kepada himpunan Pas sebelum ini dengan niat hampir sama untuk mengukuhkan kesepaduan Pas.

"Untuk Pas dilihat sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu yang layak untuk memimpin negara Malaysia, sebagai sebuah parti yang bercita-cita tinggi untuk sampai ke Putrajaya dengan membawa agenda Islam dalam pemerintahan Malaysia," katanya.

Sunday, August 30, 2015

Rafizi Ramli akan membuat 'pendedahan' terbaharu tengah malam ini..........?

Pendedahan skandal terbaru Najib di kemuncak Bersih 4

KUALA LUMPUR, 30 ogos – Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli akan membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.

“Malam ini saya akan berucap lagi….ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.

“Kita mahukan kerajaan yang bersih,” katanya seperti dilapor Sinar online.

Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.

Saturday, August 29, 2015

Tiada komen untuk Pas - Kit Siang

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
29 OGOS 2015

Lim Kit Siang turut serta dalam himpunan Bersih 4.
KUALA LUMPUR - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai ketiadaan wakil Pas di Masjid Negara bagi menyokong perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung mulai hari ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk melihat sokongan rakyat tetapi yakin ramai akan bersama mereka dalan perhimpunan kali ini.

"Kita ada lokasi lain, masih awal saya belum dapat maklumat ditempatkan lain," katanya ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai di Masjid Negara.

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, Masjid Negara antara lokasi panas yang menjadi tumpuan peserta himpunan Bersih.

Namun sehingga jam 1 tengah hari tadi, kawasan sekitar Masjid Negara hanya dihadiri puluhan peserta sahaja.

Kit Siang ketika ditanya mengenai ketiadaan wakil Pas disitu beliau hanya berkata, "tiada komen untuk Pas".

Kawasan itu hanya mula dibanjiri peserta Bersih 4.0 sebaik ketibaan Kit Siang dan Presiden Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu.

Masjid Negara sebelum ini menjadi lokasi berkumpul pemimpin Pas, namun dalam satu kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyebut Pas tidak mengerah ahli-ahlinya untuk turun dalam perhimpunan Bersih 4.0.

Monday, August 24, 2015

Bersih 4.0: Pas tak kerah ahli atau penyokong sertai perhimpunan

Pendirian Pas untuk tidak mengerahkan ahli dan penyokong menyertai Himpunan Bersih 4.0 disebabkan tarikh penganjuran yang berselang sehari dengan sambutan Hari Kemerdekaan selain bertembung dengan program parti itu. Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos:

PAS tidak akan mengerahkan ahli-ahli dan penyokong ke Himpunan Bersih 4.0 yang dijadual pada 29 dan 30 Ogos ini, sekalipun bercadang menghantar wakil sebagai menyokong tuntutan Bersih dalam aspek pilihan raya telus dan adil.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pendirian untuk mengerahkan ahli serta penyokong berikutan beberapa program yang sedang dirancang parti politik itu.

Sekalipun, mengakui perhimpunan secara aman di mana rakyat dapat menyuarakan pandangan secara bebas dan tidak provokatif adalah amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang.

Namun, pada masa sama, tegasnya, ketenteraman awam dan kestabilan negara mesti dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak.

“Tarikh Himpunan Bersih 4.0 yang berselang sehari dengan tarikh sambutan Hari Merdeka 31 Ogos adalah dirasakan tidak sesuai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selain itu, kata Takiyuddin, tarikh penganjuran Himpunan Bersih 4.0 juga bertembung dengan Siri Jelajah Munaqasyah ucapan dasar presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak) yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap Sabtu dan Ahad, berakhir 3 Oktober depan.

Malah, pendirian Pas juga berdasarkan pertimbangan untuk mengadakan Kongres Rakyat pada 12 September depan, yang membabitkan ahli serta pimpinan Pas pelbagai peringkat di seluruh negara.

Turut dijangka terbabit, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan orang awam, bagi membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan penyelesaiannya konstruktif.

Sehubungan itu, beliau beranggapan, seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh bagi Kongres Rakyat.

Pada masa sama, katanya, Pas turut giat menganjurkan Himpunan 60,000 pada 17 Oktober depan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/24/bersih-4-0-pas-tak-kerah-ahli-atau-penyokong-sertai-perhimpunan/#ixzz3jk2rjma8

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-