Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

ROS tak berganjak, DAP mesti buat pemilihan semula

Kow Gah Chie 
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempertahankan keputusan mereka mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat daripada aduan anggota DAP sendiri.

"Setelah diselidiki, ROS berpuas hati maklumat daripada aduan-aduan tersebut adalah berasas," katanya kepada Malaysiakini.

DAP diarah mengadakan pemilihan semula pada 7 Julai lalu melalui suatu kenyataan terbuka dibuat ROS.

Langkah itu perlu dilakukan DAP kerana ROS menganggap pemilihan CEC yang diadakan pada 29 September 2013 sebagai tidak sah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudian menganggap arahan ROS berkenaan "pelik" kerana dibuat selepas empat tahun pemilihan semula itu berlangsung.

Malam tadi pula DAP menegaskan mereka menangguhkan pemilihan semula itu kerana mahu ROS menjelaskan lebih lanjut mengenai arahan yang dikeluarkan pada 7 Julai lalu.

Kata Lim, tindakan ROS itu dibuat berdasarkan "berita palsu".
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang turut meminta untuk mengadakan pertemuan dengan ROS bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil.

Mohammad Razin berkata memang wujud percanggahan di antara jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013.

ROS berpendapat pemilihan semula itu sepatutnya dijalankan dengan senarai digunakan pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjawab arahan ROS itu dan kegalalan berbuat demikian membolehkan parti terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Namun Lim berkata, surat rasmi daripada ROS bertarikh 17 Julai lalu pula menyatakan laporan DAP mempunyai 865 cawangan pada 2012 sebagai tidak tepat.

Katanya, jumlah dirujuk ROS itu dibuat berdasarkan artikel "Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC" dibuat oleh seseorang dikenali sebagai "Father Augustus Chen".

Justeru DAP kata Lim mempunyai beberapa pilihan, termasuk mengadakan pemilihan semula dalam keadaan protes, selain mencabar arahan ROS melalui undang-undang.

Mengenai keinginan DAP bertemu, Mohammad Razin berkata, sebarang penjelasan daripada ROS akan dibuat secara bertulis.

"Menjadi hak DAP (juga) untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

[Baca berita asal]
By Wak Labu Farm at July 20, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pemilihan CEC

Thursday, March 16, 2017

Utusan Malaysia minta maaf pada Guan Eng kerana memfitnah

 oleh Buletin Mutiara
GEORGE TOWN, 15 MAC: Utusan Melayu hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas kesilapan fakta dalam artikel “Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein” yang disiarkan akhbar itu pada 20 Ogos 2015.

Peguam Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Siti Nur Zulaikha Ibrahim melafazkan permohonan maaf itu di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Azmi Abdullah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Utusan Melayu adalah penerbit, pencetak dan pengedar akhbar, Utusan Malaysia.

“Kami memohon maaf kepada Yang Amat Berbahagia Tuan Lim Guan Eng atas kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan fakta di pihak kami dalam penyiaran berita asal tersebut,” kata Siti mewakili pihak defenden.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP melahirkan rasa gembira atas keputusan persetujuan penghakiman tersebut.

“Keputusan ini membersihkan nama baik saya daripada tuduhan rasuah itu,” katanya.

Sementara itu, peguam plaintif, Simon Murali pula memberitahu, pihak defendan akan menyiarkan keputusan penghakiman persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak itu di muka surat kedua dalam Utusan Malaysia secara wajar dalam tempoh tujuh hari.

Bagaimanapun jumlah pampasan yang dipersetujui kedua-dua pihak tidak didedahkan kepada umum.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menunjukkan tanda “bagus” sejurus keluar dari kamar mahkamah

Terdahulu, Shaik Hussein pada 5 Oktober 2012 seperti dilaporkan Utusan Malaysia menuduh Guan Eng melakukan rasuah, yang mana dinafikan sekeras-kerasnya oleh Adun Air Puteh itu.

Shaik Hussein menuduh Guan Eng menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC) yang dikaitkan dengan suatu projek pembangunan bercampur di atas sebidang tanah berhampiran Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin.

Selepas Guan Eng memfailkan saman ke atas Shaik Hussein yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda UMNO, penghakiman persetujuan pertama dicapai kedua-dua pihak.

Namun, Shaik Hussein dalam kenyataannya kepada pemberita ketika itu menafikan bahawa beliau ada memohon maaf atas kenyataan berunsur fitnah ke atas plaintif.

Malah, berita yang disiarkan dalam Utusan Malaysia ketika itu tidak mencerminkan maksud sebenar penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak.

Berikutan itu, Guan Eng merujuk Utusan Malaysia ke Mahkamah Tinggi, sehinggalah penghakiman persetujuan dicapai pada tengah hari tadi.

– Roketkini.com
By Wak Labu Farm at March 16, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Utusan Melayu

Monday, February 6, 2017

Ku Nan kini dakwa semua kaum 'dipinggirkan' di Pulau Pinang

Alyaa Alhadjri

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa bahawa bukan sahaja orang Melayu yang dipinggirkan di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

Sebaliknya, kata beliau, di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semua kaum diketepikan.

“Bukan Melayu saja dipinggirkan. Semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang!

“Dia pilih bangsa Melayu saja. Saya kata semua bangsa. Kalau kita di Wilaya Persekutuan boleh pastikan harga rumah berpatutan kepada rakyat, kita pastikan kita nak kurangkan kekangan hidup warga Wilayah.

“Masalah harga naik lain-lain. Dia (DAP) makan cili dia rasa pedas,” kata Tengku Adnan kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina kementeriannya di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya awal hari ini oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berhubung kenyataannya bahawa 'Melayu terabai di Pulau Pinang' .

Lim membuat laporan itu berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang dipetik agensi berita nasional Bernama pada Sabtu lalu sebagai berkata "Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu."
By Wak Labu Farm at February 06, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, melayu, Menteri Wilayah Persekutuan

Thursday, January 5, 2017

Cara DAP ikat PKR

 AIDCNEWS
“MEREKA merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya) dan Allah sebaik-baik perancangan.” (surah Ali Imran)

DAP sedaya upaya mungkin memastikan agar partinya menguasai dan memiliki. Demi menjayakan agenda tersiratnya, komponen takhta, harta dan wanita tersangat penting. Dalam pelbagai percaturan dan situasi, mereka mesti dilihat mengungguli.

Tidak pelik Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik. Itulah bukti petunjuk kepada matlamat ingin dicapai DAP.

Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya. Itulah ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat.

Sekiranya jawatan itu penting dan perlu atau DAP mempunyai perancangan yang lestari, sudah tentu selewat-lewatnya jawatan tersebut diwujudkan selepas PRU13 lalu iaitu penggal kedua menerajui Kerajaan Negeri.

Tetapi ia bukan sahaja wujud menghampiri hujung penggal atau PRU14 semakin dekat, malah setelah LGE sendiri telah mengumumkan pengganti jawatan KM itu. Bermakna jawatan itu bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi bermotif kepartian.

Dipilihnya itu pula ketika ini adalah orang penting PKR yang walaupun secara rasminya menetapkan kedudukan di dalam Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU, tetapi masih menunjukkan ‘sayang dan rindu’ kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku.

Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR. Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH – BERSATU.

Tidak sukar DAP untuk melakukan ‘jual beli’ sedemikian sementelah lagi diketahui umum akan ‘harga diri’ Saifuddin yang pernah bersalah atas kes fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maruah dan kepentingan rakyat daripada mandat diberikan bukan tanggungjawab padanya.

Malah, kurang seminggu lalu, DAP menzahirkan sikap hipokritnya apabila menggunakan status sebagai Kerajaan Negeri untuk memastikan projek perumahan di negeri itu dapat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Normal sahaja untuk kepentingan rakyat seperti itu kedua pihak mengadakan kerjasama. Malah, supaya tercapai kerjasama itu, pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang berurusan dengan seorang Adun BN Pulau Pinang.

Sehingga demikian rupa DAP ‘melutut’ kepada wakil BN yang selalu mereka bertelingkah itu. Bahasa mudahnya juga bodek dan ampu. Tidak mengapalah, silakan agar hak dan kepentingan rakyat diperoleh.

Tetapi bagaimana jika perkara seumpama dilakukan PAS. Sudah tentu diratib bala tentera upahan dan sekutu mereka dengan kalimah “UG, UG, UG, UG, UG” dan tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Seperti itulah nasib PAS lalui dalam usaha kerjasama untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali ringkas sebagai Akta 355. Sedangkan ia berlaku antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan (G to G) iaitu Exco Kerajaan Negeri bertemu Menteri, bukan wakil Umno.

Namun, segalanya boleh bagi mereka dengan mendalangi perang saraf, manipulasi dan sensasi. Reputasi PAS mesti dicalar sehabis mungkin setelah gagal diperkuda dan diperalatkan.

Biarlah DAP menyusun gerak perancangannya dengan himpunan segala dimilikinya demi menguasai. Tetapi PAS juga bertindak dan bersandar atas keyakinan iman bahawa semuanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Perkasa. 

– HARAKAHDAILY
By Wak Labu Farm at January 05, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bersatu, DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, PAS, PH, PRU14, Setiausaha Agong PKR, UMNO

Saturday, July 30, 2016

Guan Eng umum YB Chow bakal Ketua Menteri Pulau Pinang

 AIDCNEWS
AIDCNews – 30/7/16 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata apa-apa yang bakal terjadi ke atas dirinya, Pengerusi DAP Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow merupakan calon terbaik bagi menggantikannya.

YB Chow merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun beliau bukanlah salah seorang daripada dua orang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dua Timbalan Ketua Menteri itu ialah Rashid Hasnor (ADUN PKR Pantai Jerejak), Timbalan Ketua Menteri 1 yang memegang bidang kuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan dan P Ramasamy (ADUN DAP Perai), Timbalan Ketua Menteri 11, di bawah bidang kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi .

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran di Mahkamam Tinggi Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
By Wak Labu Farm at July 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Sunday, July 24, 2016

"Kenapa Najib didesak letak jawatan tetapi Guan Eng tak perlu'

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan pembangkang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti atau meletak jawatan menyerlahkan sikap hipokrit mereka.

Menurut beliau, ini jelas menunjukkan sikap ‘pilih kasih’ apabila desakan seumpamanya tidak dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdepan dakwaan rasuah.

“Dalam kes Guan Eng, yang jelas kes jenayah mereka pertahankan, tak perlu letak jawatan atau bercuti.

“Tapi dalam kes sivil ini, tidak ada pun dinamakan perdana menteri sebagai defendan, tiba-tiba mereka suruh perdana menteri letak jawatan. Nampak betapa mereka mempolitikkan isu ini dan mereka bercakap tidak konsisten…pilih kasih,” katanya, memetik laporan Umno Online.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, isu itu sengaja digembar-gemburkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan oleh Lim.

Tambah beliau, banyak pihak telah minta Lim berhenti tapi telah dipertahankan oleh semua ahli majlis tertinggi DAP dan juga pemimpin pakatan pembangkang yang lain.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Umno Online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu berkenaan tidak menjejaskan sektor pelaburan dan perdagangan negara.

“Kita tak boleh nak buat andaian. Ini bukan masa kita buat andaian (mengenai impak terhadap 1MDB terhadap pelaburan negara).

“InsyaAllah kita bersama-sama dalam prinsip tanggungjawab bersama bagi memastikan negara Malaysia akan terus ditadbir dan diuruskan dengan sebaik mungkin…maknanya pelaburan dan sebagainya berjalan dengan baik,” ujarnya lagi.
By Wak Labu Farm at July 24, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Monday, July 4, 2016

Kes LGE seperti ulang tayang kes Anwar

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
4 JULAI 2016
Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
GEORGETOWN - Pakatan Harapan memberi jaminan tidak akan menganiaya rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pemerintah yang baik tidak sesekali akan menganiaya rakyat seperti mana yang dipraktikkan kerajaan pada masa kini.

Menurutnya, pakatan itu juga tidak akan menggunakan kuasa yang diberikan sewenang-wenangnya sehingga menjurus kepada penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat.

"Saya terpanggil untuk menyertai solidariti Ketua Menteri Lim Guan Eng ini kerana ia seperti ulang tayang apa yang berlaku ke atas bapa saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah bukti penyalahgunaan kuasa apabila mereka menahan individu yang bertungkus-lumus membela hak rakyat. Perilaku menyalahgunakan kuasa ini tidak boleh dibiarkan kerana kita sebagai rakyat akan menjadi mangsa, tidak kira siapa anda...dan yang terbaru adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Cakap sikit kena tahan, kena dakwa.

"PKR akan menyokong Guan Eng sehingga ke titisan terakhir kerana kita tahu, dia tidak bersalah. Tiada pendakwaan terhadapnya, tetapi disebabkan mereka tidak senang dengan kebaikan yang dibawa olehnya (Guan Eng) maka dia diheret ke mahkamah. Saya kagum dengan kehadiran rakyat yang sama-sama memberi sokongan kepada solidariti ini. Ia bukan sahaja untuk menuntut keadilan untuk Guan Eng sebaliknya sebagai perjuangan reformasi keadilan untuk rakyat," katanya ketika berucap di Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, perjuangan agen reformasi adalah demi pembaharuan badan kehakiman dan polis bagi mewujudkan sebuah negara yang adil selain menyekat kerajaan BN daripada terus merampas hak rakyat.

"Saya jamin, jika diberi mandat untuk memerintah negara, Pakatan Harapan tidak sesekali menganiaya rakyat sepertimana yang berlaku sekarang. Oleh itu, saya mohon agar rakyat menyokong gerakan reformasi demi masa depan negara.

"BN mengamalkan dasar memecah dan mentadbir rakyat mengikut kaum berbanding dengan Pakatan Harapan yang mempunyai prinsip. Pakatan Harapan akan menawan seluruh Malaysia dan menjatuhkan BN mengikut lunas undang-undang untuk menyelamatkan Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik," katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 penyokong berkumpul di Dewan Sri Pinang di sini untuk memberi sokongan selain mendengar penerangan dari beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan berhubung penahanan Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu.
By Wak Labu Farm at July 04, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pakatan Harapan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Saturday, July 2, 2016

Guan Eng jadi mangsa strategi BN alihkan perhatian, kata AMANAH

Dakwaan rasuah yang mendepani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah percubaan BN untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang lebih penting, kata Parti Amanah Negara (AMANAH) cawangan Perak.

"Dakwaan ke atas Guan Eng adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu besar seperti 1MDB, derma ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dan pergolakan dalaman Umno," kata Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi dalam kenyataan, hari ini.

Umno juga mahu mengalihkan perhatian daripada isu pemecatan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

AMANAH Perak tetap tegas menyokong Guan Eng, ujar Asmuni, dan menyifatkan tuduhan terhadap beliau bermotifkan politik dan berniat untuk meletakkan kepimpinan Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir.

Oleh itu, rakyat perlu memberi tekanan kepada kerajaan untuk menumpukan kepada isu-isu penting melibatkan kepentingan negara, bukan hal-hal yang membelenggu BN sahaja, tambah beliau.

Guan Eng ditahan pada Rabu yang lalu selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Beliau dibenarkan ikat jamin dengan bayaran sebanyak RM1 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada hari berikutnya.

[Baca berita penuh]
By Wak Labu Farm at July 02, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB, BN, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Parti Amanah Negara (Amanah)

Friday, July 1, 2016

DAP minta derma RM10 seorang untuk Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP Pulau Pinang hari ini merayu kepada rakyat Malaysia supaya menderma RM10 seorang kepada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.

Naib Pengerusinya Zairil Khir Johari mendakwa parti DAP dan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mampu menampung wang ikat jamin RM1 juta.

“DAP Pulau Pinang menerima banyak permohonan daripada rakyat yang mahu menyumbang wang bagi membayar ikat jamin. Kepada seluruh rakyat yang mahu membantu, kami menggalakkan anda menderma RM10 seorang kepada DAP Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah bertegas beliau masih Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
– MYNEWSHUB.CC



By Wak Labu Farm at July 01, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, wang ikat jamin RM1 juta

DAP dipimpin oleh orang yang didakwa rasuah di mahkamah?

 AIDCNEWS

AIDCNews – 30/6/16 – DAP dilihat mengamalkan politik double standard dan pendakwaan terpilih di mana individu yang dituduh di mahkamah mengamalkan rasuah dikekalkan memegang jawatan parti tanpa sebarang tindakan disiplin, sementara individu yang tidak dikenakan apa-apa pertuduhan mahkamah dipecat parti.

Politik double standard dan pendakwaan terpilih yang diamalkan DAP itu didedahkan oleh Roslan Abdullah yang membandingkan kes Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan kes ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng.

“Memecat ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng atas TUDUHAN menyalahgunakan wang SUMBANGAN, sedangkan kes PEMECATAN ini dibuat tanpa Loh Chee Heng disiasat oleh pihak berkuasa SPRM dan TIADA SEBARANG DAKWAAN di MAHKAMAH,”katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan tindakan DAP menggantungkan keahlian parti selama setahun terhadap bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang juga ADUN Duyong atas tuduhan “mengeluarkan kenyataan yang meroskan imej parti”.

“Berbanding dengan kedua-dua kes yang DAP telah ambil tindakan (menggantung dan memecat kedua-dua pemimpin DAP ini), tuduhan yang dibuat ke atas Guan Eng adalah lebih besar dan lebih serius – dan SEPATUTNYA Guan Eng digantung dari DAP untuk melancarkan siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atasnya,”katanya.

Roslan Abdullah berpendapat pertuduhan di mahkamah terhadap Guan Eng adalah sama seperti kes pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini.

“Senario kes Guan Eng adalah hampir sama dengan kes Khir Toyo – dan Khir Toyo didapati BERSALAH oleh MAHKAMAH,”katanya lagi.
By Wak Labu Farm at July 01, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Thursday, June 30, 2016

'Dulu LGE minta orang lain bercuti, sekarang?'

MCA mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa rakyat sedang memerhati sama ada beliau cakap serupa bikin dengan bercuti sementara menunggu kes pendakwaan rasuah terhadapnya selesai.

“Sebelum ini, dia minta orang lain letak jawatan dan bercuti.

"Sekarang giliran kamu, rakyat akan lihat apa dia mahu buat,” kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga menteri pengangkutan.

Liow berkata ketika selepas pelancaran jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang di Putra Heights, Puchong hari ini.

Ditanya lagi sama ada Lim patut bercuti, Liow berkata:

“Saya serah pada dia. Kerana rakyat memerhati.

“Dia patut ada kebijaksanaan itu.”

Liow sebelum itu mengingatkan Malaysiakini supaya tidak memutar belit kenyataannya.

Beliau juga berkata Malaysia mengamalkan sistem perundangan yang baik.

“Kita semua tahu kita sebuah negara demokratik. Proses pendakwaan telus.

“Biar dia jawab di mahkamah,” katanya merujuk dakwaan tuduhan terhadap Lim bermotif politik.

Lim yang juga setiausaha agung DAP hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi George Town atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Lim, sebagai penjawat awam Pulau Pinang, didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan bagi diri dan isteri, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Dia didakwa bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim juga didakwa mendapatkan lot tanah dan rumah di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon bawah harga pasaran ketika mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).

Bagi pertuduhan itu Lim didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

[Baca berita asal]
By Wak Labu Farm at June 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, MCA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Guan Eng didakwa di bawah Akta SPRM hari ini

Guan Eng ditahan pegawai SPRM. - Foto Sinar Harian
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Guan Eng dan Li Khoon ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Khoon dijadual pada jam 10 pagi.

Sementara itu, polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Guan Eng dan Li Khoon dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng akan didakwa esok pagi]

"Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah atas faktor keselamatan. Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis," katanya ketika dihubungi.

Guan Eng sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Li Khoon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Pada Mei lepas, Guan Eng dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas. - Bernama
By Wak Labu Farm at June 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kronologi kes penahanan Guan Eng

Guan Eng
GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini:

17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.

22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.

6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.
- Bernama
By Wak Labu Farm at June 30, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Wednesday, June 29, 2016

Guan Eng akan didakwa esok pagi

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 JUN 2016
Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada jam 5.45 petang. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengikut Akta SPRM 2009 pagi esok di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategi SPRM, selain Guan Eng, terdapat seorang lagi wanita bergelar ahli perniagaan akan dituduh di mahkamah sama.

Sementara itu, dalam kenyataan SPRM sebelum itu, setiausaha agung DAP itu dan wanita berkenaan ditahan petang tadi selepas SPRM mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah.

"Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada jam 5.45 petang.

"Sementara itu, wanita berkenaan ditahan jam 4.15 petang di pejabatnya di Penang Garden hari ini," kata kenyataan itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi]

Guan Eng ditahan sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.

Beliau dibawa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.

Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.

Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
By Wak Labu Farm at June 29, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Friday, May 20, 2016

Guan Eng minta Hadi jelaskan laporan kata-kata kesat daripada PAS

 Send by Email
George Town – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai laporan kata-kata kesat yang dikeluarkan PAS terhadap DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Abdul Hadi perlu membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

“Sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP malah kepada orang bukan Islam.

“Saya amat terkejut dengan tindakan Abdul Hadi yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas DAP secara khususnya kepada orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim turut mengesyorkan Abdul Hadi mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan bagi membersihkan namanya.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Abdul Hadi dilapor mengarahkan ketiga-tiga exco di Selangor supaya tidak meletak jawatan dan bersedia untuk dipecat daripada kerajaan Selangor.

Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Terengganu itu, Abdul Hadi dilapor berkata PAS ‘lebih rela menjadi tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP’ (the party would rather herd the cows of UMNO than herd the pigs of DAP). – Bernama

Read more http://www.kualalumpurpost.net/guan-eng-minta-hadi-jelaskan-laporan-kata-kata-kesat-daripada-pas/
By Wak Labu Farm at May 20, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, UMNO

Saturday, April 16, 2016

PAS gesa SPRM percepat siasatan terhadap Guan Eng

PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung kes penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, SPRM perlu segera menyiasat aduan yang telah dibuat berkaitan kes berkenaan demi kepentingan dan keadilan semua pihak.

"Pihak berkuasa harus bertindak segera dengan memanggil semua pihak berkaitan dalam isu tersebut sama ada yang dianggap suspek mahupun berkemungkinan menjadi saksi," Utusan Malaysia melaporkannya sebagai berkata.

"Tindakan segera berdasarkan undang-undang dan prosedurnya harus diambil tanpa lengah lagi memandangkan pihak yang terdakwa (Guan Eng) sendiri menyatakan sedia untuk disiasat," kata laporan itu lagi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Bagi membuktikan tuduhan rasuah terhadapnya tidak berasas, Lim juga sebelum ini turut meminta SPRM segera menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumahnya yang dilapor berharga RM2.8 juta.
By Wak Labu Farm at April 16, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, PAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sunday, March 27, 2016

Guan Eng perlu atasi isu bukan alih perhatian rakyat - Khairy Jamaluddin

Guan Eng tidak sepatutnya menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.
PERMATANG PAUH: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.

“Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata, pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

“Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosedur yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan,” katanya.

-Bernama
By Wak Labu Farm at March 27, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

Saturday, March 26, 2016

Aktivis DAP akui Lim Guan Eng sudah jadi liabiliti ?

 AIDCNEWS

AIDCNews – 25/3/16 –  Keputusan DAP Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk membincangkan isu banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis boleh dibaca sebagai isu yang melanda Ketua Menteri Lim Guan Eng jika tidak ditangani dengan betul bakal memberi liabiliti kepada parti.

Apatah dengan tampilnya dua orang kuat Guan Eng bangkit membela bossnya itu.

Mereka adalah Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang dan Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan.

Ng dan Liew menganggap isu banglo dan tanah di Taman Manggis sebagai serangan Barisan Nasional (BN) untuk membunuh karier politik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Namun, hujah yang dianggap sebagai menaglih isu itu dipatahkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Chin Tong, bukan BN yang memaksa Guan Eng supaya membeli hartanah tersebut (banglo) daripada wanita ini (Phang Li Koon) yang bossnya (Tang Yong Chew) adalah pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre) itu.

“Dan bukan BN yang meminta Ambiga dan Majlis Peguam supaya mencadangkan Guan Eng berundur (daripada jawatan Ketua Menteri).

“Masa, penjualan dan harga banglo tidak ditentukan oleh BN. Jadi bagaimana YB Liew Chin Tong dan Ng Wei Aik boleh cuba untuk menyalahkan ia sebagai konspirasi BN untuk pilihan raya Sarawak?,” soal Abdul Rahman dalam Twitternya.

Menjawab kenyataan Ng yang mempertahankan Guan Eng tidak tahu tentang harga pasaran kerana beliau seorang akauntan dan bukannya penilai hartanah, Abdul Rahman berkata alasan itu juga boleh diguna pakai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Menurut Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik), Guan Eng adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai.

“Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?,”bidasnya.
By Wak Labu Farm at March 26, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Pengarah Strategik Komunikasi BN

Isu banglo Guan Eng timbulkan persepsi buruk, kata Duta Malaysia ke Indonesia

by NUR NISA SIDRAH ABDULLAH

JAKARTA: Siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa membeli banglo di bawah harga pasaran perlu disegerakan demi menjaga imej negeri itu sebagai destinasi pelaburan asing, kata Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau berkata, isu itu boleh menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan ahli perniagaan di Indonesia yang banyak melabur di Pulau Pinang kerana ia seolah-olah menunjukkan berlaku perkara negatif dalam pemerintahan kerajaan negeri.

“Pulau Pinang mempunyai hubungan yang istimewa dengan Indonesia terutamanya dengan Medan dan disebabkan itu imej Ketua Menteri dan kerajaan negeri sangatlah penting bagi memastikan nama baik Pulau Pinang tidak terjejas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, siasatan menyeluruh termasuk oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu supaya isu itu tidak lagi menjadi perdebatan awam.

Pembelian banglo oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Guan Eng dalam dalam kenyataannya berkata, pembelian banglo itu adalah atas persetujuan penjual-pembeli dan beliau bersedia untuk disiasat mengenainya. – BERNAMA
By Wak Labu Farm at March 26, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Thursday, March 24, 2016

PERKASA cabar Lim bukti 'kejantanan', undur sementara

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Lim Guan Eng perlu membuktikan “kejantanannya” dengan meletak jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Kata Ibrahim, sekiranya siasatan yang dilakukan mendapati Lim bersih dari sebarang salah laku rasuah, beliau boleh mendapatkan jawatannya semula sebagai seorang hero.

“Wahai Lim Guan Eng, buktikanlah kejantananmu dengan mengambil langkah undur diri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang (dan) biar SPRM menyiasat ke akar umbi.

“Dan apabila selesai penyiasatan, jika didapati bersih dan tiada unsur rasuah atau apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan salah, Lim Guan Eng akan kembali sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan seorang hero,” kata Ibrahim.

Sebelum ini anggota parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan pembelian rumah Lim yang RM2.8 juta bawah harga pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Kes itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Ibrahim berkata sekiranya Lim mengambil langkah melepaskan jawatannya ia akan menunjukkan setiausaha agung DAP seorang yang konsisten dalam memerangi isu rasuah.

“Lim Guan Eng mesti tunjuk sikap konsistennya dalam memerangi rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Keengganannya untuk bercuti atau undur diri hanya meletakkan diri nya sebagai cakap tak serupa bikin atau bersifat hipokrit.

“Apakah Lim Guan Eng ini ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih sebelum ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Lim hari ini enggan melayan desakan supaya beliau mengambil cuti sementara menunggu siasatan SPRM.

Menurutnya, desakan sama kepada Datuk Seri Najib Razak tidak dibuat dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
By Wak Labu Farm at March 24, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Comments (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Mayat reput ditemukan dalam bungkusan kanvas di Pulau Angsa
    1 hour ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    7 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • Journal Pak Abu
    Pengalaman bersiaran terus dari aplikasi TikTok macam ada siaran TV sendiri
    2 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • AGEN DSAI....
    Pejuang Rakyat Anwar Ibrahim tibai Muhyiddin... Terbaru dalam Parlimen.
    5 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    7 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    7 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    4 years ago
  • TAZKIRAH
    Ayat Penawar Sakit
    6 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    6 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Suami Isteri Warga Emas Maut, Empat Lagi Mangsa Cedera Dalam Kemalangan Babit Dua Kenderaan di Temerloh Petang Semalam
    3 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    10 months ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    7 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.