Showing posts with label Menteri Pengangkutan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Pengangkutan. Show all posts

Thursday, February 27, 2025

Caj kesesakan boleh kurangkan kesesakan lalu lintas di KL, kata menteri

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 27, 2025 12:08 PM
PARLIMEN l Kerajaan percaya caj kesesakan boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sebanyak 20 peratus dan menjimatkan sehingga berbilion-bilion ringgit kerugian akibat masalah itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan negara mengalami kerugian RM20 bilion akibat kesesakan lalu lintas.
“Ini bermakna, dianggarkan bagi setiap 1 peratus kesesakan yang berjaya dikurangkan, terutamanya di Central Business District (CBD) – dengan izin – seperti Bukit Bintang, Lembah Pantai, Setiawangsa dan Wangsa Maju, kerajaan dapat mengurangkan kerugian negara sebanyak RM200 juta,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Zaliha menjawab soalan Azman Nasrudin (Perikatan Nasional-Padang Serai).

Katanya, kerajaan telah mengenal pasti tiga bandar utama yang berpotensi untuk melaksanakan caj kesesakan, dengan dua lagi adalah George Town di Pulau Pinang dan Johor Bahru di Johor.

Dr Zaliha berkata, berdasarkan kajian awal, beberapa mekanisme pelaksanaan telah digunakan di bandar-bandar antarabangsa turut dipertimbangkan.
Antaranya, sistem di New York yang mengenakan caj berdasarkan pembacaan nombor plat kenderaan secara automatik dan sistem di Singapura, yang mana caj kesesakan dikenakan secara elektronik mengikut zon dan waktu tertentu.

Turut dikaji adalah sistem di London yang mengenakan caj tetap ke atas kenderaan yang memasuki kawasan bandar tertentu pada waktu puncak; dan sistem di Jakarta dan Beijing yang penggunaan kenderaan persendirian dihadkan berdasarkan nombor plat ganjil atau genap pada hari-hari tertentu.

Kata Zaliha, caj kesesakan telah terbukti mengurangkan kesesakan lalu lintas antara 20 peratus dan 30 peratus di London dan Stockholm, manakala di Singapura dan New York antara 10 peratus dan 15 peratus.

“Jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan sekitar 20 peratus.

“Supaya berjaya, kadar caj ini tidak boleh terlalu rendah, dan hendaklah ditetapkan kepada suatu nilai yang akan menyurutkan – atau dengan izin – discouraged pengguna daripada melalui jalan tersebut.

“Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj tersebut menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya.

Zaliha berkata, Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya yang mencatatkan purata kenderaan keluar masuk sebanyak 1.5 juta sehari dan purata 24 jam, dan dalam satu-satu masa, terdapat enam juta kenderaan di dalam ibu kota.

Dia juga mengajui pengguna jalan raya buat masa ini lebih memilih untuk membawa kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam disebabkan kelemahan dalam first mile – last mile.

“Dalam hal ini, saya senada dengan Menteri Pengangkutan bahawa penguatkuasaan caj kesesakan tidak sesuai dilakukan sebelum sesebuah bandaraya mempunyai integrasi sistem pengangkutan awam yang lengkap.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian caj kesesakan oleh Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan MGTC (Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation).

Sunday, January 26, 2025

'Tahun ini tidak lagi dengar rungutan tiket mahal' - Loke

hmetro.com.my
BERNAMA
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook beramah mesra bersama penumpang semasa majlis pelepasan penumpang penerbangan lewat malam dengan tambang tetap pertama Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau dan Sandakan untuk sambutan Tahun Baharu Cina, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam ini. FOTO BERNAMA

Sepang: Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum pada musim perayaan, berjaya mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kejayaan itu terbukti setelah setahun kerajaan MADANI melaksanakan pemberian subsidi sempena musim perayaan di negara ini.

"Tahun ini kita tidak lagi dengar rungutan di media sosial tentang tiket mahal seperti RM2,000 untuk balik Tawau atau Sandakan. Semuanya terkawal dan ramai yang mengambil peluang dengan tambang tetap ini.

"Setelah setahun kita melaksanakan dasar menetapkan kadar tambang tetap atau tambang maksimum, kita dapat lihat hasilnya. Harga tiket dapat dikawal dan tiada lagi aduan harga tiket (penerbangan) melambung seperti sebelum ini," katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dan Sandakan, Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarbangsa (KLIA) Terminal 1 (T1) di sini hari ini.

Loke berkata walaupun kerajaan menetapkan kadar tambang penerbangan maksimum berjumlah RM499 pada musim perayaan, namun terdapat syarikat penerbangan yang menawarkan harga lebih rendah.

"Ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap serendah RM300 bagi penerbangan khas waktu malam. Usaha ini membuktikan intervensi kerajaan berjaya meringankan beban rakyat," katanya.

Mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Loke berkata keputusan kerajaan melanjutkan pemberian subsidi adalah tepat, kerana mendapat sambutan menggalakkan dengan kapasiti tempat duduk dalam pesawat mencecah 95 peratus.

"Ini termasuk bagi penerbangan balik dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur. Selain MAS, syarikat penerbangan lain seperti AirAsia dan Batik Air turut menambah penerbangan untuk memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim perayaan ini," katanya.

MAS sebelum ini mengumumkan 102 penerbangan tambahan pada waktu malam, menjadikan jumlah keseluruhan 219 penerbangan mingguan sepanjang musim perayaan ini.

MAS menawarkan tambang tetap sehala bermula RM349 ke Sabah dan Sarawak.

Tuesday, August 20, 2024

Pajak tren dari China: Loke jamin kakitangan KTMB tak hilang kerja

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 20, 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini memberi jaminan bahawa pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan hilang pekerjaan apabila kerajaan memperoleh 62 tren tambahan dari China melalui kaedah pajakan.

Bercakap pada sidang media hari ini, Loke berkata kerajaan tetap akan menggunakan khidmat pekerja tempatan untuk menyenggara dan membaiki tren baru itu.

"Ini sesuatu yang memang telah pun kita bincangkan sebelum membuat keputusan. Jadi tak ada apa yang perlu dibimbangi oleh pihak RUM (Kesatuan Pekerja-Pekerja Kereta Api Tanah Melayu).

"Tak ada sesiapa yang akan hilang kerja. Jadi mereka tak perlu bimbang. (Inisiatif) ini ialah untuk mempertingkatkan dan memperkasakan perkhidmatan KTM supaya perkhidmatan ini lebih diterima oleh rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis di ibu pejabat MRT Corp di Kuala Lumpur.

Loke mengulas kenyataan RUM Ahad lalu yang membangkitkan kebimbangannya terhadap keputusan kerajaan memperoleh tren tambahan dari China melalui kaedah pajakan dalam perjanjian bernilai RM10.7 bilion.

Kesatuan itu antara lain melahirkan kebimbangan bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada pekerja sedia ada, terutama mereka yang bekerja di bahagian penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO).

Mengulas lanjut, Loke berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti keluhan orang ramai terhadap perkhidmatan KTM yang didakwa merosot dan kurang memuaskan.

"Itu sebabnya kita terpaksa mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menambah bilangan tren supaya perkhidmatan itu dapat ditambah baik dan dapat diperbanyakkan lagi," katanya sambil menambah kos pajakan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Minggu lalu, Loke mengumumkan kabinet bersetuju melaksanakan strategi baru perolehan aset tren-tren penumpang untuk rangkaian kereta api KTMB dengan kaedah pajakan melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Malaysia dan China.

Loke berkata, pada masa ini tren-tren penumpang terutamanya untuk perkhidmatan ETS dan KTM Komuter menghadapi cabaran daripada segi ketersediaan dan kebolehpercayaan.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Tuesday, May 26, 2020

Masalah pemandu mabuk semakin parah, cadangan Menteri tidak praktikal, Pas pula membisu

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON
May 26, 2020 5:50 pm


Kerajaan digesa untuk lebih bertanggungjawab menyelesaikan isu pemandu mabuk ketika ini yang menyebabkan kecederaan dan kematian membabitkan orang awam tidak bersalah.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sama sekali dilihat tidak prihatin dalam menangani isu pemandu mabuk.

Dakwanya, kerajaan lebih banyak membisu dan gagal memberikan sebarang penyelesaian praktikal ke atas masalah yang timbul biarpun kes kemalangan disebabkan pemandu di bawah pengaruh alkohol telah meragut banyak nyawa.

Lebih-lebih lagi apabila Pemuda Pas dalam satu rakaman videonya pula dilihat langsung tidak memperjuangkan pengharaman penjualan arak, berbeza tingkahnya seperti semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Pemuda Pas pula kini membuat pusingan U. Dalam satu video yang viral, Naib Pemuda itu menyatakan arak dibenarkan dijual kerana ianya pendapatan negara.

“Tiada lagi suara-suara mahu menghalang arak daripada dijual. Mengapa sikap Pas berubah setelah menjadi kerajaan?

“Apakah setelah dilantik menjadi Menteri MEWA, mendapat (jawatan) GLC, (Timbalan Presiden) Tuan Ibrahim dan Pemuda Pas lupa dengan perjuangan mereka?,” soalnya sambil membangkitkan kenyataan Wee Ka Siong yang pernah mencadangkan agar individu mabuk menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat kurang bijak dan ala kadar sebagai respon kepada isu yang timbul ketika ini.

Kerana pada hakikatnya Shazni berkata, pemandu E-hailing juga tidak mahu mengambil risiko membawa penumpang mabuk dalam kenderaan mereka.

Sebaliknya, cadangan Menteri Pengangkutan itu dikatakan hanya akan memberi ruang kepada jenayah lain yang akan berlaku.

Sementara itu, Shazni berpendapat, adalah lebih baik agar PN meneruskan usul PH yang mahu meminda undang-undang berkait pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah.

“Namun, setelah Langkah Sheraton merompak mandat rakyat, pindaan ini tidak dapat dibawa ke Dewan Rakyat seperti dijadualkan.

“Malah dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini, usul ini tidak dibawa kerana keengganan kerajaan mengadakan sidang Parlimen lebih lama.

“Inilah kesannya pengkhianatan mandat rakyat yang akhirnya menyaksikan nyawa rakyat terus diancam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Semalam, seorang kakitangan Alam Flora maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dalam kejadian jam 9.38 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Terdahulu awal bulan Mei ini juga, seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk.

Wednesday, April 8, 2020

Khidmat Ean sebagai pengerusi PKA ditamatkan


Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong, menamatkan khidmat Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) berkuat kuasa 1 Apr lalu.

Mengesahkan hal itu Ean berkata surat daripada Wee itu diterimanya pada petang tadi.

"Saya telah menerima surat penamatan pelantikan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang yang berkuat kuasa pada 1.4.2020 petang tadi," katanya melalui hantaran di media sosial.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu ialah gambar surat dimaksudkan Ean.

Berdasarkan dokumen itu Wee yang juga presiden MCA berkata langkah menamatkan khidmat Ean itu selaras dengan pembentukan kerajaan baru pada 9 Mac lalu.

"Kementerian ini telah meneliti dan menyemak semula keanggotaan semua pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan berkanun persekutuan dan agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Sehubungan dengan itu adalah diputuskan bahawa perkhidmatan YB sebagai pengerusi lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang ditamatkan berkuat kuasa 1 April 2020," katanya.

Menurut Ean beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga PKA yang memberi kerjasama kepadanya sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan.

"Akhir sekali, saya juga merakamkan penghargaan kepada warga industri logistik dan operator Pelabuhan Kelang atas sokongan yang diberikan bagi meneruskan misi kita menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan yang terunggul di rantau ini," katanya.

Ean, 41, dilantik sebagai pengerusi PKA pada 18 Mei tahun lalu.

Bekas exco Selangor itu merupakan Adun Seri Kembangan untuk penggal ketiga.

Semasa pentadbiran BN sebelum ini jawatan pengerusi PKA memang diisi pemimpin kanan MCA.

Wednesday, February 12, 2020

Bentang segera pindaan hukuman terhadap pemandu mabuk, gesa Pemuda AMANAH

Oleh MALAYSIA DATELINE
           February 12, 2020 9:49 am


Pemuda AMANAH mendesak supaya pihak kerajaan dapat segera meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, pengumuman untuk pindaan undang-undang ini yang telah dibuat pada Januari perlu disegerakan memandangkan kes-kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat.

Kes terbaru katanya, adalah kemalangan maut melibatkan dua pemuda yang menunggang motorsikal dilanggar wanita mabuk di Butterworth awal pagi semalam.

“Pemuda AMANAH melihat pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk Seksyen 41, 44 dan 45 perlu dibentang secepat mungkin supaya pindaan yang mengenakan hukuman lebih berat ini dapat menjadi peringatan kepada pemandu dan mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan mabuk.

“Undang-undang di Malaysia menetapkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

“Kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyarankan pihak Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan supaya memberi sepenuh perhatian kepada proses pindaan ini.

Ujarnya, pindaan akta ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang sedia ada yang melarang pemandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Pemuda AMANAH juga katanya, mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi dan Allahyarham Muhammad Amin Najmi Azaman yang meninggal dunia akibat kemalangan dilangar pemandu mabuk semalam.

Pada 29 Januari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan kerajaan bersetuju secara berprinsip untuk mengetatkan undang-undang sedia ada berkenaan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Loke berkata kajian dan perbincangan akan dibuat sebelum membawa cadangan pindaan undang-undang ke sidang Parlimen.

Menurutnya lagi, perbincangan akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dapat dibawa ke sidang Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/bentang-segera-pindaan-hukuman-terhadap-pemandu-mabuk-gesa-pemuda-amanah/

Thursday, May 9, 2019

Dulu pasang cermin gelap, duit tak masuk kocek kerajaan

By Mohd Zaini Samsu Hadi
- 9 Mei 2019

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (tengah), Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid (kiri) dan Setiausaha Politik, Datuk Dahlan Maamor (kanan) menunjukkan statistik dan keratan akhbar pada sidang media mengenai keputusan kerajaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan motor di Kementerian Pengangkutan, Presint 4, Putrajaya.
 foto NOOREEZA HASHIM, 09 MEI 2019.

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membidas Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kritikannya terhadap kutipan kerajaan sebanyak RM5,000 bagi pemasangan setiap cermin gelap.

Menurut beliau, kerajaan memang memandang kepada kutipan tersebut tetapi tidak bermakna semua yang memohon akan diluluskan.

Malah katanya, mereka yang memohon untuk mendapatkan kelulusan terhadap pemasangan cermin gelap itu perlu mengikuti proses saringan tertentu yang dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa.

Katanya, pelbagai aspek diambilkira dalam terutama mengenepikan permohonan kepada individu yang ada mempunyai rekod jenayah.

“Saya nak respon kepada Liow, kita bukan sewenang-wenangnya. Dia sendiri mengakui ada pihak dalam JPJ yang boleh bagi pengecualian kepada sesetengah individu.

“Bagi saya, orang-orang tertentu ini semuanya berpangkat, orang yang ada kedudukan dalam masyarakat. Saya sendiri dapat banyak surat daripada tan sri, daripada datuk.

“Kalau nak jaga hati tan sri itu saya boleh sahaja luluskan. Dia akan cukup gembira tetapi saya memilih untuk tak nak beri tan sri itu gembira, siapa saja yang datang (pohon pasang cermin gelap) mereka kena bayar duit kepada kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Tiong Lai bekas menteri pengangkutan mempersoalkan keputusan menteri membenarkan pemandu menggunakan cermin sisi dan bahagian lebih gelap.

Beliau turut bertanya sudahkah kerajaan menghimpunkan pandangan daripada pihak berkuasa dan pemegang taruh yang berkenaan sebelum membuat keputusan.

Tiong Lai turut berkata keputusan kerajaan mengutip RM5,000 daripada pemilik kenderaan yang mahu menggunakan cermin gelap sepenuhnya seolah-olah ia memikirkan tentang hasil.

Mengulas lanjut, Anthony terpanggil untuk menyerahkan kuasanya terhadap perkara itu kepada Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Bagaimanapun katanya, Shaharuddin tidak boleh membuat keputusan sendiri sebaliknya apa sahaja yang diputuskan mestilah melalui jawatankuasa.

“Kita nak pastikan ada semak dan imbang supaya bukan seorang ketua pengarah boleh beri kelulusan tapi kena melalui jawatankuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, kutipan terhadap bayaran itu akan masuk ke dalam tabung kerajaan dan bukannya parti seperti DAP.

“Dulu memang saya tau kerajaan tak dapat satu sen pun meluluskan permohonan cermin gelap ini tapi ada orang tengah. Mereka (pemohon) bayar sampai RM8,000 untuk dapatkan kelulusan. Ada orang-orang di pejabat menteri jadi orang tengah.

“Ini yang saya sekat. Saya nak cakap terang-terang tak perlu cari siapa-siapa dalam pejabat saya selepas ini.

“Inilah cara kita nak perangi rasuah dan salah guna kuasa yang tak ada hanky panky lagi dalam JPJ dan Kementerian Pengangkutan,” tegasnya.

 – MalaysiaGazette

Sunday, April 7, 2019

Jajaran ECRL akan diubah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
- Foto Bernama

SEREMBAN:  Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan, berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

“Saya sebagai Menteri Pengangkutan boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (semalam) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.

“Kalau berjaya confirm (sah) Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan,” katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini, malam ini.

Semalam, Lim dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.

Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan. 

BERNAMA

Monday, October 22, 2018

Kerajaan Akan Kekalkan Grab, Nafi Tak Dengar Suara Pemandu Teksi

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Admin
October 22, 2018

KUALA LUMPUR –
Sekalipun pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan e-haling khususnya Grab, kerajaan Pakatan Harapan nampaknya berkeras untuk mengekalkannya.

Menteri Pengangkitan Anthony Loke Siew Foke berkata Grab berhadapan dengan peraturan baru dan kerajaan akan menetapkan tempoh setahun untuk melaksanakannya.

“Memang kita (kerajaan) telah laksanakan peraturan terhadap e-hailing selepas kerajaan menetapkan membenarkan perkhidmatan itu di negara ini.

“Apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, ia akan meletakkan industri e-hailing dan teksi dalam kedudukan yang sama,” katanya.

Terdahulu kumpulan pemandu teksi pernah mempertikaikan peraturan baru yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan seperti tidak dikuatkuasakan.

Loke ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lebih 200 pemandu teksi Langkawi mang mencetuskan ketegangan akibat ketidakpuasan hati kumpulan itu menafikan kerajan tidak mengendahkan suara mereka.

Sesi dialog Mahathir dengan persatuan pemandu teksi di Langkawi pada Ahad bertukar kecoh seketika apabila segelintir dari mereka enggan mendengar penjelasan perdana menteri mengenai isu Grab.

Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising serta bertindak meninggalkan dewan semasa perdana menteri masih berucap berhubung isu e-hailing.

Susulan tindakan tidak dijangka dari sekumpulan pemandu teksi itu, Mahathir meluahkan rasa kesal dan menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan Perdana Menteri.-

SuaraTv

Thursday, July 2, 2015

Tak ingat pulak dahhh........

Saya tidak ingat luluskan plat ‘Patriot’ – Hishammuddin
Beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini sengaja dijadikan isu bagi melaga-lagakan dirinya dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.- Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 2 Julai:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau ‘tidak ingat’ sama ada pernah meluluskan penjualan plat kenderaan ‘Patriot’ sewaktu memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu berpendapat pengeluaran plat tersebut bukan satu kesalahan dan tidak wajar dijadikan isu.

Beliau tidak menolak kemungkinan perkara ini sengaja dijadikan isu bagi melaga-lagakan dirinya dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Setahu saya tak ada, saya tak ingat apa-apa. Jangan ambil kesempatan untuk lagakan saya dengan menteri sekarang ini.

“Tapi sebenarnya tak ada benda salah pun, dengan mengeluarkan nombor plat kenderaan Patriot.

“Saya hanya boleh jawab untuk diri saya, saya tak ingat Patriot diluluskan masa saya (pangku Menteri Pengangkutan),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat UMNO di sini.

Menteri Pertahanan itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan kemungkinan terdapat unsur rasuah dalam penjualan plat tersebut.

“Saya tak ada benda nak disembunyikan. Saya harap SPRM boleh siasat kalau ada salah guna kuasa atau penyelewengan.

“Kalau boleh periksa siapa yang luluskan Patriot,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada plat kenderaan “Patriot” diluluskan ketika Hishammuddin menjadi pemangku menteri pengangkutan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/02/saya-tidak-ingat-luluskan-plat-patriot-hishammuddin/#ixzz3ejziBWvX

Friday, December 12, 2014

Menteri Pengangkutan takut audit KLIA2


KUALA LUMPUR, 12 DIS: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai cuba menyembunyikan skandal KLIA2 apabila mengambil jawatankuasa bebas dan tidak mengendahkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata jawatankuasa audit baru itu dikecilkan skop, hanya untuk menyiasat kejadian tanah mendap di KLIA2.

“Masalah utama KLIA2 adalah peningkatan kos dari RM 1.7 bilion kepada RM 4 bilion kerana pengurusan tidak cekap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

“(Sedangkan) jawatankuasa bebas itu tidak akan diberi ruang menyiasat lebih terperinci kesalahan dan mencari dalang disebalk skandal itu,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Jun lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu mendedahkan KLIA2 seharusnya siap pada 2011, namun tertangguh sebanyak tujuh kali.

Ia termasuk keputusan menempatkan KLIA2 di KLIA West, tapak yang tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang.

“Tindakan ini dipersoalkan, kerana menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan,” ujarnya.

Tambah Pua, Liow cuba bertindak sama seperti yang dilakukan Kementerian Pengangkutan semasa skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Apakah Liow senyap-senyap menghukum pembuat keputusan yang menyebabkan MAHB semakin rugi sebanyak 98 peratus pada suku terakhir kewangan?

“(Atau) adakah menteri-menteri MCA sekarang sudah menjadi ‘Menteri Sembunyi Jenayah’ kepada skandal berbilion ringgit? soal Pua.

“Jika MAHB tidak menyembunyikan apa-apa, tiada alasan untuk tidak mengendahkan cadangan agar Ketua Audit Negara menyiasat skandal KLIA2 seperti mana dalam penemuan PAC,” ujar Pua. – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-